Sunday, August 10, 2008

Doaku, Cinta....


Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan Cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.....................

Ya Muhaimin..........
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya,
Agar tidak melebihi cintaku Pada-Mu...........

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya Tertaut Pada-Mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...........

Ya Rabbani..
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling pada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati.............
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya,
Agar tidak aku lalai merindukan syurga-Mu................

YaAllah................
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu..............

Ya Allah............
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu............
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang menyeru manusia kepada-Mu............

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...........

Ya Allah...............
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam Cinta pada-Mu..........
Telah berjumpa untuk taat kepada-Mu,
Setelah bersatu dalam dakwah –Mu ,
Telah berpadu dalam membela syariat-Mu...........

Kukuhkanlah YA Allah ikatannya..
Kekalkanlah ikatanya,
Tunjukilah jalan-jalannya.........
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tidak pernah pudar
Lapangkanlah dada-dada kami denga keimanan kepada-Mu dan
kerindahan bertawakal ke jalan –Mu ......................................

Amin Y a Rabbal Alamin...............

Saturday, August 9, 2008

12 cara buat CINTA lebih Ummpphhh...:D

1. ungkapkan rasa cinta dengan penuh ikhlas dan kesungguhan.

2. apabila perasaan rindu melanda, kirimkan SMS dan katakan 'Aku Terlalu Rindu Padamu' atau pun 'Sayang awak...rindu awak...'

3. saling berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik jika masalah melanda. bersedia menerima si dia dan bersikap terbuka.

4. luangkan masa bersama meski pun dihambat dengan kesibukan tugasan harian.

5. membuat kejutan dengan memberikan hadiah-hadiah yang cukup bermakna buat dirinya. biar pun sekadar yang murah tetapi asalkan bermakna!


6. menjadi pendengar yang setia dan jangan segan untuk mengekspresikan inta kamu padanya.

7. beri perhatian pada dirinya sebagaimana dia untuk melakukannya terhadap kamu.

8. elakkan dari melakukan perkara yang tidak digemarinya. sebaliknya melakukan perkara yang sering membuatkan si dia gembira, bahagia dan tenang.

9. saling bertoleransi dan muafakat dalam membuat sesuatu perancangan ataupun keputusan. jangan sesekali bersikap ego atau keras kepala tanpa mempedulikan perasaan si dia.

10. pastikan hubungan menjadi seimbang dan mampu membezakan antara peribadi atau pun kerjaya.

11. ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup kamu berdua, contohnya hari jadi dan ulang tahun percintaan.

12. kerap menimbulkan saat-saat romantis yang membantu menyemarakkan lagi rasa cinta.


p/s:keratan dr majalah remaja 01'dis.`03 muka surat 123

10 situasi lelaki yang wanita harus fahami

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya
perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi
antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg
selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik
perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah
kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri
tanpa mengharapkan org lain sangat.

8 Petanda dia adalah soulmate kamu...:)



Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?