Nampaknya 2 tiga menjak ni slow je blog ako nih.. Begitu juga blog kengkawan yang lain. Macam bz bangat je rasanya. Walaupun sebenarnya tak lah berapa bz pun.. Selalu je ada masa lepas keje or waktu sampai opis awal pagi untuk up date kan blog. Tapi entahlah kenapa ako malas bangat nak luahkan apa yang terbuku dalam hatiku sekarang..
Sebenarnya ako nak berkongsi sedikit kekalutan yang berlaku pada ku dalam sebulan 2 ni. Baru2 ni, adik lelakiku telah pun keluar dari tahanan askar kerana berkelakuan baik sewaktu dalam tahanan nya. Kalau di ikutkan setelah absent kerja selama sebulan dan 2 3 kali lari dari tahanan sepatutnya dia di tahan lebih dari 3 bulan ataupun di buang kerja. Tapi mungkin berkat doa yang tidak putus2 dari kedua orang tua ku maka adikku terselamat dari sebarang musibah. Ayahku sampaikan terpaksa mengambik cuti kecemasan utk available kan dirinya ke Johor utk bersemuka dengan pegawai2 atasan adikku utk membuat rayuan agar adikku tidak di buang keje. Sudahla belajarnya tak berapa tinggi, kalau dia di buang kerja apa lah sangat keje yang dapat dia buat? Jadi kuli cina kat kedai tayar? Jadi mekanik macam ayahku? Belum cukup pengalaman dia nak harungi hidup ni dengan tak ada punca pendapatan tetap dan jaminan hari tuanya juga akan terus hilang. Sekiranya dia masih bekerja, ingatannya pada bekas isteri dan peristiwa2 lain yang menghancurkan hati dia selama ini pasti dapat dipudarkan sedikit demi sedikit.. bak kata org2 tua, time is the best medicine to cure the hurt.. betul ke org tua cakap gitu ek? Ako pun dah lupa la pulak.. hehehehe...
Pape pun ako bersyukur sangat sebab walaupun berat utkku menasihati adikku tu dari berhenti kerja, itupun setelah di pujuk oleh ayah supaya menasihati dia akhirnya ako call juga sebab memikirkan masa depan adikku dan pengorbanan ayah. Adik lelakiku ni paling tak suka kalau ako bising. Dia paling tak suka kalau ako yang bagi nasihat sebabnya dia mesti akan termakan cakap ku.. entahla, mungkin ako ada skill kot bab2 nak lembutkan hati dia.. Yealah adik sendiri.. Walaupun di mulut ako bersungguh mengiyakan ako BENCI BANGAT pada dia, tapi di HATI KU ako sayang bangat pada dia.. Mungkin tu sebab ako selalu je sedey bila memikirkan hal2 berkaitan dengan dia. Selalu sangat ako ter menangis tak kira di mana kalau memikirkan pasal dia.. tapi itulahh hakikatnya.. Ako tak dapat nak nafikan perasaanku..
Begitu juga dengan apa yang berlaku padaku di office. Ako ada sedikit krisis dengan rakan pejabatku. Entahla, katanya ako dah berubah.. Dia tak dapat maafkan apa yang telah ako katakan pada dia.. Katanya lagi terlajak perahu boleh di undur, tapi kalau terlajak kata... entahlah. Pada ako, ako tinggikan suara pada dia hari tu pun sebab dia tak dengar apa yang ako cakap. Kenapa sampai nak menggigil pulak tangan dia sebab marah sangat dengan kata2ku? Apa yang ako dah cakap? Rasanya ada jugak org lain dalam office. Kenapa org lain tak rasa macam yang dia rasa pun? Ako pun tak ingat apa yang ako cakapkan. Sepatutnya ako yang marah sebab dalam kes ni ako yang dipinggirkan tapi dah terbalik pulak. Orang lain pulak yang nak marah, nak ambil hati dan tak nak bercakap dengan ako.. Siapa yang berubah sekarang ni? Pelik betul ako.. Ako jadi sangat tidak selesa bila ada perselisihan faham apatah lagi dengan kenala yang agak rapat dengan ako.. Dah bermacam cara ako buat utk kembali seperti dulu.. Tapi semuanya tak berhasil. Dia masih berkeras dan ako dapat rasakan dia tak perlukan ako lagi.. Jadi kenapa perlu ako pulak nak terusan merayu pada dia sedangkan hatiku juga terluka. Ako dah let go kan perasaan tu dan jadikan ia sebagai pedoman agar ako tak tersilap langkah lagi.. Lepas ni kalau ada apa2 breakdown lagi, ako takkan ambil tau langsung. Senang la keje ako kan..
Entahlah, padaku, kalau kita sayangkan seseorang samada sayang sebagai teman, sahabat, kekasih, suami, isteri, atau apa saja, tentu marah kita padanya akan cepat hilang.. Begitu juga dengan amarahku padanya.. Ako sayangkan dia sebagai seorang teman yang rapat denganku di Ofis. Semua masalah dia sebelum ni banyak di kongsi dengan ku, tapi kenapa dia tetap nak marah padaku? Tak faham2 lagi ke ako marah kenapa? Kenapa nak terusan simpan perasan tu? Kenapa lebih suka bermasam muka dari kembali tersenyum dan gembira seperti dulu? Kenapa? Susah sangat ke? YA, dia tak rasa seperti apa yang ako rasa... Pada dia, ako cuma seseorang yang diperlukan pada waktu itu saja, ako cuma kawan ketika gembira, bukan kawan sejati. Bukanlah teman utk mengadu nasib, utk mengadu masalah, utk berkongsi cerita, utk berkongsi rasa... sebab itu padanya ako tidak wujud lagi...
3 comments:
hi,
jangan dimainkan perasaan tu istifar bebanyak....perkara cam nie memang jadi kat sesaper tapi ader episod2 yang berbeza.... biasalah mainan nafsu dan syaitan.... control, kawal dan beringat....
bak kata karamwalia sekeras keras kerak nasi kalu direndam akan lembut jugak...cuba ko rendam member ko tu...hehehe
Eh...Karam walia dah tak jd singh ke? dah masuk Islam eh?
Shida, aku jarang la experienced gaduh kat opis ni...org pun tak berani nak carik pasal dgn aku agaknya. Kita ni tak tentu kekadang mmg ada terlepas ckp tp kalau terer terperasan org tu berubah muka bolehlah cpt2 minta maaf.
Post a Comment