Friday, January 16, 2009

Takde tajuk

Ako baru balik dari Opis HQ tadi.. Dari plan nak audit Operation ngan HR&Admin terus terpaksa postponed sebab ingatkan nak minta opinion je ngan Kak Eton pasal nak terminate 1 contractor ni, tup2 discussion tu jadik panjang coz dah masuk bab2 terms n regulation la, P&C la, justification la, recommendation la, n memacam lagi la terms2 yang di bincangkan tadi.. Kira pening jugak la ako tadi dengan terms2 yang di terangkan oleh seorang lawyer yang begitu berdedikasi macam kak eton tue... Tapi yang paling penting, paper ako tak perlu banyak ammendment... hehehe.. kalau tak pening balik la ako nak reka la ayat2 cinta dalam sastera english yang ako sendiri kurang la power nya.. takat2 cukup makan je boley la kan.. mujurla dapat banyak nasihat dan cadangan dari kak eton tadi.. banyak la gak idea yang datang...

Tapi yang paling best nya gossip2 masa dok tengah2 diskus tu.. k eton ni memang pandai mengorek rahsia.. habis cerita pasal dataran maybank ni dia dapat. Entahlah.. sume tu politik la kak... saya paling tak minat bab2 politik ni.. Orang tu begini, org ni begitu, memang habis di citer kak eton.. mungkin jugak sebab dah lama bangat kitorang dah berborak2.. tu pasal la macam2 citer yang kuar... boss pun sama naik minyak.. habis jualan hari ni... huhuhu..

Tapi paling tak tahan kak eton kelentong boss ako pasal ako ni rajin... hahahaha... ketawa besar ako dengar citer kak eton tu.. dia nak bodek ako la tu blanja dia makan kenny rogers.. oppss.. kena boycott kan benda alah tu.. mana leh makan lagi dah.. tak pelah kak, nak makan cakap je.. no hal nye nak banje.. janji jangan citer yang tidak benar melainkan yang benar2 shaja... huhuhu...

Pape pun, ako amat berharap apa yang telah di janjikan oleh kton tu akan dilaksanakan ... ne tau, tetiba ada rezeki boss ako dan ako jugak leh tumpang sekaki... hahahaha...

Friday, January 9, 2009

My adik

Sejak akhir2 ni ako dapat rasakan diriku seperti hepi semacam jek.. rasa seperti dapat makan ais krim jek hari2.. perasaan ni ako penah rasa masa angah tinggal dengan ako dulu.. ada tanggungjawab yang perlu kugalas dan ako suka dengan tanggungjawab tu.. lagipun bukannya susah sangat pun.. sebelum habis waktu keje terfikir2 nak masak apa kat umah dan mula merancang2 balik utk beli barang2 dapur.. macam bini orang pulak kan.. hahaha.. tapi ni bukan sebab ako dah bertukar status menjadi bini orang, tapi menjalankan tugas sebagai kakak.. hehehe...

Ako rasa syok betul bila adikku yang ke3 iaitu shamah dah boleh menyesuaikan diri utk bekerja di KL.. hepi bangat ako rasa.. pada mulanya ako risau juga nak ajak dia keje kat KL ni.. KL ni satu tempat yang unexpected tambahan pulak bagi budak muda, mentah dan tak reti apa2 pasal KL ni.. sebab tu niat ako utk merahsiakan shamah tu adik ako terbantut sebab sekurang2nya bila mereka tau adik Shahida yang bekerja sebagai Customer Service aka CRO baru kat kaunter informasi tu, dapatlah jugak diorang perhati adik ako tu.. pulak tu adik ako tu tak lah sebijik macam kakak dia yang bernama shahida tu.. dia lebih menawan dari ako.. sebab tu la walaupun baru je lepas STPM (waiting for the result), dah ada org merisik dia.. hehehe.. jangan bagitau dia tau, dia tak tau. ni mak ako personally kabo kat ako.. al maklumlah kakak dia yang dah menginjak 30-an pun masih takde yang nak risik, tup2 adik ako yang baru nak masuk 20 tahun tu dah ada org tanya.. tentula mak ako tak nak ako sedey, so dia bagitau la ako awal2.. huhuhu... tak pelah. Nama pun jodoh di tangan Tuhan. Apo laie den nak kabo.. mak suko eden pun suko lah...

Walaupun begitu, ako sangat2 risau lagi dengan keberanian yang cuba di tunjuk oleh adik ako tu. memang la cita-cita dia nak jadi Inspektor Polis, tapi, kalo ko tu ketua Polis negara pun belum tentu selamat kalau tak berapa tau selok belok Kuala Lumpur yang tercinta ini serta isi dalam nya yang penuh tersirat dengan pelbagai kebarangkalian.. aduhhh.. tetiba teringat masa belajar add maths dulu.. paling tak suka bab ni.. kebarangkalian.. susah giler nak memaham nya... nasib baik la time keje ni tak pakai benda alah tu.. kalau tak, rela ku menjadi cleaner.. tak payah pikio kebarangkalian yang bukan barang kali apa2 pun tue..

Satu lagi yang ako risau, adik ako tu dah la customer service, tapi dia tu baru sekali 2 datang KL. Tu pun datang ngan ayahanda tersayang. naik helikopter gitu.. takdenye nak lalu kot jalan2 dalam bandaraya KL ni.. LRT pun baru sekali naik.. huhuhu.. macam mana la agaknya dia nak catch up informasi tu sume utk di beritahu pada foreigner yang datang sedangkan dia pun foreigner di tempat baru nye..

Apa2 pun ako akan sentiasa mendoakan supaya chamah berjaya merentasi segala cabaran tu.. ako perlu percaya dan yakin pada dia.. dan insyaAllah chamah, along akan tolong chamah sebaik mungkin.. keje rerajin tau.. cayok cayok... lOVE U... :);D

Monday, January 5, 2009

My 2008

Salam tahun baru.. hepi new year to ebery bedi.. Welcome 2009...

Semoga pemergian tahun 2008 menyimpan seribu kenangan dan makna dalam hidup kita. Dan... 2009 membawa pelbagai perubahan ke arah kebaikan kepada kita sume..

Posting kali ni ako nak share sikit sebanyak perjalanan hidup ako sepanjang tahun 2008.. Pencapaian ako dan kegagalan ako.. hmmm maybe not suitable as kegagalan la, tapi kurang berjaya.. hehehe.. Sepanjang 2008, yang paling ako ingat, gaji ako naik 23% masa bulan April. Bonus pun dapat kencang gak coz appraisal ako dapat A. hehehe.. entahlah, layak ke ako dapat A tu? Ako pun tak pasti. Cumanya yang ako syukur sangat at last segala susah payah dan perih ako di lihat oleh management.. What ever it is, thanks to my immediate boss.. Bro A _ _ _ R... Sebab dia la ako akhirnya officially being promoted last year and by this year gaji ako naik banyak gak dari tahun2 sebelumnya... Syukur, alhamdullillah...

tapi, seiring dengan tu tanggungjawab dan beban kerja makin la bertambah.. walaupun ako suka dengan keje2 tu tetapi kekadang rasa tertekan jugak.. tambahan pulak field yang ako terjebak ni bukanlah bidang yang ku gemari dan ambition ako sedari kecil.. ako tak pernah letak pun dalam additional list ako nak jadi e******r.. dalam list adik2 ako pun ako tak penah tumpang, tapi apakan daya, terpaksalah ku tanggung keterlanjuran ini sampai ke akhir hayat ku...

tapi, di sepanjang 2008, ada terselit beberapa kisah duka dalam hidupku..

cinta yang di damba oleh si teruna padaku tidak ku hargai maka lenyapla sudah rasa cinta si dia padaku tika ako pula memerlukan dia yang teramat dia telah pun punya pengganti.. ahuhai sodey den.. terlambat sudah untuk ku taut kembali hatinya padaku.. nasi dah pun menjadi t**k.. takde gunanya lagi.. buat baja elokla.. buat simpan dalam hati.. busuk baa.... ako betul2 menyesal.. ako tak tau kenapa ako terlalu ego sangat dan tak mau mengakui rasamu itu rasaku juga padanya... akhirnya kau bukan milikku menjadi realiti... sepi menghantui hari2 ku kini... tiada gunanya ko kesali lagi kerana tiada lagi kidungmu.. hehehe... sesuai ke tajuk lagu yang terakhir tu? cam pelik jek...

tahun 2008 juga ako telah di tipu oleh si lahanat yang juga seorang lelaki yang kononnya mengaku bujang.. bersayang sayang denganku tapi akhirnya ako di maki oleh bini dia... waawaawaa.. kejam!!! tapi, alhamdulillah.. nasib baik ako tak terlanjur jauh dengan si lahanat tu.. yang berjanji nak kawen ngan ako this year (2009).. jahanam betul si lahanat tu.. entah berapa ramai lagi la wanita sesuci murni ako ni di tipu oleh lelaki berhidung belang tu... hampes tul... takpe..ni teladan yang paling baik utk ako... live kena maki ngan bini orng kat opis lak tue.. huhuhu... dah la story pasal ni.. benci.

tAPI... YANG paling ako benci dalam 2008 ni ialah, perceraian adik lelaki kesayangan ako... baru 8 bulan kawen, seusia 24tahun dia dah dapat status DUDA!!! Huiihhh.. ako tak tau nak citer camne. Tapi ako sangat sedey.. belum pun ako pijakkan kaki ku ke dalam masjid utk di ijab kabul kan, ako telah pun memijakkan kakiku ke dalam mahkamah syariah utk follow dan support adik ako dalam kes perceraian dia.. Yang paling ako benci, mak ayah ako jadi manusia yang paling pendiam, murung dan mak ako sampai kurus di buatnya.. ako benci bila teringat kisah ni.. terlalu benci utk diceritakan, tapi itulah kenyataannya, beribu2 duit ako, mak bapak ako habis utk perkahwinan ni tapi... ako ingat lagi teks script dari bekas besan mak ako... mak ako saja la berbahasa bahasi ngan org tua tu.. mak ako cakap, "kak tut tut..hmm, dorang ni taknak pikir2 lagi ke? tak mau ke baik2 semula? biasalah orang muda.. gaduh2.. cemburu2 ni biasa sangat.. alangkan kita yang tua ni pun masih ada selisih faham, apalagi diorang ni masih muda..." NAK TAU APA YANG ORANG TUA TU CAKAP???? " HUISHHH TAK PAYAH LA NAK PIKIR LAGI, NI MUJUQ TAK DAK ANAK, KALAU ADA ANAK NANTI BARU NAK CERAI LAGI PAYAH." haduuuhai... bongok punya org tua... padan la laki dia kawen dua... benci ako. Akibatnya... ako benci perkahwinan walau pun dah gatal sangat nak kawen ni... hhaaaahahaha.. huhuhuhu...

Kiranya, ako juga dah join the club mak bapak ako jadi org yang murung, kekdang termenangis kat opis sebab lanjutan kes perceraian tu.. Apatak nya, adik ako jadi macam org takde pedoman. Jadi lelaki bodoh yang hilang punca sebab hilang perempuan bongok tu.. Kena transfer kem dari ipoh ke johor.. pastu buat hal taknak keje.. 5 6 kali lari dari kem. Pastu kena tangkap ngan MP masuk lokap. dapat pulak dia lari dari lokap jugak 2 3 kali... bongok sangat ako rasa time tu.. duit ako riban2 habis kat dia.. kete dia yang ako bagi downpayment pun buta2 jek kena tarik.. sapa nak bayar balik dwpt tu? dia ingat duit2 tu ako dapat ngan air liur kot.. senang2 jek... benci ako.. tak dapat ngan ako, angah dia minta, tak dapat ngan angah, ayah pun dia berani minta.. ayah pulak yang garang tu kalau kena caranya, memang lembut sangat hati dia.. entah macam mana adik jantan ako tu pelembut dia.. sampai sudah ayah ako asyik kesian kat dia.. benci ako... manjakan sangat budak jantan tu.. tak reti susah. nak kawen dapat duit! tak nak keje ada duit! nak buat apa pun pakai duit org! benci ako! benci!!!!! tak serik dengan apa yang berlaku pada dia. Yang ayah pulak tak habis2 nasihat kan ako pulak, macam ako pulak yang menyusahkan keluarga. kata ayah, adik hang tu tertekan... tolonglah dia... bukannya org lain... adik laki hang jugak... wawawawa... bila ako susah ada adik laki ako tau? ada sesiapa tau? takde!!! ako tanggung sendirik!!! ako permpuan yang tiada sesiapa!!! yang terpaksa melalui segala2 pahit manis, getir petir hidup ni sorang diri di Kuala Lumpur ini... waaa... siapa tolong ako??? sapa ambik tau pasal ako??? takde.... waaaa.......sedih tau.

Entahla.. apa yang pasti, Allah sangat sayangkan ako... selalu sangat ako benci dengan nasib dan rezeki yang ako peroleh sebelum ni.. tak pernah tau nak bersyukur padaNYA... asyik komen jek.... tak sedar di untung.. tapi, akhirnya ako sedar, siapalah ako untuk bersungut.. masih punya nyawa yang dipinjamkan Allah di dunia ni pun patut ako dah sangat bersyukur.. Free je nyawa ni allah pinjamkan.. kete nak pinjam pun kena sewa tupun kalau beli kena bayar kat bank... kalau la harga nyawa yang tersangat la penting tu lebeih kurang pun harga kancil, kena bayar instalment sampai mati baru benti bayar, mampukah kita??? kalau sebulan rege rm300. kalau setahun rm3,600. kalau 10 tahun, rm 36,000 kalau 100 tahun, rm 360,000 hiuiiihh.. banyak tu... kalu harga cam BMW ke? tak ke mati nak bayo? huhuhuh...
PApe pun, terima kasih pada seseorang yang telah temukan ako dengan permata hati baru ku.. aKO sekarang seriously terlibat ngan satu aktiviti yang amat menguntungkan... ako harap this year aka 2009 will be the BEST year to start a NEW LIFE of SHAHIDA SHAHROM...

Ya Allah... with your bless, may my wish comes true...InsyaAllah...

Ameen..