Monday, January 5, 2009

My 2008

Salam tahun baru.. hepi new year to ebery bedi.. Welcome 2009...

Semoga pemergian tahun 2008 menyimpan seribu kenangan dan makna dalam hidup kita. Dan... 2009 membawa pelbagai perubahan ke arah kebaikan kepada kita sume..

Posting kali ni ako nak share sikit sebanyak perjalanan hidup ako sepanjang tahun 2008.. Pencapaian ako dan kegagalan ako.. hmmm maybe not suitable as kegagalan la, tapi kurang berjaya.. hehehe.. Sepanjang 2008, yang paling ako ingat, gaji ako naik 23% masa bulan April. Bonus pun dapat kencang gak coz appraisal ako dapat A. hehehe.. entahlah, layak ke ako dapat A tu? Ako pun tak pasti. Cumanya yang ako syukur sangat at last segala susah payah dan perih ako di lihat oleh management.. What ever it is, thanks to my immediate boss.. Bro A _ _ _ R... Sebab dia la ako akhirnya officially being promoted last year and by this year gaji ako naik banyak gak dari tahun2 sebelumnya... Syukur, alhamdullillah...

tapi, seiring dengan tu tanggungjawab dan beban kerja makin la bertambah.. walaupun ako suka dengan keje2 tu tetapi kekadang rasa tertekan jugak.. tambahan pulak field yang ako terjebak ni bukanlah bidang yang ku gemari dan ambition ako sedari kecil.. ako tak pernah letak pun dalam additional list ako nak jadi e******r.. dalam list adik2 ako pun ako tak penah tumpang, tapi apakan daya, terpaksalah ku tanggung keterlanjuran ini sampai ke akhir hayat ku...

tapi, di sepanjang 2008, ada terselit beberapa kisah duka dalam hidupku..

cinta yang di damba oleh si teruna padaku tidak ku hargai maka lenyapla sudah rasa cinta si dia padaku tika ako pula memerlukan dia yang teramat dia telah pun punya pengganti.. ahuhai sodey den.. terlambat sudah untuk ku taut kembali hatinya padaku.. nasi dah pun menjadi t**k.. takde gunanya lagi.. buat baja elokla.. buat simpan dalam hati.. busuk baa.... ako betul2 menyesal.. ako tak tau kenapa ako terlalu ego sangat dan tak mau mengakui rasamu itu rasaku juga padanya... akhirnya kau bukan milikku menjadi realiti... sepi menghantui hari2 ku kini... tiada gunanya ko kesali lagi kerana tiada lagi kidungmu.. hehehe... sesuai ke tajuk lagu yang terakhir tu? cam pelik jek...

tahun 2008 juga ako telah di tipu oleh si lahanat yang juga seorang lelaki yang kononnya mengaku bujang.. bersayang sayang denganku tapi akhirnya ako di maki oleh bini dia... waawaawaa.. kejam!!! tapi, alhamdulillah.. nasib baik ako tak terlanjur jauh dengan si lahanat tu.. yang berjanji nak kawen ngan ako this year (2009).. jahanam betul si lahanat tu.. entah berapa ramai lagi la wanita sesuci murni ako ni di tipu oleh lelaki berhidung belang tu... hampes tul... takpe..ni teladan yang paling baik utk ako... live kena maki ngan bini orng kat opis lak tue.. huhuhu... dah la story pasal ni.. benci.

tAPI... YANG paling ako benci dalam 2008 ni ialah, perceraian adik lelaki kesayangan ako... baru 8 bulan kawen, seusia 24tahun dia dah dapat status DUDA!!! Huiihhh.. ako tak tau nak citer camne. Tapi ako sangat sedey.. belum pun ako pijakkan kaki ku ke dalam masjid utk di ijab kabul kan, ako telah pun memijakkan kakiku ke dalam mahkamah syariah utk follow dan support adik ako dalam kes perceraian dia.. Yang paling ako benci, mak ayah ako jadi manusia yang paling pendiam, murung dan mak ako sampai kurus di buatnya.. ako benci bila teringat kisah ni.. terlalu benci utk diceritakan, tapi itulah kenyataannya, beribu2 duit ako, mak bapak ako habis utk perkahwinan ni tapi... ako ingat lagi teks script dari bekas besan mak ako... mak ako saja la berbahasa bahasi ngan org tua tu.. mak ako cakap, "kak tut tut..hmm, dorang ni taknak pikir2 lagi ke? tak mau ke baik2 semula? biasalah orang muda.. gaduh2.. cemburu2 ni biasa sangat.. alangkan kita yang tua ni pun masih ada selisih faham, apalagi diorang ni masih muda..." NAK TAU APA YANG ORANG TUA TU CAKAP???? " HUISHHH TAK PAYAH LA NAK PIKIR LAGI, NI MUJUQ TAK DAK ANAK, KALAU ADA ANAK NANTI BARU NAK CERAI LAGI PAYAH." haduuuhai... bongok punya org tua... padan la laki dia kawen dua... benci ako. Akibatnya... ako benci perkahwinan walau pun dah gatal sangat nak kawen ni... hhaaaahahaha.. huhuhuhu...

Kiranya, ako juga dah join the club mak bapak ako jadi org yang murung, kekdang termenangis kat opis sebab lanjutan kes perceraian tu.. Apatak nya, adik ako jadi macam org takde pedoman. Jadi lelaki bodoh yang hilang punca sebab hilang perempuan bongok tu.. Kena transfer kem dari ipoh ke johor.. pastu buat hal taknak keje.. 5 6 kali lari dari kem. Pastu kena tangkap ngan MP masuk lokap. dapat pulak dia lari dari lokap jugak 2 3 kali... bongok sangat ako rasa time tu.. duit ako riban2 habis kat dia.. kete dia yang ako bagi downpayment pun buta2 jek kena tarik.. sapa nak bayar balik dwpt tu? dia ingat duit2 tu ako dapat ngan air liur kot.. senang2 jek... benci ako.. tak dapat ngan ako, angah dia minta, tak dapat ngan angah, ayah pun dia berani minta.. ayah pulak yang garang tu kalau kena caranya, memang lembut sangat hati dia.. entah macam mana adik jantan ako tu pelembut dia.. sampai sudah ayah ako asyik kesian kat dia.. benci ako... manjakan sangat budak jantan tu.. tak reti susah. nak kawen dapat duit! tak nak keje ada duit! nak buat apa pun pakai duit org! benci ako! benci!!!!! tak serik dengan apa yang berlaku pada dia. Yang ayah pulak tak habis2 nasihat kan ako pulak, macam ako pulak yang menyusahkan keluarga. kata ayah, adik hang tu tertekan... tolonglah dia... bukannya org lain... adik laki hang jugak... wawawawa... bila ako susah ada adik laki ako tau? ada sesiapa tau? takde!!! ako tanggung sendirik!!! ako permpuan yang tiada sesiapa!!! yang terpaksa melalui segala2 pahit manis, getir petir hidup ni sorang diri di Kuala Lumpur ini... waaa... siapa tolong ako??? sapa ambik tau pasal ako??? takde.... waaaa.......sedih tau.

Entahla.. apa yang pasti, Allah sangat sayangkan ako... selalu sangat ako benci dengan nasib dan rezeki yang ako peroleh sebelum ni.. tak pernah tau nak bersyukur padaNYA... asyik komen jek.... tak sedar di untung.. tapi, akhirnya ako sedar, siapalah ako untuk bersungut.. masih punya nyawa yang dipinjamkan Allah di dunia ni pun patut ako dah sangat bersyukur.. Free je nyawa ni allah pinjamkan.. kete nak pinjam pun kena sewa tupun kalau beli kena bayar kat bank... kalau la harga nyawa yang tersangat la penting tu lebeih kurang pun harga kancil, kena bayar instalment sampai mati baru benti bayar, mampukah kita??? kalau sebulan rege rm300. kalau setahun rm3,600. kalau 10 tahun, rm 36,000 kalau 100 tahun, rm 360,000 hiuiiihh.. banyak tu... kalu harga cam BMW ke? tak ke mati nak bayo? huhuhuh...
PApe pun, terima kasih pada seseorang yang telah temukan ako dengan permata hati baru ku.. aKO sekarang seriously terlibat ngan satu aktiviti yang amat menguntungkan... ako harap this year aka 2009 will be the BEST year to start a NEW LIFE of SHAHIDA SHAHROM...

Ya Allah... with your bless, may my wish comes true...InsyaAllah...

Ameen..

4 comments:

CorneaMelayu said...

aktiviti yg menguntungkan??>..aktiviti apa kah itu????

lavidalabelle said...

wah! naik pangkat, naik gaji, ader bonus lagi. aku benci kamu!!!

ahahaa... rezeki tu. nway, dont worry too much. stay healthy n b happy.

Aida Nurni said...

heheh... Shida.. sangat tragis membaca entry ni. hope ko dapat bertenang, dan jgn amik contoh perkahwinan adik ko sbg kayu pengukur perkahwinan. KAHWIN TU BEST LA!!! Gaduh tu biasa la... hahaha..

CORNEAMELAYU: Aktiviti menguntungkan..? ahaks. gud luck Shida!!

Ummu Abiha said...

corneamelayu:
ko dah kaya bai... takkan nak untung lagi.. ahaks.

i.am.belle.:
tu sume tahun lepas, ini tahun hampes kelapa pun tak dapek.. huhuhu
btw, thanks for jump in.

school of thoughts:
memang ako selalu cuba bawa bertenang walaupun di dalam air sungai itu ada buaya, bak kata pepatah, jangan di sangka air yang tenang tiada bahaya.. hahaha.. ada kaitan ker?
hopefully ako, kamu dan mereka berjaya.. kikikiki...
thanks dear. luv u.