Salam lebaran buat sume yg menyambut tibanya syawal 2008...
Pada ako tahun ni persediaan bagi menyambut ketibaan Syawal sangatlah sederhana. Baik diriku sendiri, adik2ku, mahupun kedua ibu bapaku.. Maklumlah ekonomi keluargaku xberapa memberangsangkan sejak kami sepakat nak besarkan rumah di Manjoi. Bukannya apa tiap2 bulan, ako, angah dan ayah dah kena fix kan satu amount yg besar utk bayar personal loan yg ayah buat lebih RM25k dan target ayah nak langsaikan dalam masa 3 tahun pulak tu.. tentulah monthly portion nya jadi banyak walaupun setelah dibahagi 3 org masih agak membebankan walaupun gaji ako kira ok la kan.. ditambah pulak dengan progresif interest rumah yg ako beli di kajang dah dekat RM 500sebulan di campur pulak dengan sewa rumah yg ako duduk sekarang, bertambah2 lagi lah compulsory expenses ako tiap2 bulan.. tapi, takpelah,ako masih boleh bertahan, cuma ako tak mampu la nak pakai kereta.. Jadi pada kawan2 yg dah baca luahan ako ni percayalah k yang ako memang belum mampu pakai kete sendiri.. tunggulah mana la tau jodoh ako muncul dalam setahun ni biarlah si dia yg beli kereta, kan.. at least tak la susah sngt nak tolerate kete sapa yg nak kena jual nanti pas kawen.. hehehe...
Selain tu adikku Mohd Syazwan masih tak hbs2 menambahkan koleksi masalah dia dalam keluargaku..
Mujurla umurku dah makin banyak,jadi angin baranku pun dah banyak kurangnya, dah byk yg dapat ako control.Kalau tak merasa la dia back hand kakak dia ni.. kekadang tu rasa cam payah sangat xada abang.. kalau la ako ni lelaki, tentu lebih mudah utk ako jaga dan monitor adik lelaki ako tu.. mgkn tak la sampai dia jadi macam sekarang..
entahlah.. sejak rumah tangga dia hancur seusia 8 bulan perkahwinan, kerjayanya pun dah jadi kelam kabut, asyik kena ketuk, kena ragging ngan pihak atasan, kena transfer sana, transfer sini, nama nya jadi buruk, nama keluargaku juga terkena tempiasnya, tentulah dia jadi makin onar..
tapi tulah salahnya adikku ni, tak pernah nak sedar.. tak pernah rasa serik dengan apa yg dah berlaku pada dirinya dan keluarganya.. dah puas dan berbuih2 dah kami sekeluarga nasihatkan dia.. dah kering airmata kami semua tangisi nasibnya tapi dia tetap begitu.. masih begitu.. entahlah, ako dah hampir hilang sabar utk terus berdoa agar Allah hentikanlah masalah yg diturunkan pada keluarga kami satu per satu khususnya kepada adikku itu tapi...siapalah ako utk berhenti berharap...
Ya Allah,kuatkanlah hatiku, tetapkan lah imanku.. tolonglah ako Ya Allah.. kau kasihanilah ako.. Jika amal yg ako lakukan kerana ikhlasku ingin membantu keluargaku, ibu bapaku, Kau tolongla ako ya Allah.. Bantula ako Ya Allah... Selamatkanlah keluargaku, ibubapaku, adik2ku.. Ya Allah ampunkanlah dosaku hambamu yg tidak tahu bersyukur ini Ya Allah.. Ampunkanlah ako ya aLLAH... Makbulkanlah permintaan hambaMu ini ya Allah.. berikanlah sedikit kelapangan dada buat ibu dan ayah ku.. agar mereka mampu hidup dengan tenang dari segala masalah yg ditimbulkan oleh adikku ya Allah.. Tolongla ya Allah, ako merayu hanya padaMu ya Allah... kasihanilah ako Ya Allah... Padamu lah ako berserah,padaMu la ako memohon.. Hanya PadaMu ya Allah...
Raya tahun ini, adikku Mohd Syazwan pulang berhari raya bersama kawannya.. Kami sempat beraya dengan mak ayah dan adik2 yg lain.. ako pada mulanya tak nak beraya dan bermaafan dengan adik lelaki ku tu.. sudahlah malam raya buat hal lagi.. susah betul ako nak berfikir secara rational dengan sikapnya tu.. tapi entahlah..
subuh pagi raya tu lepas ayah terkejut sebab tak ready nak jadi imam bawa solat aidilfitri kat masjid dalam kem kami,dan terpaksa juga dia imamkan.. hehehe.. bravo ayah.. nasib baik khutbah dah disediakan oleh pihak mana ako pun tak pasti,ayah just kena bacakan je lah.. kalau tak lagi kelam kabut orgtua tu nak cari info dalam due time yg snagat la singkat tu...
lepas subuh tu jugak ako terdengar ceramah agama kat radio Perak FM(channel fav. ayah, tak penah tuko channel lain.. huhuhu) sambil2 perangat rendang dan gulai daging.. masih terngiang-ngiang lagi di telingaku kata-kata dari ustaz dalam radio tu supaya saling bermaafan di pagi raya, mulakan lembaran baru, buangkan semua yg terpendam dalam hati, maafkanlah segala apa yg tak termaaf sebelum ini dan buang jauh2 apa yg mengeras dalam hati tu.. jgn biarkan berkerak lama2.. nanti bernanah.. busuk jadinya.. susah nak cuci.. mgkin boleh samapi kena penyakit lain pulak.. payah nanti... itulah ulasan ako hasil kata-kata ustaz tu..
entahlah macam mana airmata ako laju je turun lepas dengar nasihat ustaz tu.. ako sedar ramai lagi dalam list hatiku yg masih dalam perkiraan ako samaada nak lupakan dan maafkan saja dosanya padaku atau terus simpan dalam hati sampai keras jadi batu.. entahlah, sebelum ni ako ingat ako mudah maafkan org tapi baru ako sedar tak semua benda dapat kita lupakan macam tu je.. dan yg buat ako paling tak percaya ako jadi makin degil dan keras hati sejak 2 menjak ni.. susah betul ako nak berlembut ngan org yg senang2je sakitkan hati ako... entahla.. dah jadi pendendam pulak ako ni.. masyaAllah.. bahaya ni... macam mana nak ubatkan hati ako ni ek? agaknya dah lama cinta hilang dalam hati ako sebab tu la hati ako jadi dingin dan kekadang tu jadi keras cam batu... hehehe.. insYAallah, ako akan cuba utk cepat sedar dengan masalah ni... " to forgive is to forget.. " tapi... susahnya... sebab tak leh nak lupa.. ohh... help help help me... waaa!!!!
Alhamdulillah, i manage to beraya with my family not exclude my brother tu..Sempat jugaklah ako tenyeh hidung dia.. memang dia dah lain.. Dia bukan adikku yg dulu.. Dia dah lain.. masa dan keadaan dah memisahkan dirinya yang dulu dengan diri barunya yg cukup memualkan keluargaku.. mak menangis masa ayah minta maaf dengan mak.. ako tau mak ngan ayah yg romantik tu pun banyak masam, masin dan pahit dalam meneruskan keutuhan rumah tangga mereka.. dengan masalah yg menimpa2..
memang la kadangkala teramat sukar nak kawal emosi dan baran..ako tau.. agaknya tu yang membuatkan mak mengalirkan airmatanya sesaat ayh cium dahi mak minta di ampunkan dosanya.. ako cukup terharu.. ni la part yg ako tak suka sebab ako ni pun ngada, cepat sangat terpengaruh..tak sampai sedetik, airmata ako pula laju mengalir.. huhuhu... susah tul jadi pelakon airmata ni.. kalah allahyarhamah saadiah cam ni.. huhuhu...
tak sempat kami beraya adik beradik dah riuh luar pagar rumah budak2 bagi salam nak beraya.. aduhai anak sapa yg terlepas pagi2 ni... aduh.. tak sempat ako nak bagi ucapan pnjg2 masa adik2 ako beraya dan minta ampun ngan ako.. lantaklah.. suh je lah dorang tggu kat luar tu jap.. kitorang kat dalam tak hbs lagi beraya.. sabar ye dik..jap gi akak bagi duit raya sorang singgit malaysia.. hahahaha..
Lepas tu bermula lah episod2 yg memenatkan ako.. ramailah sedara mara, tetamu2, jiran2, kwn2 sekolah ayah, kawn2 skolah ako, kwn2 skolah adik2 ako, dan kawan kawan kawan diorang pun datang... aduh.. dah la dapur ni luas, penat ako nak ke sana ke mari.. ruangtamu pulak kat depan.. haduh..jauh pulak rasanya dalam kesibukan tu tak tersedar dah masuk hariraya ke2 dan ako dah kena balik KL naik bas kul 6:30 ptg...huhuhu... penatnya.. dan sedihnya dah kena balik KL.. tak sempat beraya ngan sume sedara mara ako lagi...
hmmm..melalut betul kisah ako ni.. tapi.. banyak yg ako lompat je.. banyak kisah sedih dan ada jugak yg gembira diantara raya pertama dan kedua tu yg ako tak sempat nak kongsikan.. nantilah.. ada masa dan peluang nanti insyaAllah akan kucoretkan dan abadikan dalam blog ni..
Selamat hari raya buat sume kengkawan dan sesiapa saja yg mengenali diri ako ni.. Ako memang banyak buat salah ngan korang.. ampunkanlah segala keterlanjuran ako tu samada ako sengajakan atau tak disengajakan.. Maafkanlah ye.. Semoga raya tahun ni memberi makna yg abadi dalam hidup kita semua... insyaAllah...
romantik yer ayah n mak akak..
ReplyDeletehahaha..
ayah akak xmalu nak minta ampun cium dahi mak akak..
so sweet walaupun dah berusia..
huhuhu..
touching betul..
tengoklah anak dia jugak...
ReplyDeleteromantik jugak tau.. kikiki...:)