Friday, December 14, 2007

Cinta......


Alhamdulillah....

Segalanya sudah terjawab... Past is past..Let gone be by gone.. Nothing can change the past.. Let it be the greatest memories in mylife..

Akan ku penuhi hidupku dgn hidup baru.. tak perlu lagi ku cari cinta yang tiada maknanya bagi mereka yang tidak tahu menilai.. Cinta tak semestinya di nilai dan terlihat dengan kata-kata manis dan manja... Cinta adalah satu anugerah yang cuma dimiliki oleh insan2 istimewa.. Itulah cinta sejati dan suci.. HAdir dari hati yang ikhlas kerana Allah SWT.. Bukan berlandaskan nafsu dan keinginan duniawi semata.. Ku masih mencari cinta.. Dimanakah kau duhai cinta.. Cinta yang sering menghantui dan menari2 di lantai tari waktu tidurku.. yang sering mengganggu lelap mataku.. Di manakah dikau duhai cinta.. Perlukah aku terus menunggu... Perlukah aku teruskan hidupku tanpamu..

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat
cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta....

Sedey jek dengar lagu ni apa lagi bila tengok videoklip lagu ni...



Aku pernah menyintai seseorang tapi rasanya tak sampai kot tahap cinta.. suke je kot.. dan kini si dia dah pun menjadi suami orang malah dah jadi bapak budak pun.. Perasaan suka tu hadir entah bila dan aku sendiri realise perasaan tu bila dari hari ke hari aku jadi tak tahan kerana cemburu kot..:) bila asyik dengar cerita lama dia ngan x-gf dia dulu which is my close friend that time... Oleh kerana ako dah tak tahan aku sengaja jauhkan diri dari dia dan bila dia tahu dari kawan2 pasal perasaan aku, dia sendiri terkejut n tak percaya tentang realiti itu... Tapi, the best part is dia nak jadikan aku bini no 2 dia.. banyak cantik.. tapi, tak tau la kan kalau betul jodohku dengan suami org, aku terpaksa redha, tapi jauh di lubuk hatiku, aku sentiasa doakan jodohku bukanlah dengan suami sesiapa, bukanlah suami wanita lain yang terpaksa berkongsi kasih denganku, bukanlah suami wanita yang lebih dulu di ijabkabukan dengan lelaki itu yang dulunya pernah berjanji akan setia sehidup semati, seia sekata.. lelaki begitukah yang akan ku kahwini? Oh tidak... sedangkan janjinya dengan wanita terdahulu dariku tidak di tepati apatah lagi janjinya padaku, wanita yang mencemari kehidupan bahagia wanita lain? Sudah tentulah balasan padaku lebih teruk lagi...

Entahlah... dalam usia begini hidupku terasa begitu kosong... sunyi dan suram.. tiada bezanya hidupku kini yang menghampiri usia 30 tahun.. beginikah hidupku hingga ke akhirnya? adakah ini sudah tersurat dalam takdir riwayat hidupku... Bangun pagi.. mandi, solat subuh... pegi keje... malam balik rumah... kalau rajin, masak... kalau tak, beli... pastu tengok tv kejap, tertido... esoknya bangun balik dan routine yang sama akan terus berulang shinggalah hari jumaat... sabtu dan ahad nya pulak aku habiskan seharian di UTM, belajar... entah sampai bila nak habis.. Rasanya dah terlalu penat dengan kehidupan yang sehambar ini... Aku inginkan kehidupan yang baru.. yang penuh dengan bunga2 cinta.. penuh dengan kasih sayang... Entahlah.. Bila dah tak tau apa nak buat, aku bela ikan.. tapi semau ikan tu mati... hmmm sedey giler bila sekor demi sekor ikan aku mati... napelah jadi cam gitu.. kesian ikan2 tu sume.. aku dah jaga bebaik tapi... salah aku jugak.. yang taruk bunga plastik dalam air tu watpe.. habis mati ikan tu sume kena water polution.. iskk.. serik aku nak bela ikan.. Pastu aku bela bali kaktus.. dulu dah penah bela, tapi mati gak.. kali ni tak tau la bape lama nak tahan kaktus2 tu ngan aku.. Agaknya memang dah nasib badan.. tak ada yang akan kekal berdampingan denganku...

Hmmm... aku hanya mampu mengeluh namun aku tetap bersyukur dengan segala yg telah tercatat dalam catatan harian hidupku.. Ya.. aku percaya semua ini telah tertulis dengan penamat yang baik.. Setiap apa yang telah tertakdir untuk kita tentu telah direncanakan oleh Allah...


Hanya Allah yang MAHA Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya...

Ameen... Ya Rabbal A'lamin..

No comments: