Thursday, July 21, 2011

Kasihan aku..

Entah kenapa, mana2 tempat aku keja, masalah yang sama pasti berulang.. bak kata org2tua, pisang berbuah dua kali.. mungkin selagi aku belum menikah, macam ni la agaknya yang akan aku tempuh sampai bila2..

Aku sendiri tak sedar bila aku mulai suka pada dia. Aku dah ingatkan diri aku supaya tak terjebak dan terjerumus dalam mainan perasaan lagi di sini. Setiap kali kami bertelingkah pasal kerja, masing2 dah xle jadi profesional.

Paling aku perasan, kalau aku tersilap cakap atau bad mood pun dia boleh sampai kecil hati pada aku? kenapa perlu sampai begitu sekali? Macam tu namanya xde perasaan ke? Satu hari xjumpa aku di pejabat pun dia akan jadi diam dan bad mood, salah aku ke bila aku jauhkan diri? Mmg aku mulai jauhkan diri sejak aku sedar aku akan timbulkan masalah lagi di sini.. Aku dah selesa sangat keja di sini. Walau pun xsegembira yg aku harapkan atleast aku ada semangat nak datang ke pejabat.

Sejak lebih setahun kami bekerja bersama, masing2 macam biasa. Sejak sebulan 2 ni saja, aku perasan keadaan dah bertukar. Aku tahu perasaan aku. Jangan salahkan aku. Aku kesunyian. Hati aku memang mudah tersentuh apatah lagi bila ada lelaki yang begitu mengambil berat tenatng aku. Masalah aku, kesihatan aku, makan minum aku.. sudahlah dia baik, sopan santun, ada lesung pipit dalam dan senyuman yg manis.. huhhh.... sedih nya bila teringat yang dia adalah suami wanita lain. Aku xkan sanggup. sama sekali x akan sanggup. Apa yang sangat marah, dia layan perasaan aku ni. Aku pun bodoh sangat, layan pulak perasaan dia.

Ya, aku silap. Mungkin karakter dia memang macam tu.. Dia memang layan semua prpn mcm tu. Kenapa la aku perlu perasan & syok sendiri. Jatuhkan maruah aku saja. Memang aku gemuk, pendek, tak secantik gadis lain. Tapi, aku pun cute pe..

Aku sedih dengan takdir dan nasib yg telah ditentukan utk aku. Kenapa aku mesti lalui lagi rasa yg perit mcm ni??? Kenapa Ya Allah? Teruk sangatkah aku kerana tak tahu bersyukur??? Jahat sangat kah aku ni???

Aku cuma ingin mencintai dan dicintai.. susah sangat kah?

2 comments:

Anonymous said...

Salam Shida.

La tahzan. Innallaha ma'ana.

Kasihan aku?

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." (Al-Baqarah 286)

Yakinlah dengan kalam Allah ini!

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian sukai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika kalian tidak melakukannya, maka akan terjadi fitnah dimuka bumi dan kerosakan" (HR AT-Tirmidzi)

Jadi, janganlah menolak lelaki Muslim yang memiliki agama dan akhlak yang baik, jika ia datang untuk meminang walaupun dia sudah beristeri.

"...Maka bisa jadi kamu membenci sesuatu dan Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (An-Nisaa 19)

Wallahu'alam.

P/S : Kalau mai Bangsar lagi, singgah kat Food Court pekena Jeli Kelapa ok.

Ummu Abiha said...

Salam Kembali En Amir.. :)

Terima kasih kerana masih sudi menyinggah di blog Shida..

Macam2 yang terjadi lately, betil2 menguji keimanan shida yang xseberapa ni.. Doakan shida bertemu jodoh ngan lelaki baik yang beragama,berkerjaya, sayang Shida, keluarga Shida dan mampu mendidik shida dan keluarga ke syurga ye..
Agak susah la juga nak menyinggah kat Dataran Maybank tu, lagipun geng2 SEMASA dah xde kat sana..

pape pun, terima kasih sekali lagi..

Salam.