Hari ni hari pertama berpuasa di hari bekerja. Semua orang diam jek.. Pagi tadi ada la jugak gelak2, tapi dah masuk kul 11, sume diam je.. dekat kul 1, sume dah cari2 port nak lelapkan mata.. haduhhh... bosan aku di buatnya.. Email opis aku lak wat hal.. Problem dari awal2 pagi tadi lagi.. Ni pun baru je aku leh buka, tu pun xleh guna outlook, aku try ngan IE, sib bek leh.. Kalo x bertambahlah sengal aku di buatnya..
Dalam dok tengok2 email2 tuh, aku terbaca la satu email yang di hantar oleh salah seorang Mentorku semasa dia bekerja di Dataran Maybank dulu..
Selalunya kalau email yang di hantar oleh kengkawan aku or sesiapa pun, if panjang berjela ceritanya, aku akan skip je dulu.. Bila dah xde benda nak di baca lagi baru la aku baca balik.. Oleh sebab hari ni dah tahap gaban bohsannya, dan mailbox pun xberapa meriah, makanya aku pun membaca lah email itu dengan tenang..
Tajuk nya agak siries gitu.. ini siries.. macam dalam TV9 tu,alah, karton yang femes ngan tagline 'apa yang penting? kerjasama..' hehehe.. haaa, WONDERPETS.. baru terhingat.
Tajuk: Dua Kalimah Syahadah
(Silalah baca dengan tenang, insyaAllah anda mendapat manfaat darinya.)
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."
-------------------------------------------------------------------
MORAL:
Biasakan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ketika solat.
**********************************************************
Dek kerana email ini, walaupun penuh dengan pengajaran, tapi ianya telah mampu membuatkan aku tergelak walaupun tidak terlalu terbahak2 dan rasa buhsan itu terubat la sikit kerananya..
1 comment:
astaga.
ha ha ha
Post a Comment