Friday, January 9, 2009

My adik

Sejak akhir2 ni ako dapat rasakan diriku seperti hepi semacam jek.. rasa seperti dapat makan ais krim jek hari2.. perasaan ni ako penah rasa masa angah tinggal dengan ako dulu.. ada tanggungjawab yang perlu kugalas dan ako suka dengan tanggungjawab tu.. lagipun bukannya susah sangat pun.. sebelum habis waktu keje terfikir2 nak masak apa kat umah dan mula merancang2 balik utk beli barang2 dapur.. macam bini orang pulak kan.. hahaha.. tapi ni bukan sebab ako dah bertukar status menjadi bini orang, tapi menjalankan tugas sebagai kakak.. hehehe...

Ako rasa syok betul bila adikku yang ke3 iaitu shamah dah boleh menyesuaikan diri utk bekerja di KL.. hepi bangat ako rasa.. pada mulanya ako risau juga nak ajak dia keje kat KL ni.. KL ni satu tempat yang unexpected tambahan pulak bagi budak muda, mentah dan tak reti apa2 pasal KL ni.. sebab tu niat ako utk merahsiakan shamah tu adik ako terbantut sebab sekurang2nya bila mereka tau adik Shahida yang bekerja sebagai Customer Service aka CRO baru kat kaunter informasi tu, dapatlah jugak diorang perhati adik ako tu.. pulak tu adik ako tu tak lah sebijik macam kakak dia yang bernama shahida tu.. dia lebih menawan dari ako.. sebab tu la walaupun baru je lepas STPM (waiting for the result), dah ada org merisik dia.. hehehe.. jangan bagitau dia tau, dia tak tau. ni mak ako personally kabo kat ako.. al maklumlah kakak dia yang dah menginjak 30-an pun masih takde yang nak risik, tup2 adik ako yang baru nak masuk 20 tahun tu dah ada org tanya.. tentula mak ako tak nak ako sedey, so dia bagitau la ako awal2.. huhuhu... tak pelah. Nama pun jodoh di tangan Tuhan. Apo laie den nak kabo.. mak suko eden pun suko lah...

Walaupun begitu, ako sangat2 risau lagi dengan keberanian yang cuba di tunjuk oleh adik ako tu. memang la cita-cita dia nak jadi Inspektor Polis, tapi, kalo ko tu ketua Polis negara pun belum tentu selamat kalau tak berapa tau selok belok Kuala Lumpur yang tercinta ini serta isi dalam nya yang penuh tersirat dengan pelbagai kebarangkalian.. aduhhh.. tetiba teringat masa belajar add maths dulu.. paling tak suka bab ni.. kebarangkalian.. susah giler nak memaham nya... nasib baik la time keje ni tak pakai benda alah tu.. kalau tak, rela ku menjadi cleaner.. tak payah pikio kebarangkalian yang bukan barang kali apa2 pun tue..

Satu lagi yang ako risau, adik ako tu dah la customer service, tapi dia tu baru sekali 2 datang KL. Tu pun datang ngan ayahanda tersayang. naik helikopter gitu.. takdenye nak lalu kot jalan2 dalam bandaraya KL ni.. LRT pun baru sekali naik.. huhuhu.. macam mana la agaknya dia nak catch up informasi tu sume utk di beritahu pada foreigner yang datang sedangkan dia pun foreigner di tempat baru nye..

Apa2 pun ako akan sentiasa mendoakan supaya chamah berjaya merentasi segala cabaran tu.. ako perlu percaya dan yakin pada dia.. dan insyaAllah chamah, along akan tolong chamah sebaik mungkin.. keje rerajin tau.. cayok cayok... lOVE U... :);D

2 comments:

Aida Nurni said...

dont worry la.. sume org ada PERTAMA KALI dalam idup. Syamah pun ada jugak benda ni... Saya pun... PERTAMA KALI BERANAK, PERTAMA KALI MENYUSUKAN... hahahah...

Ummu Abiha said...

Setuju!!!!!! hahahaha