Wednesday, May 6, 2009

Nak hujan ke tak ni?.. huhuhu..

Lama betul aku tak update blog ni.. Dah lebih sebulan rasanya.. Entahlah, tak tau nak coretkan apa dalam blog ni.. Semua kisah2 ako semuanya kisah sedih je.. Ako pun bosan nak share. Adakalanya rasa nak lupakan jek.. Bila di tulis ingat pulak kan. So, let time be the best medicine..
Tapi, ada satu babak dalam kehidupan ako baru2 ni yang aku tak nak lupa sampai bila2.. Cuma agak payah nak di coretkan..

Hmmm.. mungkin ako boleh coretkan apa yang ako termampu jek.. Kalau diceritakan semua sekali payah jugak, biasalah, kisah cinta ni memang melibatkan hati dan perasaan, apa yang ako rasa tak semestinya sama dengan apa yang orang lain rasa.. mungkin juga si dia yang memiliki hatiku itu juga memiliki rasa yang berlainan.. We just can't expect what people think and feel. They have their own way and same goes with mine..

Mungkin rasa cinta yang di pendam terhadapku sejak 2003 hanya mampu berakhir dengan hanya terpahat di hati nya dan akhirnya tiada lagi excitement dalam rasa itu kerana telah lama kedinginan di pisahkan oleh masa, jarak yang berbeza dan pelbagai jurang. Aku juga tidak tahu perasaan sebenarnya yang sepatutnya dia luahkan padaku.. Aku cuma tahu dari kawan2 terapat kami ketika itu.. Tapi, apa yang penting, aku sebenarnya juga menyimpan rasa dan perasaan yang sama.. '

Kami terpisah kerana dia menghilangkan dirinya kerana malu padaku. He owe me something dan mungkin kerana itu dia malu utk berdepan denganku. Tidak dinafikan dia selalu bercerita padaku tentang kebanyakan masalahnya, tentang ayahnya yang meninggal di pangkuannya, tentang ibunya yang sakit, tentang pekerjaan nya yang di dengki oleh orang lain, tentang nasibnya yang malang, tentang keluarganya, kakak2nya, adik2nya dan pelbagai cerita yang masih terpahat kukuh dalam ingatanku.

Aku masih ingat kali pertama dia bawa ako ke rumah kakaknya yang sulung utk dikenalkan buat pertama kalinya dengan ahli keluarganya. Aku tahu dia masih belum bersedia utk bawa aku bertemu dengan ibunya, jadi dia perlu tahu pendapat kakak yang paling rapat dengannya sebelum diketemukan aku dengan ibunya yang tersayang. Aku tak kisah, pada masa itu aku tidak tahu sama sekali intention nya terhadap aku, pada aku kami berkawan baik dan aku tak menyangka apa2. Walaupun begitu, aku tetap bawa buah tangan yang aku kukus sendiri iaitu kek coklat kukus istimewa dengan gubahan yang pada aku agak menarik la ketika itu. Aku tahu keluarganya sangat sukakan kek yang ako buat tu sebab baru hidang je dah habis gitu.. hehehe.. Aku gembira dan rasa selesa di rumah itu, jadi, aku jadi diri aku sendiri dan menikmati kegembiraan dalam keluarganya sampailah kami pulang semula ke Kuala Lumpur.

Setelah itu, pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup kami berdua yang akhirnya membawa dia pergi jauh dari hidup aku. Kami tidak bergaduh, tidak salah faham dan tidak ada buruk sangka apa2. Cuma apabila dia kerap bertukar kerja tiap2 tahun akhirnya membuatkan kami terpisah oleh sempadan perbezaan masa kerja, tempat dan pelbagai faktor2 lain. Namun, ada kalanya kami bertemu dan akhirnya aku realise yang antara kami tiada apa2 ketika itu. Terakhir sekali aku dapat tau yang dia sudah ada gf dan aku tak tau apa perasaan aku ketika itu terhadap dia.

Kisah 'SMS Misteri' yang aku coretkan sebelum ini mengisahkan tentang perbualan pertama kami setelah bertahun lamanya dia menghilang. Entah dari siapa dia dapat nombor aku dan akhirnya dia kembali mewarnai hidupku...

Antara msg2 dari dia yang masih ada dalam hf ako.. yang ako sedeh nak delete...
Ako coretkan di blog ini sebab ako rasa nak abadikan di sini. Mungkin sesiapa yg sudi membaca blog ako ni tak faham jalan ceritanya sebab sequence msg tu ako dah delete. Reply and question dari sms ako pun ako tak masukkan. Asalkan ako faham cukuplah...
Mungkin entry ni juga antara yg terpanjang sebab its really takes more than a week to type this entry. I just dont know how to tell and story..

from him,

"i like u as some one who very special i never forget" -11:23:57 pm @ 29/12/2008

"actually sy suka awk not now sejak 2003 lg.xder perempuan lain yg berjaya buka hati sy since putus cinta masa kat uitm dulu.tapi sy bukan jenis nak show off my care or luv. sy xder apa2, malang bg org yg syg kat saya"- 11:47:12 pm @ 29/12/2008

"tunang 15/7 dan kawen 15/8/09" - 12:01:03 am @ 30/12/2008

"ok.nie tgh cari kumpul duit utk pinang awk" - 11:00:12am @ 30/12/2008

"insyaAllah nanti sy kenalkan awk dengan mak sy. kak mun pun dah sibuk nak jumpa awk" - 08:04:38pm @ 01/01/2009


from me,

"kwn2 terapat sy dah 3 org bercerai sbb duduk jauh. Lgpn sy nak jd isteri mithali. Sy nak jaga mkn minum suami sy, pakai dia, nak peluk dia tiap2 mlm. nak dpt anank ramai2 cpt2 dan jd org yg plg pntg dlm hdp dia. Nak bercinta dgn dia tiap2 hr. Nak tgk dia hr2. Nak gaduh, merajuk, syg n mcm2 lg hr2. Sy xkan sggp bjauhan dgn lelaki yg dah jd milik sy. Yg sy dah serahkan diri sy, jiwa raga sy pada dia nanti. Sy xsggp. Tp, sy juga ada tgggjwb pd ibubapa sy juga..Bila duduk bjauhan, mcm2 kt2 org akn keluar...Mcm2. Yg btl pun jd slh. Apath lg yg slh. Akan di benci org smpai bila2.Adik saya syazwan pun kawen 8 bln je dan bcerai sbb mslh ni. Sy xnak awak, sy dah penat menangis utk dia. Sy xsanggp menangis lg... Sy hrp awk fhm.Sy syg awk. Jd lebih baik kt pilih mana yg tbaik utk kt. Supaya xjd mcm tu.- 02:26:55 am @ 02/01/2009.

"Awak, sy xpenah sangka yg awk akn muncul kembali dlm hdp sy. Sjk itu, pelbagai rasa dan wrna mencorakkan hdp sy. Tp saya percaya awk xanggap saya lebih dr seorang kwn yg awk rasa sgt terhutang budi. Sy tau dlm hati awk ada siapa dan yg pasti bukanlah sy... Sbb itulah awk xkisah kalau saya kawen dgn org lain kan? Pada awk tu sume takdir. Baiklah, mgkn awk syg sy tp awk xmau apa2 commitment dlm ms tdkt ni. Sy fhm dan respect keputusan awk. Sy xnak cakap lg hal ni. Kali ni sy terima sj pilihan mak ayh sy, sy xnak tunggu org yg hanya mberi harapan palsu pd sy dan xmemahami diri sy.. Awk cuma mau org fhm diri awk. Pada awk, awk sja yg betul dan bnr. Mgkn benar cakap awak, sy tak sesuai n xlayak utk jd lebih dr seorg kwn utk awk. Sy emotional. Kali ni, sy akan btl2 pergi mcm yg awk pnh buat dulu. Doakan sy bjaya dlm hidup dan ada zuriat sendiri nanti. Sy halalkan sume skali apa yg membelenggu awk selama ni. Halalkan juga utk saya. Take care n slmt tinggal."- 10:47:04am @ 29/04/2009.




Hmmm.. ako tau sangat kelemahan ako ialah ako selalu psiko org2 yg sayang ako. Ako selalu buat mereka rasa yang ako fikir negatif tentang mereka, tapi sebanarnya ako cuba berfikir sebaliknya yang mgkn akan berlaku jika tindakan sbegitu di ambil.
Contoh nya ako cakap yang hubungan kami susah nanti jika duduk berjauhan.. ako relate kan masalah2 yang ako sendiri penah alami dan org2 yg terdekat dengan ako. Ako nak dia tau yang ako concern hal2 sebegitu sebab ianya akan end up dengan perkara buruk yang kita tak pernah mimpi akan berlaku dalam hidup kita.

Tapi, itu tak bermaksud yg ako tidak berani nak hadapinya. aku cuma teringin sangat dengar dia jawab persoalan ako dengan kata2 yang positif dan semanagt yang tinggi bagi memangkah kata2ku dan meyakinkan ako yang kasih sayang, kepercayaan, kejujuran dan cinta yang ada dalam dirinya mampu mengukuhkan ikatan kami nanti walau apa saja rintangan yang datang... ako teringin sangat.. tapi... itu semua tak pernah berlaku..

Antara jawapan nya yang membuatkan ako kecewa ialah dia dia tetap tak akan pindah ke KL, dia jawab hina sangatkah duduk di kampung, tak layak sangatkah dia untukku... aku kecewa.. aku kecewa.. Entahlah...

Aku dah malas nak sedih2 sebab issue ni. Bukan jadi miskin atau jadi kaya pun kalau aku duk pikior masalah ni sangat. Eloklah aku terus menunggu dan mencari cinta aku yang sejati. Tiap2 makhluk tu memang dah di cipta berpasang-pasangan. Mungkin my soulmate aku tu bukan kat Malaysia agaknya. So, takes time sikit la nak jumpa.:):D Hopefully seminggu dua lagi la kan.. hehehehe..

Life must goes on. Enjoy life to the fullest.

Believe in yourself.Believe that you have the destiny the innate ability to become all you expect of life You may be going through some difficult time wondering about how things will turn out.
Find the meaning of life's struggles and accomplishments. Don't put away the dreams inside you. Be hopeful and determine to make yourself exactly what you want to be. Believe in yourself... Nothing is beyond your reach.


p/s: Saja ako buat tajuk yang lari dari isi cerita(sebenarnya tak tau nak letak tajuk hape.. hehehe) kalau cikgu karangan Bahasa Melayu ako dulu baca tajuk ngan cerita ni mesti dia letak jawatan coz sedih giler dapat anak murid bebal cam aku.. wakakaka...

No comments:

Post a Comment