Wednesday, February 11, 2009

Batuk

Haisey.. Dah lebey sebulan ako batuk teruk.. Tak tau la apa punca teruk sangat ako batuk sampai susah benar nak baik. Sebelum ni ako selalu gaks layan breacol, ubat batuk cap ibu dan anak, ubat klinik pun ada gak layan. Kira2nya terubat la jugak ke 'batuk'kan yang sebelum ni.. Walaupun ubat2 batuk yang tersenarai di atas tu tak cukup membuat kan ako lalok. Kekadang tu sampai dah terlebih dos pun tak mujarab2. Pulak tu tak mengantuk2 langsung... Hampes jek...

Tapi, kali ni batuk ako dah tahap cipan teruknya.. Dalam 2 minggu pertama batuk tu ako ada balik kg. Kalau tak silap ako minggu raya cina. Balik pun kejap jek coz nak pi attend kenduri kawen bestest friend ako NAEE.. yang selamat di ijab kabulkan dengan suami tersayangnya Faruk Khan.. hehehe.. JAngan marah aa..

Oleh kerna kendurinya nun di Kulim sana, so, alang2 nak ke sana adalah lebih berkat ako balik umah mak bapak ako dulu.. menziarah kedua org tuaku yang sangat ku rindui itu... Alamat nya teruk la ako kena leter dek bapak ako yang pantang tengok apatah terpaksa dengar lagi batukan yang menusuk kalbu dia tu.. BAtuk yang tahap sampai terkencing sekali kerana dah terlalu teruk... KAlau nak ikutkan hati ako ni, memang ako nak je masuk wad, biar doktor operate keronkong ako dan selongkar sampai habis apa yang bersarang dalam kerongkong ako ni sampai batuk nya teruk sangat.. Kekadang tu, dok diam2 tetiba terasa gatal sikit je kat tekak, tup2 terus terbatuk sampai keluar air mata.. air lagi satu tu memang la dah sah kuar.. huhuhu.. buat malu jek.. tapi, it is a true story, so watpe nak sorok2 kan.. ne la tau ada yang senasib ngan ako ke kan.. leh la kongsi tips2 kecantikan korang ngan ako.. huhuhu.. tertukar topik laks.. tips2 kesihatan la, tak gitu? Sharing is caring, kan?...

Nak di ringkaskan cerita, oleh sebab dah tak tahan mendengar bunyi2 yang merdu di malam hari sewaktu seisi rumah menghampiri alam lena yang mengasyikkan tetapi di ganggu oleh suara itu hingga membingitkan telinga bapak ako, maka dengan tahap drastik nya bapak ako ke klinik berdekatan tanpa ako di sisi dan cerita kat nurse klinik tu (bapak ako ni regular customer klinik tu)yang anak dia ni batuk teruk sampai terkencing.. so, nurse tu pun bagila sekotak ubat yang bila ako terteguk je ubat tu terus ako pengsan.. haaa... POWER RANGERS kan ubat batuk tu.. dalam banyak2 ubat yang akoo telan sebelum ni, satu pun tak rasi dan terkesan pada ako, tapi, ubat ni, ambik kau, terus berdengkur ako dibuatnya.. mana taknya, penat bah.. batuk sepanjang hari... dapat tido, terus la berdengkur.. hahahaha....

Itulah kisahnya, setelah 2 botol selamat ako telan akhirnya batuk ako pun semakin sembuh... Alhamdulillah.. Ako sihat, blog pun dapat update.. hehehe... bak kata pepatah, serampang 2 mata.. 'betul ke pepatah yang ako guna ni?"

ape ape ajelah...

4 comments:

Aida Nurni said...

la... naee engineer baru? baru kawin ke?

Anonymous said...

aku sgt paham perasaan pembatuk. dulu masa pregnantkan mika 7 bulan aku batuk tanpa henti. tegar kan?!

Anonymous said...

sudikah apa kiranya dikongsi apakah nama ubat batuk itu, supaya senang kiranya aku ke klinik mintak terus dengan doketor? aku ini juga mangsa sindrom batuk kencing.

please yah!

Ummu Abiha said...

SOT:
Aaah.. Si naee tu lah.. dia baru je kawen.. honeymoon pun belum sempat pi... katanya honeymoon kat umah je.. hehehe...

MM:
wahhh!! sangat tegar.. tanpa henti gitu..

Anonymous:
Cik/Encik/Puan/Tuan:
Thks krn sudi meng'komen' di blog saya.. oleh kerana itu, tunggu update saya yg akan datang. Saya akan sertakan gambar ubatnya yer..
Jaga pemakanan yer..