Salam Ramadhan...
Mungkin masih belum terlambat untuk ako ucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia ni walaupun dah pun masuk 10hari yg terakhir utk kita berpuasa..
Puasa. Perkataan yang sangat sinonim dengan masyarakat melayu yang beragama islam. Puasa. Kita memang terlah di asuh dan di didik supaya cuba dan belajar berpuasa dari kecil lagi..
Ako masih ingat ketika kecil ayah selalu cakap pada adikku yg 2nd last tu, Pudin nama manjanya. Tapi nama penuh adik kesayanganku ni Mohd. Syarafuddin.. kami sume panggil dia pudin je.. Dia adik lelaki kedua ako.. Tapi sebenarnya dia anak yang 5 daripada 6 adik beradik. Walaupun dah dekat bongsu dia tak manja.. Dia sangat comel semasa kecil. Putih melepok dan sangat aktif ke sana ke mari..Senyuman nya yg menawan tu selalu menawan hati sedara mara ako tambah2 lagi Pak Tam dan Mak Tam ako yang tak ada anak lelaki.. Puas diorang merayu nak bela dan jaga adik lelaki ako ni tapi sampai sekarang (dah 14 tahun) masih tak dapat2..hehehe..itulah bukti kasihnya seorang ayah.. Wang bukannya penghalang...
Nak di jadikan cerita, kerana kecomelannya ni apabila Pudin semakin meningkat dewasa, badan nya pun turut meningkat besar.. Kami sekeluarga pun jadi makin risau tengok pembesarannya.. Tapi masing masing asyik cakap, xpe.. kecik lagi.. kecik lagi Pudin tu.. Biarlah dia nak makan.. sampai la dia dah masuk sekolah..Makannya sangatla boleh tahan.. Masa umurnya 5 tahun ayah dah start ajar dia berpuasa..Dia pun bukan main excited nak berpuasa..Hari pertama tu kami ingatkan dia tak mampu nak teruskan menahan lapar dan dahaga nya tu sampai waktu berbuka, tapi rupa2 memang dia tak mampu, bukannya apa Pudin terkantoi sebab minum air masa mandi.. katanya dahaga sampai jadi serba salah samaada nak minum ke tidak sampai last2 terminum pulak air tu.. siap rasa macam milo lagi katanya.. hahaha.. kelakar betol keletah adik ku yg seorang ni.. Memang macam2 lagi kenangan yg masih bersisa dalam ingatanku.. Cuma ako agak terkilan sebab ako tak melihat adik2 ku membesar kerana ako belajar di asrama penuh dari usiaku belum pun 13 tahun.. Jika tidak tentu banyak kenangan manis dan pahit yang makin menguatkan rasa kecintaanku terhadap mereka..
Itulah antara kenangan yg masih subur dalam ingatanku.. Kebetulan ter rajin pulak nak menaip..Ako bukannya apa, space bar key board ni rosak. Tiap kali ako nak menaip kena tekan spacebar ni kuat sikit. kalau tak jadilamacamnimelekatantarasatusamalain perkataannya...huhuhuhu....
Hmmm..Diam tak diam esok harijadi Pudin yang ke 15 tahun.. 24hb September.. Tahun ni Pudin akan menduduki PMR.. Ako rasa dia dapat memenuhi impian ayah dan mak ako sebagai anak lelaki yg berjaya suatu hari nanti.. Selain abangnya Mohd Syazwan yang telah hancur di telan arus kehidupannya yg lintang pukang.. Yang menimbulkan puting beliung yg amat ganas dalam keluarga.. sampaikan hali lintar pun boleh jadi dalam keluarga ku dek penangan si abangnya kepada Pudin. Adik ke 3 ku.. Adik yg dulu amat ku sayang..dulu... tapi,sekarang? Ya, memang betul kasih sayangtu tak pernah hilang cuba agak sukar utk ku menguatkan rasa kasih ku pada dia sebab selalu sangat airmata ku mengalir laju kerana dia.. Apatah lagi airmata kedua ibu bapaku dan juga adik-adikku yg lain.. Ako paling pantang orang sakitkan hati keluarga ako.. Ako sanggup bergaduh dan berperang sekali pun kalau orang sebegitu wujud dan terang2 mahupunsecara berselindung menyakiti keluargaku.. Ako pernah membenci dan tak bercakap langsung dengan keluarga Mak Long sebab masa muda ibuku dia asyik nak keluarkan perintah je suruh mak ako buat itu,buat ini,masak tu masak ni..ikut suka dia je.. Pastu anak lelaki dia menumpang duduk rmhhkeluarga kami kena marah sikit ngan mak pun nak lari dari rumah kami dan mengadu macam2 kat makdia
sampai mulut mak ako kena tenyeh ngan mak long ku..hmm.. memang ako berdendam betul ngan mereka masa tu.. tapi.. ayahla penyebab kami semua berbaik semula..Yelah.. nak buang mati mak,nak telan mati bapak.. macam mana ayahku nak buat, sorang kakak ayah, sorang lagi isteri tercinta,ibu kepada anak-anak ayah, yang sorang lagi darah daging ayah sendiri.. hbs tu ayahla yang dekatkan kami semula kepada Mak Long.. Mcam2cara yang ayah buat dan semuanya secara perlahan2.. beransur2.. senyap2.. sampaikan kami semua pun tak perasan yang perasaan benci tu dah tak ada lagi.. yelah..mungkin sebab mak dan ayah dah tak benci mereka, secara automatis perasaan benci tu pun hilang dalam hatiku.. Tapi pepatah org putih ada mengatakan perasaan halus seorang kanak2 iaitu;
"They may forget what you said,but they will never forget how you made them feel - Carl W. Buechner"
Entahlah.. dalam hidupku lewat 20-an ini makin banyak perkara yg merumitkan timbul tapi kebanyakannya masalah keluargaku.. yang mana semuanya adalah masalah si Syazwan ni.. Dari kecil lagi dia tak hbs2 menyakitkan dan menyusahkan kami sekeluarga..Apayg ako concern kan hanyalah kedua ibu bapaku.. Ako takut sangat2 kalau2 ayah dan mak jatuh sakit sebab perangai dia.. Tapi ako dah nekad kalau apa2 jadi pada kedua orgtua ku disebabkan budak tu, jangan harap dia nak panggil ako ALONG lagi!!! Im no longer your sister!!! hUH Kejam ke? Apa-apa aje lah...
Ako dah penat menaip dengan key board yg rosak ni.. Dah la setakat ni.. Tapi payah benor nakbuat ending .. senang2 ok,babai...
hehehe..
2 comments:
mungkin ke si syazwan tu sama mcm aku masa muda2 dulu?...hmmm..harap2 dia cpt sedar/berubah sblm sesuatu yg x elok jadi..mcm yg aku dah rasa. alhamdulillah, aku masih diberi 2nd chance..
jgn putuskan silaturahim beb...dosa...btol x?...
entahla beb.. ako sayang adik ako tapi ako lagi sayang mak bapak ako..
thanks for your advice.. i'll consider..
Post a Comment