Thursday, November 20, 2008

memang Lelaki Kejam!!!!

Lelaki, lelaki, lelaki......
Bapa ako lelaki, ako ada adik lelaki, pak sedara ako lelaki, kawan2 lelaki ako pun ramai... So far,semua nya baik dan sangat dekat di hati ako.. Tapi kenapalah dalam keharmonian dunia ni ada lelaki-lelaki jahat dan tak guna yang suka sangat mengecewakan hati dan perasaan wanita? Kenapa lah lelaki2 macam ni perlu wujud di muka bumi ni? Hmmm... amarah ku masih bersisa nampaknya.. Ako geram betul..

Sudah la kes semalam masih segar dalam ingatan dan lipatan memori ako.. Ada pulak sorang lagi mahkluk Allah dari kaum Adam ni men 'demoralise' kan ako di saat hati ako masih sakit dengan peristiwa semalam di sebabkan oleh keangkuhan sang arjuna ni yang perasan dan rasa di mereka dah sangat bagus!!!! Mujurlah, kawan2 lelaki yang agak rapat dengan ako tak ada yang kononnya berilmu tinggi, tapi pekerti secetek dan sebusuk air longkang!!! Memang ako marah!!!

Ako rasa sangat marah dan sedey yang teramat sangat. Ako tau bidang yang ako ceburi ni tak sesuai utk ako. Ako tau dengan fizikal ako yang gemuk dan rupa paras ako yang hodoh ni lelaki2 di dunia ni tak kan terkagum dengan wujudnya ako dalam bidang yang mereka kuasai ini... Ako sedar diri ako siapa!!! Malahan ako sedar ako tak layak pun nak turun padang dengan mereka.. Ako tau!! Tak perlu nak perli2 dan sakitkan hati ako. Tak perlu ingatkan ako, ako sentiasa sedar kelemahan ako..

DARI KELEMAHAN tu lah ako bina kekuatan. Kekuatan utk ako berdoa semoga Allah menunjukkan keadilan kepada hambanya yang terluka dan rasa teraniaya.. Ako tau, mesti si angkuh itu akan cakap dia tak ada niat nak aniaya ako, tapi jika dari kata2 nya dah buat ako rasa teraniaya, ako boleh berdoa, buat solat hajat supaya Allah tunjukkan kepada dia betapa hati ako terluka dan biarkan dia rasa penderitaan yang sama!!!!!
Ako tau, kalau ako melawan kejantanan mereka, ako tak AKAN MAMPU sampai bila2 pun. Sampai mati pun tak kan mampu aku melawan kejantanan dan keangkuhan lelaki!! Perlukah ako benci mereka kerana ada 2 3 kerat dlam kaum mereka telah menyakitkan hati ako? Amatlah tidak masuk di akal... Ako sayang kan ayah ako, adik2 lelaki ako, kawan2 lelaki ako, sedara mara lelaki ako, tapi, Tuhan MAha penyayang dan adil....
Ako tau, org yang rasa diri mereka dah bagus sangat ni akan dapat pengajaran dari Allah suatu hari nanti.. MACAM DALAM Movie Ayat-ayat cinta.. Si lelaki yang rasa dirinya mulia dan tidak sedar akan keriakan dalam dirinya hinggalah dia di sedarkan oleh si penjenayah di dalam penjara!! Allah MAha Besar. Ako tau, tak ada sesiapa di dunia yang sempurna.. Maka siapa kah si lelaki itu yang nak menyakitkan hati ako??? Suluhlah diri kau dulu..
Ako takkan bercakap selain dari isu kerja dengan lelaki angkuh itu lagi, walaupun ako pernah mengaguminya dulu, kerana ako fikir dia orang hebat.. orang ber agama.. orang beriman.. lelaki yang berperasaan 'pink', tapi ako silap, ako memang silap!!! HARI NI DIA TELAH SAKITKAN HATI AKO SECARA TOTAL. walaupun sebelum ni dia selalu perli dan sakitkan hati ako, ako masih biarkan, diam dan lupakan. Tapi, tidak kali ini... HAnya Allah yang boleh lembutkan hati ako dengan kehendaknya,

wallahu'alam...

Wednesday, November 19, 2008

Lelaki KEJAM!!!!!

Kejam!!!!!
Pagi tadi dengan tidak semena-mena ako di terjah oleh satu panggilan telefon dari seorang wanita. Wanita itu marah2 pada ako sebab berkawan dengan suami dia!!!! Oh nooooooooooooooooooo... Ako berkawan dengan suami org kah selama ini? Hancur betul hati ako... Sedih yang teramat...Kecewa.. MARAH.. Geram.. semua nya bercampur baur..
ako tak tau samada perlu ako menangis.. Ako tak tau bagimana harus ako lakukan.. ynag pasti ako tak akan hubungi dia lagi..
Malam tadi kali terakhir ako berbual dengan dia. Itupun dia yang minta ako kol dia.. Kenapa lelaki kebanyakkannya begini? Kenapa perlu menipu perasaan wanita yang amat rapuh sepertiku??? Kenapa? Setelah dia semaikan kasih, meluahkan sayang... tapi semua tu tipu semata-mata??? Kenapa perlu menipu ako dan menduakan isterinya? Ako sudah berkali-kali minta dia mengaku jika dia benar sudah berkahwin.. Ako tak mau terjerat... Ako dah bagitau dia kisah2 yang pernah ako lalui dan ako tak mau lalui lagi... Ako paling tak suka meruntuhkan rumah tangga orang lain... Kenapa ako yang sebegitu berhati-hati akhirnya tertipu juga dengan makhluk adam ini??? Tapi, alhamdulillah.. walaupun ako di herdik dan di marahi oleh isterinya, ako masih sangat patut bersyukur kerana ako belum terlanjur menyayanginya.. Belum pun panggil dengan panggilan 'abang' seperti mana yang dia mahu kan... Huhhh!!! Kejam!!!
Ako benci dengan situasi ini....
Memang ako nak berkahwin dalam masa terdekat ni, tapi bukan dengan boy friend orang lain!!! bukan dengan tunangan orang malah sama sekali bukan dengan suami wanita lain!!! Ako tak percaya dengan lelaki.. semuanya berhidung belang... GATAL!! Penipu!! huhhhh... benci!!!!!
Tolong!!!! Astaghfirullah hal a'zimmm...

Mak... tolong along... :(

Tuesday, November 18, 2008

Cinta & Jodoh




Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa?
Kerana Dia Manusia Biasa......
Kerana Dia Manusia Biasa ...


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.
Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu
hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh
pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya
semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.Sebenarnya..!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all...... Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.

Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelope kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas.
Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ................ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah
kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap
berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.
Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini.

Amin.

Wassalamu'alaikum Wr Wb



Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan
tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim.
Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah
'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orangini/itu) , ditanggalkan.
Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Makasemua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Setiap dugaan dan Ujian dalam percintaan ada hikmah disebaliknya. Allah maha mengetahui apa yg terbaik untuk diri kita. Tak usahla kita menderita dengan cinta tapi redha allah akan berikan lebih terbaik dari sebelumnya.

Cinta yang suci pada mereka yg menghargai diri pasangannya. Bukan dengan mengambil kesempatan atas pasangan.

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam....

Thursday, November 13, 2008

Touching and sweet Love Quotes ever...




"If You Love Someone Put Their Name In A Circle Not A Heart, A Heart Can Break But A Circle Goes On Forever"

"Loving You Is Like Breathing, How Can I Stop?"

"Love Is When You Don't Want To Go To Sleep Because Reality Is Better Then A Dream"

"If You Love Me Like You Told Me Please Be Careful With My Heart. You Can Take It Just Don't Break It Or My World Would Fall Apart."
"The First Time I Saw You I Knew It Was True. That I'd Love You Forever And That's What I'll Do. You Don't Know What You Do To Me, You Don't Have A Clue. You Don't Know What It's Like To Be Me Looking At You"



"Somewhere there's someone who dreams of your smile, and finds in your presence that life is worth while, so when you are lonely, remember this is true: Somebody, somewhere is thinking of you."



"Sometimes I wonder if life is really worth it, then I look at your smile and I know it is."



"I love you with all of my heart, body ,and soul. You complete me. You make my life worth living. To have known you and to have loved you has been the most beautiful dream. I can only hope that I never wake up."



"Just the thought of being with you tomorrow, is enough to get me through today."


"You are what happened when I wished upon a star."



"To see you is what my eyes long for, to touch you is what my body longs for, but to love you, my heart has done already for a long time."


"If, each time I thought of you, were a flower I could walk in my garden forever."



"Within you, I lose myself, without you, I find myself, wishing to be lost again."


"I love you not because I need you, But I need you because I love you."


"Gotta let you know that I love you, gotta let you know that I care, gotta let you know that for you, I'll always be there."



"If you ask me about the love, I can't answer you. But if you ask me who I love, the answer is you."


"I hope that I die before you do, my love, because I never want to know the pain of what it's like to be without you."



"The moment I looked in your eyes I fell in love. Every time I look I fall in love again. I've looked so many times, and have gathered so much love. I have so much to carry with me I don't know what to do"



"If living life would mean loving you for the rest of my life, I would take the chance."


"If it's wrong to love you, then my heart just wont let me be right."


"When you have nothing left but love, then for the first time you become aware that love is enough."



"In your absence my heart grows stronger. In your presence I fall in love again."


"Loving you is what I've learned so easily. Trying to forget you is the last thing I could possibly learn because I'm deeply in love with you."



"I didn't know I was looking for love until I found you."


"Whenever we're apart it feels like a part of me is missing... and then I remember, you have my heart."


"Why do I love you?" "Because I finally learned what the word means, and you were the one who showed me."


"Last night I matched each star with a reason for loving you.
I was doing great until I ran out of stars"


"I would give up everything for one moment with you; for one
moment is better than a lifetime of not knowing you"


"Each time i miss u, a star falls down from the sky. So, if u looked up at da sky, n found it dark wit no stars , it is all ur fault, You made me miss u 2 much.."



"I never loved you more cause I never loved you less, I dont love you now coz I will love you always, I don’t just love you coz I love you more than "I love you" can say ..."



"You justify my existence ... if i have not known you, I wouldn't have lived, if I die without knowing you, I wouldn't die coz I didn't live at all ..."


"If I could have 3 wishes, I wouldn't wish for the stars, the moon, the riches and this life. But for 25 hours a day, 8 days a week, and 13 months a year to spend a longer time with you."



" The sun can have the sky and it wouldn’t matter. The night can have its stars and i wouldn’t care. tomorrow can be majestic yet remain empty, for it simply wouldn’t matter without you there. "

Cinta Zulaikha...






"Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.

"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.

"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.

"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.
Episod di atas mungkin sesuatu yang amat biasa kita temui. Bercinta dan merana, kecewa dan dalam sesetengah kes "frust menonggeng" hingga hilang arah tujuan. Malah di Malaysia sendiri, ruang hiburan dikuasai oleh lagu-lagu cinta remaja. Namun, apa yang ingin disentuh di sini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara, Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun.

Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah. Namun, perasaan ini haruslah dijaga, ie.

"You must be the master of your feelings, don't let your feelings be the master of you"

Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah. Bak kata orang tua-tua:

Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan,
Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan...

.....Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya.....

Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.

Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.


"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu."
(surah Al-Maida: 3)


Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.

Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...

Saf-One..
CINTA ZULAIKHA!!!

Kecamuk Cinta Nan Ramah Bermadah
Menunda Mimpi Ke Ruangan Rasa
Ke Titik Pertemuan Langit Dan Bumi
Zulaikha Pasrah Mencari Erti

Tak Siapa Yang Bisa Mereda
Cinta Zulaikha Membuak Di Dada
Menyintai Yusuf Berwajah Tampan
Terpegun Indahnya Ciptaan Tuhan

Zulaikha
Kisah Cintamu Menggemparkan
Sehingga Tersebut Dalam Al-Quran

Zulaikha
Cintamu Mengundang Ujian
Menagih Pengorbanan
Di Persimpangan
Cintakan Tuhan
Atau Insan Pilihan

Dengan Rahmat Dan KurniaNya Jua
Yang Merubah Arah Cinta Zulaikha
Betapa Hebatnya Yang Maha Pencipta

Terbukti Kini Cintamu Zulaikha
Hanya Kepada Tuhan Yang Esa
Ombak Rindu Pun Terus Melanda
Membara Cintamu Ke Hujung Usia

Saturday, November 8, 2008

TEST

Hahahaha... sebenarnya last saturday, ako tengah mempelajari cara2 untuk meng 'hyperlink' kan url blog kengkawan... tu yang ako tulis 'TEST'. Sebenarnya lepas try posting ako ingat nak delete.. Pastu leh lak terlupa...
and... till now tak pepandai lagi nak auto link kan url tu... xpalah, nenanti ako ada masa ako try la lagi... huhhuhuu....

p/s: sesapa yang tau, tlg la ajor... :)

Thursday, November 6, 2008

Never, ever give up!!!!

There may be times when things
aren't the way we hope it to be,
everything looks imposible and
we feel like just giving up........
But then, somtimes, we just have to give it another chance, another try, just one more time...
Take things a step at a time.
Do what works best for you.
be hopeful as you
embrace each moment.
Use your inner strength and qualities.
Keep on believing that you can do it.
Look out for the positive light
to shine on you
You may just find that what seem
difficult has just been made right.

Wednesday, November 5, 2008

Beautiful Pictures in China..

Gui Lin, Rustic China...

Beautiful mey... Enjoy viewing...





































Sunday, November 2, 2008

Apakah Pilihan Kita?

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"
Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak. "Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas. "Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana....