Friday, February 20, 2009

Semalam...

Pagi ni agak membosankan.. Diela cuti hari ni, so, ako tak tau nak borak ngan sapa..

Borak ngan bos? Hmmm... pepagi dah kena usik, dengan mata ako yang bengkak dan muka yang ala2 sembab tapi ayu.. kikiki.. perasan jer. Bos tanya ako nape nangis? Ako xkan nak ngaku ako menangis kan.. ako cakap la xleh tido.. jawapan yang separuh benar.. Yang benarnya, memang betul ako menangis malam tadi, hingga terbawa2 sampai tak leh tido.. So, separuh benar la jawapan ako kan.

Semalamnya, lepas je hbs meeting kat HQ, bos bagi green light kat ako utk terus balik umah, tak payah singgah opis. Jadinya, ako sampai umah awal dari biasa.. Selalunya, tak cecah kul 9 malam, maka susah la nak tengok muka ako ni.. Sampai selalunya adik kesayanganku itu selalu terbiar.. terbiar tanpa kasih sayang kekandanya ini.. hehee.. tapi, takpe, adikku itu amat memahami.. ke'bz'an kakaknya ini utk masa depan kami sekeluarga juga...

Sepatutnya semalam lepas maghrib ako kuar balik sebab ada urusan lain. Sampai kul 8 mlam ako tunggu kjun, tapi, xsampai2 jugak.. Ako dah bagitau dia ako balik terus umah dari HQ. Dia awal2 dah remind ako suh balik awal. Tup2 dia yang dari opis.. Dia yang lambat.. Ako melilau cari dia kat area lift bawah umah ako, tapi dia tak kelihatan.. Dia pulak dah bising2 ako tak turun lagi.. Apa ke jadahnya? Sebelum dia sampai awal2 lagi ako dah turun. Bila ako call, rupa2nya dia tunggu ako kat opis.. Ceh... hampes tul.. marah tul ako.. Macam mana leh miss-communication lak ni.. Apa la yang dia fikirkan? Tak tau la ako.. waktu tu jam dah menghampiri 830malam.. Ako paling tak suka attend sesuatu function lewat, biar ako tunggu org, jgn org menunggu ako.. entahlah, rasa nak marah sangat2.. Ako malas nak cakap banyak, terus je ako hentikan perbualan ngan kjun dan ako dah cakap ako tak nak attend function tu.. Ako dari awal dah bersiap, tup2 jadi macam ni..Dah banyak hari ako plan ngan dia. Cakap pasal benda ni.. Bukannya dia tak tau perangai ako.. Kenapa la masih nak cari pasal ngan ako.. Ako cukup tak suka org yang tak serius buat sesuatu kerja.. Macam mana dia nak kerja ngan ako? Macam mana dia nak jadi bisness partner ako? Macam mana ako nak mengharapkan dia?

Hmm.. mungkin ada yang terpinga-pinga siapa kah dia kjun ini?

Kjun...
Dialah insan yang paling dekat di hati ako selepas keluarga yang ako cinta..
Sayang ako pada dia sama seperti sayangnya ako pada adik-adikku..
Sayang ako pada dia, tak dapat di takrifkan..
Hingga kan ako sanggup buat apa saja untuk dia...

Kjun,
Dia lah insan yang bertanggungjawab atas hidupnya ako di bumi Kuala Lumpur ini..
Seawal umurku 18 tahun, ako telah diserahkan kepada dia untuk menjaga ako di Kuala Lumpur ini oleh ibu bapaku..
Dia dengan ikhlasnya sudi mengambil dan meyakinkan ibu bapaku utk menjaga dan mengambil alih tanggungjawab ibu bapaku untuk menjagaku di bumi KL yang penuh noda ini...
Dia yang memberi kasih sayang seorang kakak kepadaku..
Dia yang membawaku kemana-mana dengan motor kapcainya hinggalah dia mampu memiliki kereta utk menyenangkan ako..
Dia sangat baik, berhati bersih dan ada la sikit penyayang..
Walaupun dia kedekut, suka tak setuju dengan cadangan ako, tak pengemas sangat, ada sikit malas, perangai macam lelaki (sebab dari kecik dok kawan ngan adik dia sume laki, kat opis pun sume laki...), baran jugak, dan macam2 lagi yang ako tak setuju ngan dia...
Tapi, ako sangat sangat sayang kat makhluk yang bernama JUNAIDAH ABDUL JALIL ini...

Kjun,
walaupun ako sangat sayang pada kamu,
Tapi, entah kenapa ako tak dapat menahan perasaan tiap kali kau tersilap walaupun sikit je..Amarah yang datang tu sangat dahsyat.. Tak tau kenapa...
Walaupun kita selalu bergaduh, bertumbuk, bergusti, bertekak,
Tapi, hanya kau saja yang ako sayang...

Kau saja yang paling mengenali ako...
Kau saja yang tau(kadang2 tak tau pun) macam mana nak pujuk ako..
Kau saja yang tau kesukaan ako...
Kau saja yang tau perasaan ako..
Kau saja yang tau masalah ako...
kau saja yang tau mostly tentang ako...

Kjun,
Dulu penah ada makhluk bersifat binatang penah menfitnah kita ni 'les'.. nauzubillah...
Ako sangat depress time tu.. Ako tak tau apa yang patut ako buat..
Tau kah mereka, menfitnah perempuan sebaik kau, yang solat 5 waktu tak tinggal
yang taat pada ibu
yang kasih pada org luar seperti adik sendiri
akan ke neraka jahanam la tempat dia...
Walaupun statement tu sangat perit, tapi...
Apa kan daya, ako tak mampu berpisah dengan kjun.
Biarlah apa org nak kata,
Hanya Allah SWT yang tau isi hati ku, isi hati kjun,
Hanya Allah yang tau..
Biarlah fitnah tu memakan diri penfitnah tu..
Ako tetap bertegur dan berkawan ngan pemfitnah tu..
Biarlah ako di tertawakan mereka..
Ako rela,
Demi sayang dan kasihnya ako padamu kjun...

Kjun,
Walaupun berbuku novel ku karang, tak kan mampu meluahkan semua rasa sayang dan betapa berterima kasih nya ako padamu kjun...

Kjun,
Malam tadi shida tak dapat tidor..
Entah kenapa terlalu hebat mainan perasaan yang datang melanda malam tadi...
Entah kenapa shida terasa teramat sangat nak memiliki sebuah keluarga..
Keluarga shida sendiri..
Yang ada suami, yang ada anak-anak, yang ada mak mentua, bapa mentua, biras, dan yang sama waktu dengan nya..
Entah kenapa kjun..
Sejak kebelakangan ni, perasaan tu asyik terbuai2 dalam diri shida...
Sering kali datang dan mengganggu ketenteraman jiwa dan fikiran shida...

Kjun,
Masih ingatkah malam itu,
Shida sesak nafas sebab menangis sedih dengan nasib yang menimpa shida..
Yang menimpa kita...
Nasib baik sesak jer..
Kalau tersekat terus tak tau la kan..
Mesti tak sempat shida nak up date blog ni...

Kjun,
Semalam shida berdoa pada Allah..
Seandainya jodoh kjun tersekat kerana shida terlalu sayangkan kjun,
Shida sanggup berkorban kjun..
Shida minta pada Allah supaya jodoh shida sekiranya ada
Di tukar kepada kjun...
Supaya kjun dapat kahwin dan tak perlu runsing2 lagi pasal shida..
Shida yang kuat merajuk, cepat marah2, cepat pra-sangka, cepat emo, cepat buat perangai buruk, cepat melatah, cepat pukul, cepat kalau nampak duit, dan cepat sume yang tak elok je ni...
Biarlah shida tak kahwin, walaupun shida dah nak sangat memiliki semua tu...
Asalkan ia di beri, di tukar
HAnya untuk kakak kesayanganku...
Kjun...

Ya Allah,
Seandainya sayang ini,
Kasih ini,
Rasa ini,
pengorbanan ini
dan segala apa yang kuberi selama ini
buat mereka yang terdekat denganku
yang terdekat dengan hatiku
ikhlas kerana-Mu ya Allah,
Kau berkatilah persahabatan ini..
Kau rahmatilah ikatan ini, hubungan kasih dan sayang antara insan,
Insan yang mendambakan kasih dan sayangMu ya Allah,
Mendambakan kasih dan sayang sesama insan,
Ya Allah,
Kau simbahi lah dengan keberkatan, dengan kerahmatan...
Agar hati kami lebih memahami erti kasih dan sayang yang sebenar,
Erti kasih dan sayang yang sejati...

Wallhu'alam.

No comments:

Post a Comment