Thursday, October 16, 2008

Sms Misteri...

"Assalamualaikum, apa khabar?". Hmmm... Ako baru je selesai menonton rancangan kegemaranku CSI NY pada malam selasa yang lepas, dan dikejutkan (xla terkejut sangat)dengan satu sms dari no. yang tak dikenali.. 016-****** .. Sapa la pulak sms kat ako memalam buta ni.. 016? Mana la pulak member ako yg pakai no digi ni..

Entah kenapa fikiran ku terus teringatkan Kak Ain, kakak angkatku masa diploma dulu.. Kami agak rapat la time tu tapi lepas dia kahwin, kami terus terpisah lagipun dia dah migrate ke Senawang. Ako pulak dah ada kakak angkat baru.. hehehe :) Terus aja sms itu kujawab, "Waalaikumsalam, khabar baik...". "Awak kenal ke saya? Masih tinggal dengan jun?".. Balas si penghantar sms misteri itu.. ako pun jawab, "Xkenal, dah lama dah tak stay ngan dia.." " Ye ke.. awak dah kawen?" Giat pulak dia bertanya..hmm.. ako pun xtau nape ako nak menyakat dia pulak."Dah kawen dah,2 tahun lepas.. kjun pun dah kawen.."hehehehe.. jawabku. saje nak tgk kak ain marah ke tak cozxjemput pun dia.. "Alhamduliilah...bila?" tanya si dia tu lagi.. Haduh... dah bagitau 2 tahun dah kawen lagi mau tanya ke.. susah susah... terus ako decide nak kol je la si peng sms tu, habis cerita.. Ako guna no.baru ako dan dial no. nye, 016-34*****.
Macam biasa dengar je caller ring tone dia, tapi di mana ya? kuang kuang kuang...
Huihh lambat nye nak mengangkat.. kang end call baru tau,ngomelako dalam hati..
"Hello, hello.. " dah dengar suara disana.. aikk? sora lelaki? pelik ni. Sapa la pulak?????.. Musykil ako.. "Hello? hello? siapa tu?" ako yang kol,pi tanya pulak siapa tu.. mesti org tu marah.. hahahaha... gasak ko lah.. ako nak tanya gak..
"Hello? Siapa tu?" ulangku lagi.. " Ya, ya, hello.. ya. hello" jawab si lelaki yang kusangkakan kak ain tu.. eh, cam kenal lak sora ni.. " Ni iqzan ye? eh, sapa ni? cam kenal la suara ni?" tingkah ku setelah tekaan ku meleset.." Rudy ni." Rudy? Eh, Din yer.. Ye lah, Din yer... haa.. mana menghilang?" suaraku dan suaranya bercampur-campur dalam sesi teka meneka suara tadi... " Yelah, ni Din la.. Shida apa khabar? Dah kawen yer?.. Alhamdulillah... xsangka jodoh shida sampai dulu..." Aik? Lain macam je statement mamat ni.. dah la lebih 3 tahun menghilang... dengan janji2 manis yang serasa ingin ku tagih.. tapi ako tak terdaya... Kini, dia muncul kembali dengan tanda tanya yang bersarang dalam fikiranku...
"Shida kat mana? Dah makan?" " Awak tau, sekarang saya dah pindah. Duduk kat Vista Angkasa.. dekat la ngan awak.."ujarku. Seingatku dia dan adik angkatnya masih duduk di Pantai Dalam.. Tapi dah lebih 3 tahun terpisah, xtau la mcam mana kisahnya pula sekarang. "Saya belum kahwin la awak.. saje je tadi, ingatkan awak ni kawan lama saya.. saje nak menyakat.." "Kjun pun belum kahwin, masih mencari lagi.. tapi memang kami dah tak duduk sama.. Dia sekarangkat umah dia sendiri kat PJ, stay ngan adik lelaki dia..""Habis tu awak duduk ngan siapa sekarang?""Saya duduk ngan kengkawan baru.. xkenal pun.. cari je kat iklan.. Alhamdulillah dalam housemate yg baik2 sumenya..."

Tum!Tum!kilat sabung menyabung kat luar.. Disimbahi pula dengan air hujan yang turun bagaikan tidak mahu berhenti.. Lebat selebatnya.. hmmm... nyenyak la ako tido malam ni..yes..

"Awak dah makan? Jom la kita jumpa.." tiba-tiba aku tersedar dari lamunan terhentiku tadi.."Hmm.. Sekarang? Isk, nak tido la awak.. Lagipun hujan lebat gila kat luar tu.. Mak saya kat kampung marah nanti..hehehehe..." selorohku.. sebenarnya ako belum ready jumpa mamat ni.. Ako tau dia penah suka kat ako.. Dia penah lafazkan nya, bila ako cakap xdengar dia xnak mengaku pulak.. hohhoho.. melepaih la ekau.. entahlah, masa tu ako pun confious ngan perasaan ako pada dia.. Ako suka cara dia jaga hatiku, cara dia yang confident tu, cara dia yg selalu happy tika bersama ku.. walaupun banyak lagi dia kisahkan kisah sedihnya padaku, kisah pemergian Arwah bapa kesayangannya di atas pangkuan nya sendiri.. Nasihat terakhir bapanya.. dan macam macam lagi memori yang tiba-tiba je menerjah dalam ingatanku ketika itu..

Pelbagai kisah terkini nya yang dikongsi dalam 30 minit perbualan kami di telefon pada malam tu.. panjang lagi nak ku titipkan di sini...

to be continue..

3 comments:

Aida Nurni said...

hi shida...

You've been tagged. sila baca blog saya

Anonymous said...

Aku pun dah tagged engkau...takdak org lain dah...

Ummu Abiha said...

wakakaka... akopun xtau nak tag sapa... korang baca la kemerepekan ako kat post atas... huhuhu..