090909..
Memang kacak tarikh ni. Sesuai sangat kalau ada yg nak jadikan tarikh ni hari yg istimewa dalam hidup mereka. Tapi, tarikh sekacak ni takkan berulang lagi.. Kiranya pun bila berulang nye tarikh ini tidak akan jadi sekacak no ini.. 090910...090911..090999..Hmm.. entahlah.. Apa apa aje lah..
090909. Pada tarikh ini ada 2 jemputan berbuka puasa di luar, iaitu di Restoran yang agak terkenal iaitu Restoran Berputar di ibukota ataupun aku boleh memilih utk ke The Royale Bintang, Damansara. Tapi, dua dua pun aku tak pilih. Aku pilih untuk berbuka di rumah dan menyendiri. Aku lebih suka macam tu. Walaupun aku sedih tapi aku lagi sedih bila aku pegi berbuka puasa di sana nanti berlaku perkara2 yang aku tidak diingini. Lagipun surely aku akan dipinggirkan dan jika pun aku di ajak berbual aku pula yang akan meminggirkan diri.
Lately, aku tidak hepi pergi keje. Aku lebih suka tidak pergi bekerja. Mungkin lebih tepat aku akan lebih gembira jika tidak bekerja di tempat aku bekerja sekarang. Sampai bilalah agaknya aku perlu menanggung ketidakgembiraan ini? Kenapa pada waktu begini peluang kerja tak muncul pula? Walaupun telah berkoyan2 aku mohon? Waktu aku tak tercari2 kerja dan tidak sepenuhnya nak beralih arah, pelbagai peluang pula yang datang.. Waktu itu, hati aku sendiri menjerit2 tak mahu pegi. Konon sayangkan keje, sayangkan bos, sayangkan kawan2, sayangkan suasana kerja.. TAPI KONON sungguh rasa itu. Kenapalah sampai begitu B***H sekali aku pada waktu itu? Kenapalah aku begitu 'konon' sekali menyayangi sesuatu yang sekarang ini tiada langsung maknanya dalam hidup aku? Kenapalah aku sampai sanggup sebegitu sekali melepaskan peluang yang tak mungkin datang utk kedua kalinya.. Kenapa? kenapa? Aku sungguh sungguh menyesal dengan apa yg telah aku buat.. Aku sangat menyesal...
Sekarang ni, mahu atau tidak, aku terpaksa menanggung penderitaan dan penyesalan ini seorang diri. Aku menunggu diriku mendapat surat warning ataupun surat di nasihatkan berhenti. Aku akan menunggu.. Aku takkan pergi sendiri, biarlah aku yang di buang kerja. Aku RELA. AKU REDHA.
oooh.. aku dulu mase keje swasta... pernah dpt surat warning... die bg tempoh 3 bulan utk tingkatkan prestasi...
ReplyDeletemase tuu.. mmg down gler.. tapi aku bertekad mo wat yg terbaik.. last2x... dlm sebulan jaa.... tempoh percubaan ditarik balik sbb aku cemerlang..
at the same time.. ku dpt tawaran keje lain..
apalagi.. ku lompat keje la.. wakakaka..
jgnla murung beb..... tak baik utk kesihatan.. =)