Hari ni entah kenapa dalam rasa happy tetiba terselit sedikit kekecewaan dan kesedihan.. Mungkin pandangan mataku tak dapat menghalang akalku dari memikirkan perkara2 yang bukan2 dan kata2 nista yang keluar dari segelintir manusia yang semakin jauh dan semakin tidak kukenali.. aku masih sedih dengan apa yang berlaku.. Memang benar, semua yang berlaku berpunca dari aku. Aku terlalu nak jaga hati semua org, tapi tup2 hati aku sendiri yg hancur.. Sampai sekarang hati itu belum terubat dan tak mungkin dapat di ubati.. Aku tau masa akan mengubatinya..
Tapi, tiap2 hari mata ini akan memandang wajah2 yang dulunya merupakan wajah2 kesayangan hamba.. yang merupakan sumber inspirasiku utk datang awal ke office.. Untuk buat apa saja kerja yang di arahkan... kini tiada langsung senyuman, tiada langsung sapaan, tiada langsung gurauan, tiada langsung gossip, tiada lagi gelak ketawa, tiada langsung rasa persahabatan di wajah mereka.. Takpelah, kalau itu boleh menggembirakan mereka, aku terima saja.. Apa lagi yang layak aku buat? Aku tak layak langsung nak berkata2 atau buat apa2 sekarang..
Begitu mudah rasa sayang itu hilang, tiada siapa yang mahu mengekalkan nya.. Tiada siapa yang mahu ia kembali terjalin.. Mungkin masing2 dah serik.. Takpelah..
Aku pun masih menghitung hari.. Menunggu panggilan interview dari company lain.. Yang lepas2 sumenya dah terlepas, mungkin lepas ni aku akan lepaskan diri ku dari rantaian rasa yang begitu menyakitkan ini.. Aku harap itulah yang terbaik utk semua yang masih ku sayangi di sini.. Aku tak mudah membenci orang yang pernah aku sayang.. Mungkin aku pernah marah, tapi aku tak kan sekali2 menbenci..
Kini aku pasrah, hanya Allah yang mampu melembutkan hati mereka, hanya Allah yang mampu memupuk kembali rasa sayang dalam hati mereka.. Siapa lah aku, aku hanya mampu di benci dan di biarkan. Mungkin inilah 'KETENTUAN' yang terbaik buatku..
YA ALLAH,
Kuatkanlah hatiku,
Berikanlah aku kesabaran,
Berikanlah aku kekuatan,
Berikanlah jua aku ketenangan,
Sekiranya pengakhiran pertemuan dan
pengakhiran kasih sayang ini adalah ketentuanmu
Kurniakanlah keredhaan padaku
Agar aku lebih tabah mengharungi hari2ku..
No comments:
Post a Comment