Sebenarnya majlis perkahwinan pasangan pengantin yang aku hadiri tadi dekat je lokasinya, di Bukit Utama, Damansara. Tak lah terlalu susah nak mencari 'The Club', lokasi majlis perkahwinan mereka, cumanya dah namanya 1st time, so biasalah bila terlajak or tersilap jalan.. Lagipun simpang lepas CentrePoint tu tak boleh ambik ke kanan, jalan terus je leh, so terpaksalah kami pusing balik dan bila dah terlajak nak cari simpang yang sesuai utk u-turn tu yang buat tersesat sekejap. Tapi, tu perkara kecik je, lagipun sekitar 1 Utama je, kalau dah gamaknya tak jumpa gak Kelab tu kitorang leh je lepak tgk wayang kat OU.. hehehe...
Sampai je kat majlis tu, apa yang kami agakkan memang benar.. Majlis tu banyak di hadiri oleh org2 yang berpangkat atau org2 yang ada 'kelas' lah kan.. Mujurlah aku make up sikit, kalo tak nampak pucat je lah muka aku ni... Oleh sebab majlis tu di adakan di Golf Club, tntunya parking nya perlulah berbayar.. Pada aku, amatlah ok setakat bayar parking beberapa RM, sebabnya tentu2nya dah ada parking, selesa, bertutup dan mudah. Tak perlulah berjalan jauh sebab xada parking dekat2 dan terpaksa pulak halang lalu lintas kenderaan lain. Bukanke boleh menimbulkan pelbagai masalah pulak.. Masalah pe? Lu pikir la sendiri... hehehe...
Setibanya kami di pintu utama, usherer yang terdiri dari ibubapa pengantin perempuan, sedara mara terdekat dan ahli2 keluarga yang lain menyambut dengan penuh mesra. Aku suka betul tengok keluarga mereka yang nmpk 'kelas' tapi masih sederhana.. Pakaian mereka namapk biasa tapi cantik dan tidak keterlaluan.. Tak nampak terlalu kampung dan tidaklah kebaratan.. Walaupun aku tahu mereka org2 berada, berpangkat malah tinggal di luar negara beberapa tahun lamanya, masih lagi kelihatan sederhana dan mesra.. Aku suka betul. Ibu pengantin siap peluk kami kerana rasanya dia masih ingat muka aku dan kjun sewaktu kami berdua datang melawat anak perempuannya yang sedang cuti sakit di rumah beberapa bulan yang lepas.. Tiba2 aku rasa terharu...
Di pintu masuk, kami di persilakan utk mengambil makanan ala bufet yang telah pun tersedia di kiri dan kanan dewan. Walaupun self service, setiap lauk yang terhidang ada pelayan yang menjaganya dari dihinggapi lalat dan mereka cepat betul menambah lauk pauk walaupun masih banyak berbaki. Muka pun tak lokek dengan senyuman.. Tak lah aku segan sangat nak ambik lauk banyak2.. hehehe...
Suasana di dalam dewan sungguh indah dan nmpak eksklusif. Teratur dan cantik. Ada lebih kurang 100 meja bulat yang di susun berdekatan antara satu sama lain. Setiap meja ada lebih kurang 6 ke 7 kerusi.. Free seating kata tuan rumah.. Tatkala masuk, mata aku tertumpu pada satu kumpulan nasyid yang sedang mendendangkan lagu nasyid yang agak terkenal yang antara liriknya 'Kalau tak sembahyang, apa gunanya..' :) Aku tak pasti nama kumpulan nasyid tersebut tapi hanya seorang saja yang agak familiar iaitu dari kumpulan saujana dan 4 org yang lain aku tak pasti dari kumpulan nasyid mana.. Mereka juga menemuramah hadirin yang datang dan ada juga usikan2 dari mereka yg membuatkan tetamu ketawa... Hmm.. lain sikit majlis perkahwinan kali ni.. Dah macam annual dinner yang selalu company aku buat 2 tahun sekali la pulak.. hhehehe..
Baru je punggungku menyinggah ke kerusi, rombongan pengantin pun tiba. Patutla aku tak nampak pengantin kat pelamin, rupanya baru sampai daaa... Semua tetamu terdiam ketika pengantin dan rombongan berarak masuk.. Aku yang baru nak menyuap nasi pun terhenti sebab nak tengok perarakan tersebut.. Hmm... inilah antara sebab aku tak berapa gemar datang ke kenduri kahwen kawan2 aku. Boleh basah tudung aku dengan airmata.. Tiap kali aku lihat kegembiraan yg terpancar si wajah mereka, aku jadi cemburu, aku jadi hiba.. Bilakah HARIKU AKAN TIBA? AKAN TIBAKAH HARI ITU? huhhuhu... Sudahlah, lagu2 romantis yang menjadi kegemaranku berkumandang sepanjang majlis berlangsung.. Perasaan hiba itu tak henti2 bermain2 dalam hatiku.. Mujurlah aku masih mampu tersenyum.. Tersenyum menumpang kegembiraan yang entah bila akan kurasai sendiri...
To Nadirah & Herman, Selamat Pengantin Baru... Semoga perkahwinan ini
berbahagia dan kekal ke akhir hayat...
Gambar2 ni je yang sempat di capture sebagai kenangan..
Again, congratulations..
No comments:
Post a Comment