Friday, December 19, 2008

Saje je...

Hari ni hari jumaat... hari yang paling hepi sebab esok tak keje.. tapi bagi ako, sabtu ke ahad ke public holiday ke sama je.. kalau xde kelas, ada aja keje yang perlu di siapkan pada hari2 yang di sukai ramai tu.. nak cuti and relax bebetul tak penah nye nak merasa...
dah lama ako tak spend duit dan masa ako rilex2 kat hotel yang ada bath tub.. sewa sehari semalam and berendam jek dalam tub tu selama mana yang ako suka.. di samping tu ako bawa la sume toileteries ako especially yang ako beli semata-mata utk tenangkan fikiran ako tuh.. Pergghhh.. best giler.. rasa macam syiok sangat.. rasa release dari segala masalah yang ako pendamkan dalam lubuk hatiku tuh.. Ako ni bukan nya jenis yang suka nak share probs ngan sembarangan org.. maklumlah, lain padang lain belalangnya, lain orang lain pemahaman nya.. jadi, inilah satu2 nya cara yang ako suka buat utk tenteramkan diri ako. nak pi SPA terhad sangat timing nya. Lagi pun xleh repeat.. pastu ramai lak orang.. nak berpakaian seperti mana yang kita suka masa mandi pun segan gitu.. hehehe..
Hmmm masalahnya rasa cam rugi plak dalam keadaan ako yang tengah agak gawat ni, payah benar ako nak spend duit utk benda2 yang merugikan tu.. kan best kalau sentiasa je ada duit.. keje pun hepi, nak makan pun hepi, nak buat apa pun hepi.. ni nak makan pun berkira2 nak beli ke tak apa lagi nak spend duit seratus dua semata2 nak release tension.. tak berbaloi gitu.. waaaa... tak dapaek la ako pi berendam gak minggu ni... waaa....

Wednesday, December 17, 2008

Pesanan Khusus Buat Wanita



1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat dan amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak di amalkan. InsyaAllah....

Di sebalik kehidupan ini

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya,maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik,yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.....

Quote of Life

Wanna share this meaningful quote of life...








Cats Lover

Love those pictures


Bila tgk gambar ni tingat kat kucing ako kat kampong.. nama manja nya Monne.. anak kesayangan bapak ako.. Balik keje je, samapi depan pintu jek, monne je la yang di sebutnya.. tapi ada sekali tu monne dah menderhaka dan berselingkuh dengan kucing jiran warna oren... depan umah kitorang lak tue.. desperate betul lah.. memalukan je adik2 ako sume tgk.. kurangg bersopan betoi.. skang ni rerasanya dia dah dapat padahnya.. dah makin besar perut dia skang.. kekadang sian gak nengok dia asyik termenung.. mungkin confuse dengan pengalaman barunya. Ataupun dia dah menyesal dengan perbuatannya.. tu lah tak dengar cakap.. kami sume tak nak tanggung, gasakla ko... hehehehe...





















Wednesday, December 3, 2008

Entahlah..

Nampaknya 2 tiga menjak ni slow je blog ako nih.. Begitu juga blog kengkawan yang lain. Macam bz bangat je rasanya. Walaupun sebenarnya tak lah berapa bz pun.. Selalu je ada masa lepas keje or waktu sampai opis awal pagi untuk up date kan blog. Tapi entahlah kenapa ako malas bangat nak luahkan apa yang terbuku dalam hatiku sekarang..
Sebenarnya ako nak berkongsi sedikit kekalutan yang berlaku pada ku dalam sebulan 2 ni. Baru2 ni, adik lelakiku telah pun keluar dari tahanan askar kerana berkelakuan baik sewaktu dalam tahanan nya. Kalau di ikutkan setelah absent kerja selama sebulan dan 2 3 kali lari dari tahanan sepatutnya dia di tahan lebih dari 3 bulan ataupun di buang kerja. Tapi mungkin berkat doa yang tidak putus2 dari kedua orang tua ku maka adikku terselamat dari sebarang musibah. Ayahku sampaikan terpaksa mengambik cuti kecemasan utk available kan dirinya ke Johor utk bersemuka dengan pegawai2 atasan adikku utk membuat rayuan agar adikku tidak di buang keje. Sudahla belajarnya tak berapa tinggi, kalau dia di buang kerja apa lah sangat keje yang dapat dia buat? Jadi kuli cina kat kedai tayar? Jadi mekanik macam ayahku? Belum cukup pengalaman dia nak harungi hidup ni dengan tak ada punca pendapatan tetap dan jaminan hari tuanya juga akan terus hilang. Sekiranya dia masih bekerja, ingatannya pada bekas isteri dan peristiwa2 lain yang menghancurkan hati dia selama ini pasti dapat dipudarkan sedikit demi sedikit.. bak kata org2 tua, time is the best medicine to cure the hurt.. betul ke org tua cakap gitu ek? Ako pun dah lupa la pulak.. hehehehe...
Pape pun ako bersyukur sangat sebab walaupun berat utkku menasihati adikku tu dari berhenti kerja, itupun setelah di pujuk oleh ayah supaya menasihati dia akhirnya ako call juga sebab memikirkan masa depan adikku dan pengorbanan ayah. Adik lelakiku ni paling tak suka kalau ako bising. Dia paling tak suka kalau ako yang bagi nasihat sebabnya dia mesti akan termakan cakap ku.. entahla, mungkin ako ada skill kot bab2 nak lembutkan hati dia.. Yealah adik sendiri.. Walaupun di mulut ako bersungguh mengiyakan ako BENCI BANGAT pada dia, tapi di HATI KU ako sayang bangat pada dia.. Mungkin tu sebab ako selalu je sedey bila memikirkan hal2 berkaitan dengan dia. Selalu sangat ako ter menangis tak kira di mana kalau memikirkan pasal dia.. tapi itulahh hakikatnya.. Ako tak dapat nak nafikan perasaanku..

Begitu juga dengan apa yang berlaku padaku di office. Ako ada sedikit krisis dengan rakan pejabatku. Entahla, katanya ako dah berubah.. Dia tak dapat maafkan apa yang telah ako katakan pada dia.. Katanya lagi terlajak perahu boleh di undur, tapi kalau terlajak kata... entahlah. Pada ako, ako tinggikan suara pada dia hari tu pun sebab dia tak dengar apa yang ako cakap. Kenapa sampai nak menggigil pulak tangan dia sebab marah sangat dengan kata2ku? Apa yang ako dah cakap? Rasanya ada jugak org lain dalam office. Kenapa org lain tak rasa macam yang dia rasa pun? Ako pun tak ingat apa yang ako cakapkan. Sepatutnya ako yang marah sebab dalam kes ni ako yang dipinggirkan tapi dah terbalik pulak. Orang lain pulak yang nak marah, nak ambil hati dan tak nak bercakap dengan ako.. Siapa yang berubah sekarang ni? Pelik betul ako.. Ako jadi sangat tidak selesa bila ada perselisihan faham apatah lagi dengan kenala yang agak rapat dengan ako.. Dah bermacam cara ako buat utk kembali seperti dulu.. Tapi semuanya tak berhasil. Dia masih berkeras dan ako dapat rasakan dia tak perlukan ako lagi.. Jadi kenapa perlu ako pulak nak terusan merayu pada dia sedangkan hatiku juga terluka. Ako dah let go kan perasaan tu dan jadikan ia sebagai pedoman agar ako tak tersilap langkah lagi.. Lepas ni kalau ada apa2 breakdown lagi, ako takkan ambil tau langsung. Senang la keje ako kan..

Entahlah, padaku, kalau kita sayangkan seseorang samada sayang sebagai teman, sahabat, kekasih, suami, isteri, atau apa saja, tentu marah kita padanya akan cepat hilang.. Begitu juga dengan amarahku padanya.. Ako sayangkan dia sebagai seorang teman yang rapat denganku di Ofis. Semua masalah dia sebelum ni banyak di kongsi dengan ku, tapi kenapa dia tetap nak marah padaku? Tak faham2 lagi ke ako marah kenapa? Kenapa nak terusan simpan perasan tu? Kenapa lebih suka bermasam muka dari kembali tersenyum dan gembira seperti dulu? Kenapa? Susah sangat ke? YA, dia tak rasa seperti apa yang ako rasa... Pada dia, ako cuma seseorang yang diperlukan pada waktu itu saja, ako cuma kawan ketika gembira, bukan kawan sejati. Bukanlah teman utk mengadu nasib, utk mengadu masalah, utk berkongsi cerita, utk berkongsi rasa... sebab itu padanya ako tidak wujud lagi...