Tuesday, February 24, 2009

Petang itu..

Petang tadi company tempat ako keje ada buat monthly staff gathering kat HQ iaitu di Symphony Hall Stesen Sentral Kuala Lumpur. Dah agak lama ako asyik meng 'postponed' kan diriku dari hadir ke jamuan bulanan tu. Selalunya muka ako akan kelihatan ketika sambutan di bulan kelahiran ku sahaja iaitu bulan 8. Bulan2 lain tu agak payah la sikit. Tapi, tetiba hari ni tergerak hati pulak nak pi jamuan tu bulan ni. Mungkin sebab nak teman n raikan besday diela yang menyambut ulangtahun kelahirannya 19hb yang lepas. Sian dia sengsorang, xpelah teman je lah kan. Lagipun, naee pun ada. Leh borak2 ngan dia. Dia pun baru nak di introduce kat semua staff. So, better la amat kiranya ako hadir memberi sokongan.

Terkejut juga ako bila gathering kali ini di jamu dengan ceramah yang bertajuk 'Alamak, ako terlupa lah' hehehe... TApi kalau tak silap ako background story pasal peperangan di Gaza lah. Ceramah yang di sampaikan oleh seorang Profesor dari Universiti Malaya itu sangat menarik kerana disertai dengan video2 peperangan sejak 60 tahun yang lepas, gambar2 yang begitu meruntun jiwa, peta2 yang menunjukkan betapa kecilnya Gaza yang mana lebih kurang sama besarnya dengan Bandaraya Shah Alam yang digabungkan dengan Subang Jaya. Malah beliau turut menarik minat pendengar dengan mencari persamaan besarnya negara palestin yang hanya kecil sikit dari negeri Perak iaitu dari Perak Utara hinggalah ke Tapah.

Beliau juga menekankan kenapa kita begitu terkesan dengan peperangan di Gaza pada waktu ini sedangkan peperangan di negara Palestin telah tercetus sejak 60 tahun yang lalu. Peperangan kali ini juga sebenarnya tercetus kerana kesilapan Hamas yang membuat keputusan tanpa memikirkan kesannya hanya dengan menghantar roket utk mengebom Israel menggunakan teknologi mereka yang amatlah ketinggalan zaman utk dibandingkan dengan Israel yang berganda maju dari segi senjata api, ketenteraan, pesawat tanpa pemandu dan segalanya yang lebih jauh moden berbanding Palestin.
beliau juga menceritakan betapa Mesir yang menjadi dalang yang menyekat sumber bantuan yang cuba disalurkan dari negara2 jiran i.e. Malaysia kerana pada Mesir, Palestin bukanlah sebahagian dari negara mereka setelah mereka bersetuju menyerahkan Palestin kepada Israil sewaktu perjanjian 60 tahun yang lalu yang di persetujui oleh PBB sendiri.. Kerana sebab ini jugalah, Palestin memberontak utk memiliki tanah kepunyaan mereka yang secara tidak adil nya di serahkan buta2 pada Israel oleh Mesir.

Entahlah, sorrylah kalau ako tersilap tulis maklumat ni sume.. Ako sebenarnya bukannya minat sangat ngan sejarah..Tapi sejarah dunia agak menarik la kan.. hehehe.. agak berbaloi la ambik tau sikit2 gitu.. :) Tapi yang sebenarnya ako suka tengok video2 yang terselit dalam ceramah Prof tu tadi. Paling ako terkesan dengan tertonton nya klip video yang menunjukkan keganasan israel yang sanggup membunuh seorang kanak2 yang cuba diselamatkan oleh bapanya disebalik tong sampah dan bapa kanak2 lelaki tersebut cuba menghadang tentera israel dari menembak terus kanak2 tersebut dengan menghadang badannya di hadapan anaknya itu. Namun setan laknat si tentera israel tu, tanpa sebab dan motif dengan sengaja menembak budak itu sehingga mati utk disaksikan oleh bapanya. Ako betul2 geram tengok video klip tu.. Xde peraan dan hati perut ke dorang ni? Gila mental ke hapa ke? Bo***k tul lah.. Tak jumpa la pulak cari dalam youtube. Kalo tak leh share kekejaman dan kebinatangan tentera israel ni.. Geram tul ako..

Kalau nak di ceritakan, memang banyak lagi lah.. Ako pun sebenarnya bukannya dengar sangat pun. Asyik bersembang jek ngan si naee itu, telah mengganggu konsentrasiku. Sebab tu la ako tak dapat score sejarah dari dulu.. tiap kali subjek tu je dari zaman sekolah lagi, si naee tu memang selalu nak mengajak ako bersembang. Time subjek lain tak pulak nak ngajak ako menyembang.. musykil ako heh..

Tapi, yang paling penting, ako tak tau la kenapa ako ni agak terkesan dengan cerita2 yang di sampaikan oleh kawan2 ako dari teknikal department mengenai perubahan besar yang berlaku terhadap seorang 'kawan lama' ako yang merupakan 'bekas house-mate' ako dulu..
'kawan lama' ako yang merupakan 'bekas house-mate' ako ni nak di jadikan cerita telah bertukar department dan meningkatnya satu level kerjayanya telah pulak menurunkan sikit ketidakserasiannya dengan kengkawan teknikal dia ni dulu..

Ako pun tak faham kenapa org2 yang ada background keje teknikal tidak dapat memahami masalah yang dihadapi oleh rakan2 teknikalnya setelah mereka di tukar ke department lain. Pada ako kerjanya yang hanyalah sebagai 'Mandur' yang menjadi penghubung atau medium antara department2 lain dalam menjalankan operasi di Stesen Sentral itu akan menjadi lebih mudah jika dia dapat menunjukkan rasa timbangrasa apatah lagi dia sendiri tau masalah2 itu dari dulu. Sepatutnya pengaplikasian itu lebih mudah untuk dijalankan apatah lagi dia kini berada di tahap yang lebih tinggi sikit dari dulu dan adakah kerana suaranya di dengar oleh pihak atasan maka dia dengan sengaja tidak mau memahami kesusahan rakan2 kerja lama yang dari dulu sama2 di waktu susah dan senang? Entahlah, ako cuba taknak ambik port benda2 ni. Tapi, ako memang nampak perubahan itu. JADI, lebih baik ako lari dari dia lebih terasa dengan sikapku yang bakal menjadi dingin beku jika dia menegurku nanti..

Selain itu, ako masih tidak dapat lupa dengan layanan dinginnya sewaktu kehadiranku ke majlis persandingan nya dulu. Sudahlah jarak perjalanan ke rumahnya melebihi 400 km, dengan kondisiku yang demam teruk, selsema, batuk dan sebagainya tetap kugagahi utk berkongsi sama2 dengannya, tapi... jika dikenang2 memang menyakitkan hati..
Ako masih ingat semua cerita2 yang diceritakan padaku sewaktu dia putus cinta dengan x-bf nya yang dikenalinya lebih 7 tahun. Malah, ako jugalah tempat dia mengadu dan meminta pendapat sewaktu cintanya dengan suaminya sekarang baru terjalin. Ako tau, ramai rakan2 kerjanya yang tidak suka tapi, sudah jodoh mereka.
Cuma ako terkilan kehadiran ku tatkala hari pun dah menjelang petang, org pun dah tak ramai, tapi, entahlah. Sebenarnya ako terlalu tidak sihat utk fikir sume tu pada waktu itu, tapi, kjun yang perasan. kjun yang utarakan padaku kenapa kawan ako tu buat ako sampai macam tu sekali. Sudahlah xde sebarang tanda ingatan kehadiranku ke majlisnya, nak bergambar dengan ako pun mungkin langsung tak terlintas di fikirannya..
Entahlah, mungkin ako terlalu ambil hati dengan perkara itu...

Ya Allah, ampunkanlah dosaku..
Sekiranya apa yang kufikirkan dan lakukan ini adalah salah,
berikanlah petunjuk padaku
Agar kebuntuan ini dapat di lerai..
AAmiinn...

2 comments:

  1. babe.. maner ko dapat info ni.
    aku pon dengar2 gak aduan dr member2 tech. tular aku pon xpaham nape boleh jadi cam2. aku pikir +ve agaknyer dia dah kene marah ngan bosses kot @pon dia ada masalah umah & tangga sehingga membawa kepada kejadian tersebut. sekian tima kasih..
    sejarah berulang kembali..hahahahahaa
    & nasib baik aku tolok posisi tu. kalu x aku pon bergaduh ngan budak2 nie

    ReplyDelete
  2. Info ni dari org yang berbalas email dengan pelakon di dalam drama ini.. ako director yer, bukan pelakon.. hehehe..
    Entahlah ayu, pada shida sume ni dapat di elakkan dengan sedikit timbangrasa dan tolak ansur.
    Susah la nak jadi pemimpin yang baik kalau kita di benci dan di pandang sipi2 oleh kawan2.. huhuhu
    Harapan shida, jika ayu pun di dalam situasi begini, cakap elok2 ngan dorang n jangan rasa diri tu besar.. Jawatan, pangkat bukannya boleh membahagiakan kita jika tiada kawan2 di sisi..

    ReplyDelete