Thursday, October 30, 2008

Beautiful pictures...

Find those pictures in the web.. Just want to share the beautiful scenery of it.. Enjoy viewing...

Autumn in German


A Roj River Lake


A passing comet


Antartica


Beauty of Tibet


Eiffel Tower


Edge of Glacier


Cherry Blossom in Japan


Breithorn Peak Switzerland



Scenery of Europe


Wish to go to those beautiful places!!!!!!

Benarkah Takdir Begitu?

Jam telah pun menunjukkan pukul 1.00 pagi... Hari ni telah pun masuk hari Khamis, 30 October 2008. Bertambahlah lagi sehari usiaku..
Hmmm... kenapalah mata ni payah benar nak di lelapkan... Ako krg pasti sebenarnya.. Adakah ako terlebih minum coffea siang tadi? Adakah Final Project 1 yang ako bentangkan usai petang tadi masih mengganggu fikiranku? Atau kata2 mak dalam telefon tadi benar2 menghantui fikiranku? Apa agaknya yang terlalu kufikirkan hingga payah benar nak terlena ni? Selalunya ako akan mudah terlelap apatah lagi kalau dalam keletihan yang amat. Serasaku otakku telah banyak benar di perah sedari semalam dan yang kalau nak di ikutkan dah hampir 2minggu ako bergelut dengan persiapan utk pembentangan proposal Final Year Project 1 ako ni... Tapi entahla kenapa degil benar mataku ini.. Agaknya belum puas melihat keindahan Bandar Johor Baru lewat petang tadi hinggakan tidak mahu di tutup... risau terus tertutup dari pandangan..tapi yang ako pasti indah betul pemandangan sepanjang pantai atau lebih tepat sepanjang persisiran selat tebrau yang memisahkan Kota Singa dengan Johor Bahru yang pada pandangan ako dalam beberapa kilometer saya jauhnya... hmm dalam 10 km kot... hehehe.. pandangan org yang xberapa arif.. huhuhu...
Kalau diikutkan perancangan awal ako dan kjun, kami nak ke Kota Singa selesainya pembentangan kami di UTM Skudai. Tapi, setelah pertemuan ku dengan penyelia tamat agak lewat dari perancangan, kaami terasa seperti agak keberatan utk ke sana. Tambahan pula otak dan badan amatlah penat utk berjoli. Lagipun nikmatnya akan kurang terasa jika kami ke sana dalam keadaan yang krg berkobar2 seperti petang tadi.. Ako makan tengahari kat hotel tadi pun 2 suap je (minta kjun suap sebab malas nak makan, penat sangat... hehehe.. baby tua), pastu sedar je dah nak dekat maghrib... waaa... apa kes? Hmm... alamatnya next Sem la baru ako merasa nak pijakkan kaki ke Kota Singa tu... Lagipun bagus jugak ako tak kesana dalam waktu sekarang... Budgett ako teramatlah terhad.. Ako xboleh tersilap berbelanja.. Dah ter over limit sangat dah monthly expences ku.. Entahlah bagaimana sih dapat ku teruskan kehidupan.. Mgkin berkat doa ibu dan ayah ku... Agar murah rezekiku di perantauan... Terima kasih mak, terima kasih ayah, doakan kesejahteraan along..

Tapi, mataku masih lagi berdegil.. Apa ya yang ako fikirkan? Hmm...Sewaktu melewati Danga Bay tadi ako teringatkan adik lelakiku..Apala nasibnya sekarang berada dlam tahanan askar.. sudahlah badannya kurus tinggal tulang dan kulit, bagaimana la pulak gamaknya rupa dia lepas di ganyang di Kem Komando di Mersing.. Memang he deserves it! Kekdang ako rasa biarlah segala hukuman yang di terimanya tu nanti dapat mengembalikan adik lelakiku yang sebenarnya seorang yang baik, rajin, penyayang dan hensem... Ako sebenarnya sayang bangat padanya.. Teramat sangat. Sayangku pada Wan sama seperti ako sayangkan adik2ku yang lain.. Dia taklah rapat sangat denganku, tapi dia pernah membahagiakan ako dulu, pernah menggembirakan ako dulu.. Pernah membuatku ketawa... Itu pun cukup utk ako terus menyayanginya sampai bila2...Wlau sejahat mana pun dia, dia tetap adikku. Adik kandungku.. Ako tak dapat bayangkan bagaimana dia nak menanggung segala keperitan dan seksaan di tahanan tu seorang diri... Ako berdoa dan berharap hukuman ke atsnya tidaklah terlalu berat dan menyakitkan. Dan yang paling penting, hukuman2 itu mampu merubahnya menjadi manusia dan mengembalikan semula sifat2 baik yang ada dalam dirinya.. Ako nak sangat dia berubah.. Ako nak ayah dan mak kembali gembira.. Ako tak nak adik2 ku risau lagi di rumah tiap kali terima panggilan telefon dari dia. Ako tau sangat dan kenal sangat tiap2 seorang adik2ku tu... Semuanya punya naluri sepertiku.. Semuanya berhati lembut dan halus.. Bak kata pepatah 'hati pink' hehehe... Apa yang ako fikirkan tak mungkin tidak, pasti mereka pun memikirkannya.. Cuma mungkinla tidak sedalam apa yang kufikirkan... Mungkin juga tak serumit yang ku fikirkan... Pernahkah ada yang terfikir seperti apa yang kufikirkan sekarang?
Mungkin apa yang kufikirkan terlalu kolot..tapi ako rasa sedih sangat sebab mcm mana la ako leh terfikirkannya... kebenarannya...? ako teringat kata2 mak sebenarnya, waktu tu ada kawan marhaban mak tanyakan tentang ako untuk anak lelaki kawannya yang maknya juga join marhaban. tapi, oleh sebab dia kurang rapat ngan mak ako dia mintakan aja kawannya yang baik dengan makku bertanyakan hal itu.. setelah di selidiki rupanya ada diantara ahli dalam keluarga mereka juga iaitu kakak kepada lelaki tu juga mengalami keruntuhan rumah tangga. Kebetulan pada waktu tu ada 1 lagi org luar yang bertanyakan tentang ako... Jadi setelah mak tau dan atas nasihat kawan mak ako tu, katanya baik aja mak ako consider risikan kelurga satu lagi sebab kawan marhaban mak tu ada masalah rumah tangga kononnya nanti mudah pula timbul masalah yang sama.. lagipun anak lelaki kawannya tu dah hampir 34 tahun. Tentu ada sesuatu yang tak kena... Mak pun sebenarnya malas nak kecoh2 sangat.. Maklum sajalah, anak perempuannya ni bukannya org terkenal, lawaa pun tidak, berharta pun tidak, nothing to offer pun... so, mak berserah je... entahlah, ako pun diam je.. tanya tak apa pun tak.. tup tup apa pun tak dak..bak kata pepatah ,mendengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan.. tengok2 tak hujan pun.. 1 lagi keluarga tu pun tak dak apa2 progress, agaknya dia pun reject ako bila tau ada masalah keruntuhan rumah tangga dalam keluargaku... kawan marhaban mak ako pun baru je tau pasal perkahwinan adik lelakiku yang mengalami 'hujan panas' dan akhirnya kemarau yang menanduskan tanah yang dulu pernah subur dengan tanaman yang menghijau... entah apa la agaknya kata dia pulak..
yang pasti tentu mak rasa malu dengan apa yang berlaku.. ako tau mak buat2 tak terasa dengan kata2 kawannya... tapi, keterasaan itu lebih 'terasa' kini padaku yang semakin meningkat usianya dengan kekolotan fikiran orang2 sebegini di muka bumi yang indah ini... Ako harap musibah ini takkan ter tempias pada adik2 perempuanku.. Ako harap akan ada lelaki mulia yang telah pun di takdirkan menjadi jodoh sehidup semati mereka tanpa wujudnya pemikiran yang kolot itu.. Mereka masih muda.. Masa pasti dapat mengubat kedukaan dan menghilangkan gosip hangat tu di muka bumi nanti setibanya saat jodoh mereka di ketemukan.. Padaku, takpalah.. Akko redha saja jika tempias itu terkena padaku, ako pun dah tua.. kawan2 rapat pun dah xada yang tak kawen lagi selain kjun...tapi, kjun xda 'masalah tempias' dalam keluarganya.. Moga2 Allah ketemukan jodoh buat kjun dengan lelaki yang beriman, penyayang dan baik seperti kjun... Ako sayangkan kjun... Ako harap akan ada lelaki yang dapat menyayangi dia lebih dari sayangku pada dia.. Kalaupun ada tak ada keluargaku sendiri nanti, ako akan cukup bahagia kalau ako dapat menumpang kasih dengan anak2 kjun dan adik2ku nanti....
Aminnn....

Sunday, October 26, 2008

Airmataku tumpah lagi....Adohai malunya...

Salam...

Hmmm... macam mana ye nak story kan pengalaman ako yang termenangis bagai nak rak kat opis hari tu... Malu bangat.. Nasib baik ada 3 org je yang baru balik solat jumaat.. And those 3 memang agak closed ngan ako.. Kalau tak, manalah ako nak letak muka ako nie... Adoi.. Terasa masih terkenang2 lagi kejadian 2 hari lepas tue...
Alkisahnya, waktu lunch tu, lepas Dila turun ke bawah utk standby dalam FCR coz sume staff lelaki ke Masjid, ako pun memulakan operasi ku utk meng update Project Presentation ako yang bakal di persembahkan 29hb October nanti... Pada fikiranku, eloklah ako update dulu windows macam yang selalu di pesan oleh 'OTAI' IT kat tempat kerjaku ni 'POJ'.. Dia selalu bangat pesan supaya 'windows update' tu jgn dilupa... siap schedulekan lagi utk ako.. tapi tu utk PC kat opis la kan.. Tapi utk laptop baru yang xsampai 2 bulan kubeli di PC Fair Ipoh ni mestilah ako yang update kan sendiri... Tak gitu?.. hehehe..

So, bermulalah operasi ako... ako connect kan network cable supaya leh access internet and on line.. tak perlulah nak pakai wireless.. kekadang tak smooth pakai wireless ni (pada firasat ako :)) sambil2 tu ako buat keje2 lain yang mana perlu ako settlekan sebab ako dah nak bercuti panjang nanti..
Dalam pukul 1.40 tengahari gitu ako pi la tgk laptop yang ako letakkan di meja bersebelahan mejaku, macam2 arahan yang appear utk ako allow system/program to proceed installation la dan bagai..

Ako just follow apa yang di arahkan kat screen laptop tu, tup tup apa yang ako cuba buat masih tak dapat2 buat.. pelik tul ako... apa masalah lap top ni.. tetiba baru ako tingat angah pernah cakap yg laptop yang dia pakai kat umah dah xleh pakai. Bila on je, hitam je sume, langsung takleh access windows or lelain... masa tu ako xterfikir dan terbayang pun apa yg berlaku pada dia seperti apa yg berlaku pada ku... memang benarlah kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, i'm not in the shoes of the person yang mengalami masalah tu.. ako cuma boleh cakap ako paham, tapi bila masalah tu ako sendiri yang kena, padan ngan muka ako... pijor muka ako time tu.. Pulak2 bila teringat yang dalam laptop tu ako dah save sume software utk project ako tu.. Dan belom lagi sempat ako copy di dalam pen drive ako... presentation ako yg tinggal bebrapa jam je lagi!!!! BAGAIMANA????? WAAAA!!!!
Laju je ako dial no angah dan tanya macam mana dia buat hari tu... Dalam kesibukan angah dengan coordination nya utk persembahan di Kolej masih sempat dia menenteramkan ako yg teramat la gelisah nya...
Tapi, ako jadi makin kacau bila angah cakap ako kena bawa laptop tu ke kedai tu dan dia akan install sume balik, OS tu jadi gitu sebab dia just bagi trial version je...
Trial version? Vista pun ada trial version? ingat kan dia bagi trial version utk kingsoft jek... dah la words, excel ngan powerpoint dalam PC tu dah expired, ni Operating System pun expired jugak???? huhhh... bengang tul ako... Ako ni dah la tak berapa nak paham apa yang ako nak kena buat dengan hardware2 macam ni... Ako minta angah sms kan no. cina kedai tu supaya ako leh bercakap sendiri ngan dia, ne tau ako leh buat on call je ke utk solve kan masalah tu...huhuhu...

Ako pun dail no tu dan bercakap dengan Mr. Lim. Huishh... memang dia yg angkat, maklumlah, takkan staff melayu dia, mesti dia pi solat jumaat kan... tapi waktu tu jam dah dekat kul 2 ptg... Setiap saat ako bercakap dengan dia, makin panas ako rasa.. seingat ako, dulu masa ako beli laptop kat PC Fair jugak, kat KL lagi, takdek masalah pun lap top tu... maksud ako, takde la masalah samapai ber pijor muka ako sebab langsung tak leh ON pc tu... huhhh... tipu punya olang.. Katanya, dia memang kena bagi trial version utk sume PC yang dijual di PC Fair kalau tak dia kena saman RM20,000 satu PC... huh, ako tak nak tau la sume tu... yang ako nak tau, macam mana ako nak buat sekarang, sudah la ako tengah susah hati, gabra, terkejut dan macam2 lagi perasaan ako time tu,cina tu pun macam bagus je nak tarbiah ako.. geram ako...
mana la ako tau sume2 pasal trial version segala, yang ako tau, beli n dah boleh guna... sepatutnya dia terangkanlah kat ako, lepas sebulan traial, u kena datang kedai sebab PC u akan jadi begini, or jadi begitu, paling tidak ako akan tanya, boleh ke nak install sekarang sebab bila ahun pulak ako nak balik semata2 nak pegi kedai dia? huhh... pening betul kepala ako time tu...

Ako cuba tahan air mata ako dari turun sebab ako tau, ada org dah masuk office time ako call cina tuh.. Huh, belum sempat ako keluar, lagi 2 org dah masuk.. Memang muka ako, kalau ako tengok muka ako sendiri kat cermin time tu mesti tak boleh nak senyum.. kelat!!! agaknya org yang pertama masuk tadi dah pun cerita aka berbisik2 kat lagi 2 org yg baru masuk tu masalah ako kot.. dalam pada tu, ada la sorang hamba Allah yang baru masuk tadi datang mendekati ako dan tanya, "Awak, kenapa ni?" haduhh... kenapa la tanya ako... jap gi mesti ako tak dapat control diri ako punya... Memang sah... sambil menjaga suara ako menjawab dengan suara yg tersekat2.. " PC ni tak leh on.... presentation saya kat dalam..." terus mencurah2 air mata ako keluar dan turun dengan laju... siap teresak2 lagi... sop sop sop.. memang ako tak leh control... huihh... ako tersengguk2 menangis katt tepi lap top tu tpi ako tutup muka ku ke meja... entah la, bos dengar ke tidak esakan ako tu... Ako memang malu, tapi tak sempat nak tahan kat situ... malu!!!!
Hmm...bagaimana nak ku tafsirkan perasaan ku tika tu.. Ako tak tau pun apa yang harus ako lakukan, tapi mujurlah hambaAllah yang menegurku tadi terus ambil lap top tu dan tengok apa yang dia boleh buat.. Macam2 soalan pula yang di tanya tapi ako diamkan diri je... ako tak tau apa nak cakap dan yang sebenarnya, suara ku dan konisi ku masih lagi teresak2... bagaimana dapat ku jawab soalan2 tu sume? Dua orang hambaAllah tadi pun dah mula bangun dan berkeliaran di tepi hambaAllah yg menegurku tadi... Masing2 mengambil berat dan cuba nak tlg lagaknya lah...
Ako tedengar si hambaAllah yang ambil lap top ku berbual di telefon dengan sorang cina, sebab dia bahasakan diri si didalam tipon tu amoi... Dia minta tlg amoi tu tolong sama dia sebab dia punya awek punya laptop langsung tak boleh pakai punya... apa banyak punya 'punya' daaa... huhuhu.... waktu tu esakan ako dah berkurangan... isk. terasa macam mengada2 pun ada... tapi SUMPAH, ako tak pernah terfikir pun ako akan termenangis dalam office, di depan lelaki2 melayu terakhir pulak tu... Sudahla ketiga2 mereka tu lelaki idaman Malaya pulak tu... haduhhh.... maluuu......maluuu...
Mesti kisah ni akan tercanang di seluruh Dataran Maybank tapi yelah, dalam ruang lingkup kenalan kami je lah kan, ye la siapa la ako ni, bukan nya glamer pun... bukan ada yang kenal bangat ngan ako ni pun. kikiki...
Selepas perbualannya dengan Amoi tu, terus je dia salin pakai kasut. Tadinya berseliparr aje, maklumlah, dari masjid. Pakai kasut keje kang kena cillok plak... tak ke jadi satu lagi keje, nak kena balikk jalan kaki n kena plak beli kasut keje baru... huhuhu..
Ako dapat rasa dia tengah bersiap2 utk keluar. Bos pulak bagi green light, bagi dia keluar time2 tu jugak, tapi yela, hujan la pulak kat luar. Takkan dia nak naik tren ke Low YAtt? Jauh gak tu. dah la kena naik 2 tren.. Alahai.. rasa tak selesa lak ako menyusah kan orang... Lagipun ako tau mamat tu surely nak ako balas jasa baik nya ngan benda yang bukan2... huhuhuu.. lagi satu keparahan tu...
Entahlah, tetiba ako rasa lega, ako rasa release sangat sebab dalam pada ako tak boleh nak berfikir, ada org yg tlg fikirkan utk ako malah sanggup menyusahkan dirinya keluar dalam hujan utk selesaikan masalah ako.. ako bagaikan kembali bernafas... entahla satu perasaan luar biasa yang belum pernah ako alami, tiba2 dihujani dengan hujan batu yang sangat sakit menghentam badan, tpi kemudiannya menjadi air sejuk yang mendinginkan badanku pula... entahla, macam rasa dapat mandi or minum air yang sangat sejuk dan mendinginkan pun ada... macam2 pulak yg ako rasa...
Dalam 45 minit pemergiannya, ako dapat panggilan telefon dari hambaAllah tu... walaupun yang appear kat situ, 'witheld' ako tau itu no dia. Terus je panggilan tu ku jawab kerana walaupun air sejuk terasa melepasi kerongkongku, tapi belum tentu ia bisa berfungsi utk keseluruhan sistem badanku.. manalah tau, kedai tu memang tak boleh buat ke? memang kena bawa ke kedai yang menjual PC tu ke... adohai... parah la kan... Rupa2nya apa je yang dia nak bagitau ako, dia nak ako kiss dia sekali je kat mulut tau, bukan kat pipi!!! adohai... parah parah...walaupun ako tau dia main2 tapi ako tau dia memang dah lama mengidam nak kan ciuman ako ni.. heheheh... nak cium yer, boleh... tapi kena la kahwin ngan ako... hihihihi....
Lega sungguh rasa, bila dia cakap nak kiss sekali tu maknanya secara tak langsung mesti masalah tu dah dapat di settlekan, alhamdulillah... syukur... sangat2 ako bersyukur padamu Ya Allah kerana ako di kurniakan sahabat yang sanggup bersusah payah menolongku tika susah ku... terima kasih Ya Allah, murakan lah rezeki mereka2 yang sanggup menolong orng2 yang dalam kesusahan sepertiku... Kau permudahkanlah hidupp mereka dengan pertolongan org lain yg mampu menolong mereka seperti mana mereka menolongku...

Apa yang dapat ku simpulkan, ako hanyalah seorang wanita yang lemah. Walau pun ako paling tak suka di perendah2kan kemampuan ku yang sememangnya tak setanding dengan keupaayaan lelaki tambahan pula dalam bidang yang ku ceburi sekarang ini, ako tetap akui lelaki tetap lelaki dan wanita adalah wanita. Janganlah di pandang rendah dan di cemuh kelemahan kami kerana terlalu mudah bermain dengan airmata. Itu semua ada lah keistimewaan yang telah di kurniakan oleh Allah... Ako tak pandang lemah lelaki walaupun ramai je yang kurang tinggi pelajarannya kerana itu semua tak penting bagiku, yang penting ada lah semangat dan kesungguhan seseorang utk berjaya...

Tuesday, October 21, 2008

Saya telah di tag oleh mama aida.... ohhh

So, inilah jawapan saya, kepada yang ditag, sila buat.

rules:
1. the rules of the game get posted at the beginning
2. each player answers the questions about themselves
3. at the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

starting time: 2.47 pm
name: Shahida Shahrom
sisters: 3
brothers: 2
shoe size: 4/5

height: lama xukur.. huhuhu

where do you live: Vista Angkasa

have you ever been on a plane: yes.

swam in the ocean: if pantai cam PD and pantai2 kat KElantan tu pun consider as an ocean, then YES la.. huhuhu

fallen asleep in school: penah. time pose.. hahahaa

broken someone's heart: penah. masa Lower 6. And now I realise that it is really hurt.. my heart dah kena break by some 1.... waawawa

fell off your chair: er.. penah.. kat opis Dataran Maybank Level 17. Taktau yang kerusi tu tinggal 2 roda je kat depan (kerusi opis yang beroda bulat tuh) kat belakang dah tertanggal.. baik punya duduk sebab org ajak join ada makan2 kat situ time tu so tarik je la mana2 krusi spare.. tup tup... adoiii... habis air tumpah kena baju.. tapi ako ni buat dek jek.. lambat2 je bangun n buat muka sardin ler.. tapi dalam hati Tuhan jetahu betapa malunya.... Aduhai...

sat by the phone and waited all night for someone to call: tak.

saved emails: nope. belom dapat yang best.. tapi yang related ngan keje n defects yang perlu di follow up saved la, for future use.. in case la kan...

what is your room like: Before this dok sorang pun pakai Queen sized bed, dgn tilam yang berharga dalam RM 700 kot sekali ngan katil.. hehehehe... murah2 je.. dapat yang kayu walaupun bukan kayu jati pun kira orait la kan.. Tapi skarng sejak menyewa di Vista, still ada Queen sized bed tapi shared with my room mate la.. Bilik attached with bathroom, with Light Brown bedsheet n comforter memang lena la tido.. Lagi ada my Garam Bukit Lamp yang akan sentiasa di nyalakan sebelum tido, bertambah2la romantik nya bilik tu.. Pulak ada carpet warna peach and langsir warna oren yang tebal tapi sangat menarik... Ada tv, radio, my books, novels and magazine kat satu side book cabinet.

what's right beside you: tipon opis. kat opis la ni ha..

what was the last thing you ate: hmmm...nasi berlaukkan asam pedas ikan pari n kacang panjang goreng.. minum xnak ke?

ever had chicken pox: masa darjah 6 rasanya.

like picnics: kekadang suka kekadang tak.. hmm.. tgk gak la.. kalau dapat port best memang la suka tambah2 dapat baring memalam tepi pantai n buat barbeque.. :)

who was/were the last person you dance with: erk? tak pernah... tak pandai pun..

last made you smile: this tagged things..:)

you last yelled at...: kjun.. gaduh tahap bertumbuk lagi..

today did you talk to someone you like: yeah,my ayah, mak n angah.. and my friends...

kissed anyone: today, nope la.. miss Monne kat kampung.. mesti dah makin besar badan dia..(kucing kesayangan ayah :)

get sick: get sick to those yang selalu bangat tanya napa ako tak kawen2 lagi!!! kalau tolong rekemen kan xpela jugak.. tapi, sakit perut last thursday, memang la sakit bangat...waaa!!!

talk to an ex: yeah.. become friends.. but not that close.

missed someone: yup. my frens masa sekolah. lama tak jumpa depa. tapi bila nak jumpa segan pulak, almaklum je lah, ako masih single, depa dah beranak pinak.. waaaaa!!!!

who do you really hate: paling tak suka peNIPU, BERLAGAK, macam BAGUS, GEDIK, SUKA MENJERIT

do you like your handwriting: bolehla... tapi ada ramai member yg handwriting dorang cun... camne ek? sikap kita kot kan.

are your toenails painted: nope

whose bed other than yours would you rather sleep in: my cousin and best friend KJUN..

what colour shirt are you wearing right now: erk... pakai blaus la.. cream color..

are you a friendly person: What do you think? Am i? I think, yes i am...

do you have any pets: Tiada.

do you sleep with the tv on: nope.. tapi pernah je..

what are you doing right now: tgh jawab tag sambil pikir apa lagi soklan seterusnya...

can you handle the truth: yup. better that way (aida, borrow your wordings)

are you closer to your mother or father: both..

do you eat healthy: nope.. makan ikut selera je.

do you still keep pictures of you and your ex: xpenah ada..

if you're having a bad day, who would you most likely go to: toilet.. crying..

are you loud or quiet most of the time: quiet

are you confident: depends.. especially things i know better.

5 things i was doing 10 years ago:
form 6 (19 thn)
1. di SMK Clifford, Kuala Kangsar.
2. terlibat ngan banyak aktiviti2,persatuan2 kat sekolah tuh.. suka bangat.
3. penah sorang junior yang F5 kat skolah tu ajak kawen.. hehehe
4. junior tu sanggup tukar agama lagi..nama dia Peter.....
5. masuk koir untuk sekolah ke perayaan ke 100 tahun.. hehehe.. ye ke? xingat lak perayaan apa..

5 of my bad habits:
1. berleter kalau rumah sepah, sanggup kemas sampai kul 2 3 pagi..
2. suke kritik
3. selalu rasa cam xconfident tapi bila buat okay je... gelabah bah..
4. selalu nak cepat je..
5. suka minum kopi O.

5 places i am living in:
1. Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
2. Kota Baharu, kelantan
3. KDAS Tamb. 2, Ipoh, Perak
4. Taman Keramat Permai, KL
5. Vista Angkasa, Jalan Kerinchi, KL.

5 tabiat buruk anda time sekolah
1. selalu gaduh ngan member sebelah.. rindu kat kau Asmah..
2. Ako ni PRS kat skolah, so, takler jahat sangat.. biasa2 je.. huhuhu..
3. selalu habis cuti skolah baru buat homework kat skolah.. tiru member punya.. hehe
4. selalu ponteng prep(preparation class).. biasa lepak kat masjid sbb kat Dorm ada
inspection.. kalau kena tangkap kantoi...
5. suke kuar outing bazir duit kat YAWATA hehehe..

3 favourite subject anda… kenapa?
1. English. Suka sebab boleh cakap bahasa lain dari bahasa sendiri..hehehe.. dedulu penah ada cikgu english kitorang nama Miss Heather dari US, slang cakap dia memang lain, kekdang sampai xpaham, tapi suka dengar experience dia..

2. Maths. Sbb cikgu nama Shahidan (nama i Shahida.. hehehehe) lagipun cikgu tu hensem macam Dato' K la kalau nak tau.. :)

3. Bahasa melayu. Selalu dapat A and jadi reference kat Kelas bila tang karangan..

3 subjek yang anda tidak suka… kenapa?
1. Fizik
2. Kimia
3. Prinsip Akaun, sebab tu xambik.. heheheh

Menarik pada kamu?
hmm.. xmenarik pun.. kalau menarik tentu2 dah ada yang nak berkahwin dengan saya... waaa!!!

Kamu paling suka?
Kalau makanan, cheese cake ngan satay, kalau air mango juice kalau lelain, tido.. hahaha..

Anda tidak boleh hidup tanpa?
Mak, ayah, adik2 kesayanganku.. n of course la nyawa, xde nyawa surely dah kojol la... kuikuikui..

Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?
xde sapa.. kesian kan.. :(

5 people i tag... jangan marah..
1. En. Amir Syahrom
(http://amiraris.blogspot.com/2007/12/beberapa-orang-kenalan-bertanya-kenapa.html)
2. Darliela (http://darliela.blogspot.com)
3. Azila (http://alizamarwa.blog.friendster.com)
4. Haryany.. (http://yanie-tokeida.blog.friendster.com)
5. Izwa Fairuz (http://izwa.blog.friendster.com)

End time: 3.49 pm (banyak tul gangguan kat opis ni.. huhuhuh)

Thursday, October 16, 2008

Sms Misteri...

"Assalamualaikum, apa khabar?". Hmmm... Ako baru je selesai menonton rancangan kegemaranku CSI NY pada malam selasa yang lepas, dan dikejutkan (xla terkejut sangat)dengan satu sms dari no. yang tak dikenali.. 016-****** .. Sapa la pulak sms kat ako memalam buta ni.. 016? Mana la pulak member ako yg pakai no digi ni..

Entah kenapa fikiran ku terus teringatkan Kak Ain, kakak angkatku masa diploma dulu.. Kami agak rapat la time tu tapi lepas dia kahwin, kami terus terpisah lagipun dia dah migrate ke Senawang. Ako pulak dah ada kakak angkat baru.. hehehe :) Terus aja sms itu kujawab, "Waalaikumsalam, khabar baik...". "Awak kenal ke saya? Masih tinggal dengan jun?".. Balas si penghantar sms misteri itu.. ako pun jawab, "Xkenal, dah lama dah tak stay ngan dia.." " Ye ke.. awak dah kawen?" Giat pulak dia bertanya..hmm.. ako pun xtau nape ako nak menyakat dia pulak."Dah kawen dah,2 tahun lepas.. kjun pun dah kawen.."hehehehe.. jawabku. saje nak tgk kak ain marah ke tak cozxjemput pun dia.. "Alhamduliilah...bila?" tanya si dia tu lagi.. Haduh... dah bagitau 2 tahun dah kawen lagi mau tanya ke.. susah susah... terus ako decide nak kol je la si peng sms tu, habis cerita.. Ako guna no.baru ako dan dial no. nye, 016-34*****.
Macam biasa dengar je caller ring tone dia, tapi di mana ya? kuang kuang kuang...
Huihh lambat nye nak mengangkat.. kang end call baru tau,ngomelako dalam hati..
"Hello, hello.. " dah dengar suara disana.. aikk? sora lelaki? pelik ni. Sapa la pulak?????.. Musykil ako.. "Hello? hello? siapa tu?" ako yang kol,pi tanya pulak siapa tu.. mesti org tu marah.. hahahaha... gasak ko lah.. ako nak tanya gak..
"Hello? Siapa tu?" ulangku lagi.. " Ya, ya, hello.. ya. hello" jawab si lelaki yang kusangkakan kak ain tu.. eh, cam kenal lak sora ni.. " Ni iqzan ye? eh, sapa ni? cam kenal la suara ni?" tingkah ku setelah tekaan ku meleset.." Rudy ni." Rudy? Eh, Din yer.. Ye lah, Din yer... haa.. mana menghilang?" suaraku dan suaranya bercampur-campur dalam sesi teka meneka suara tadi... " Yelah, ni Din la.. Shida apa khabar? Dah kawen yer?.. Alhamdulillah... xsangka jodoh shida sampai dulu..." Aik? Lain macam je statement mamat ni.. dah la lebih 3 tahun menghilang... dengan janji2 manis yang serasa ingin ku tagih.. tapi ako tak terdaya... Kini, dia muncul kembali dengan tanda tanya yang bersarang dalam fikiranku...
"Shida kat mana? Dah makan?" " Awak tau, sekarang saya dah pindah. Duduk kat Vista Angkasa.. dekat la ngan awak.."ujarku. Seingatku dia dan adik angkatnya masih duduk di Pantai Dalam.. Tapi dah lebih 3 tahun terpisah, xtau la mcam mana kisahnya pula sekarang. "Saya belum kahwin la awak.. saje je tadi, ingatkan awak ni kawan lama saya.. saje nak menyakat.." "Kjun pun belum kahwin, masih mencari lagi.. tapi memang kami dah tak duduk sama.. Dia sekarangkat umah dia sendiri kat PJ, stay ngan adik lelaki dia..""Habis tu awak duduk ngan siapa sekarang?""Saya duduk ngan kengkawan baru.. xkenal pun.. cari je kat iklan.. Alhamdulillah dalam housemate yg baik2 sumenya..."

Tum!Tum!kilat sabung menyabung kat luar.. Disimbahi pula dengan air hujan yang turun bagaikan tidak mahu berhenti.. Lebat selebatnya.. hmmm... nyenyak la ako tido malam ni..yes..

"Awak dah makan? Jom la kita jumpa.." tiba-tiba aku tersedar dari lamunan terhentiku tadi.."Hmm.. Sekarang? Isk, nak tido la awak.. Lagipun hujan lebat gila kat luar tu.. Mak saya kat kampung marah nanti..hehehehe..." selorohku.. sebenarnya ako belum ready jumpa mamat ni.. Ako tau dia penah suka kat ako.. Dia penah lafazkan nya, bila ako cakap xdengar dia xnak mengaku pulak.. hohhoho.. melepaih la ekau.. entahlah, masa tu ako pun confious ngan perasaan ako pada dia.. Ako suka cara dia jaga hatiku, cara dia yang confident tu, cara dia yg selalu happy tika bersama ku.. walaupun banyak lagi dia kisahkan kisah sedihnya padaku, kisah pemergian Arwah bapa kesayangannya di atas pangkuan nya sendiri.. Nasihat terakhir bapanya.. dan macam macam lagi memori yang tiba-tiba je menerjah dalam ingatanku ketika itu..

Pelbagai kisah terkini nya yang dikongsi dalam 30 minit perbualan kami di telefon pada malam tu.. panjang lagi nak ku titipkan di sini...

to be continue..

Wednesday, October 8, 2008

Rintihanku...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Padamu aku bermohon
Ampunkanlah dosa-dosaku
Yang telah kulakukan selama ini
Dalam sedar dan alpaku

Ya Allah Ya Tuhanku
Jika ini adalah sebabnya
doaku tidak dimakbulimu
Aku akur Ya Tuhanku
Namun Ya Allah Ya Tuhanku
Kau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang
Berilah aku peluang
Untuk mengecapi indahnya rasa
kasih dan sayang
Makbulkanlah doa hambamu
Yang hina ini
Agar ditemukan
Jodohku
Yang telah lama kunanti...

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku ingin dinikahi
Sebagai seorang isteri
menjadi suri seorang
yang bernama suami..

Ya Allah Ya Tuhanku
Berilah aku kesempatan
untuk berbakti sebagai isteri
Dan mendapat rahmat
di syurgaMu nanti
sebagai seorang isteri mithali
yang menjaga adab seorang isteri,
yang menguruskan suami penuh kasih
tersemi...

Ya Allah Ya Tuhanku,
ku ingin menjadi ibu
kepada putera dan puteri
di panggil ummi..

Sepanjang hariku
menyayangi, mendidik,mengasuh,
darah dagingku sendiri...
Menjadi perwira dan
serikandi yang dikagumi
Di sanjung dan diingati
agar sejuk perutku
walau perit melahirkan
mereka ke muka bumi...

Ya Allah Ya Tuhanku
kasihanilah aku
hambamu yang kerdil
lagi hina ini
Ampunilah segala dosa-dosaku
ketakburanku...
kata-kataku...
perbuatanku...
amalanku...
yang dimurkaimu yang telah kuterlanjuri dulu

Ya Allah Ya Tuhanku
ku ingin menjadi
seorang wanita sempurna
punyai suami, anak-anak
dan keluargaku sendiri
ingin disayangi dan menyayangi...
kerana diri ini penuh
dengan rasa cinta
yang berapi
Rasa kasih sayang
yang beruang-ruang
Rasa rindu
yang tidak ketahuan
pada siapa perlu
kuberikan...

Ya Allah Ya Tuhanku
Padamu ku berserah,
diriku dan sepenuh ragaku
padamu kuletakkan
segala yang berat ku luahkan
tiada tertahan lagi
rasa ini untuk kutelan
kerana rasa itu tidak lagi
berasa...
kerana masinnya telah pudar
dan manisnya telah tawar
dek usia
yang makin menginjak tua...
Tiada lagi daya untukku..

Ya Rabbi..
Tiada lagi tangis yang
mampu kutadahi
Namun Ya Tuhanku
padamu ku terus memohon
agar rintihanku terus
didengariMu Ya Allah
agar bisa kumendapat
sedikit belas ehsanMu
mengasihani insan kerdil
sepertiku
Yang terlalu mengharapkan
perhatianMu
agar ku ditemukan
dengan si dia kekasihku
untuk menjadikan Aku
suri dalam hidupnya
agar syurgalah tempatku
andai ku berbakti
kepadanya sebagaimana
Hawa diciptakan
untuk Adam sebagai
pelengkapnya di dunia dan di pisahkan
hinggalah ke akhiratnya
di kembali temukan...

Nukilanku yang abadi...

Monday, October 6, 2008

Lebaran 2008

Salam lebaran buat sume yg menyambut tibanya syawal 2008...

Pada ako tahun ni persediaan bagi menyambut ketibaan Syawal sangatlah sederhana. Baik diriku sendiri, adik2ku, mahupun kedua ibu bapaku.. Maklumlah ekonomi keluargaku xberapa memberangsangkan sejak kami sepakat nak besarkan rumah di Manjoi. Bukannya apa tiap2 bulan, ako, angah dan ayah dah kena fix kan satu amount yg besar utk bayar personal loan yg ayah buat lebih RM25k dan target ayah nak langsaikan dalam masa 3 tahun pulak tu.. tentulah monthly portion nya jadi banyak walaupun setelah dibahagi 3 org masih agak membebankan walaupun gaji ako kira ok la kan.. ditambah pulak dengan progresif interest rumah yg ako beli di kajang dah dekat RM 500sebulan di campur pulak dengan sewa rumah yg ako duduk sekarang, bertambah2 lagi lah compulsory expenses ako tiap2 bulan.. tapi, takpelah,ako masih boleh bertahan, cuma ako tak mampu la nak pakai kereta.. Jadi pada kawan2 yg dah baca luahan ako ni percayalah k yang ako memang belum mampu pakai kete sendiri.. tunggulah mana la tau jodoh ako muncul dalam setahun ni biarlah si dia yg beli kereta, kan.. at least tak la susah sngt nak tolerate kete sapa yg nak kena jual nanti pas kawen.. hehehe...

Selain tu adikku Mohd Syazwan masih tak hbs2 menambahkan koleksi masalah dia dalam keluargaku..
Mujurla umurku dah makin banyak,jadi angin baranku pun dah banyak kurangnya, dah byk yg dapat ako control.Kalau tak merasa la dia back hand kakak dia ni.. kekadang tu rasa cam payah sangat xada abang.. kalau la ako ni lelaki, tentu lebih mudah utk ako jaga dan monitor adik lelaki ako tu.. mgkn tak la sampai dia jadi macam sekarang..

entahlah.. sejak rumah tangga dia hancur seusia 8 bulan perkahwinan, kerjayanya pun dah jadi kelam kabut, asyik kena ketuk, kena ragging ngan pihak atasan, kena transfer sana, transfer sini, nama nya jadi buruk, nama keluargaku juga terkena tempiasnya, tentulah dia jadi makin onar..
tapi tulah salahnya adikku ni, tak pernah nak sedar.. tak pernah rasa serik dengan apa yg dah berlaku pada dirinya dan keluarganya.. dah puas dan berbuih2 dah kami sekeluarga nasihatkan dia.. dah kering airmata kami semua tangisi nasibnya tapi dia tetap begitu.. masih begitu.. entahlah, ako dah hampir hilang sabar utk terus berdoa agar Allah hentikanlah masalah yg diturunkan pada keluarga kami satu per satu khususnya kepada adikku itu tapi...siapalah ako utk berhenti berharap...

Ya Allah,kuatkanlah hatiku, tetapkan lah imanku.. tolonglah ako Ya Allah.. kau kasihanilah ako.. Jika amal yg ako lakukan kerana ikhlasku ingin membantu keluargaku, ibu bapaku, Kau tolongla ako ya Allah.. Bantula ako Ya Allah... Selamatkanlah keluargaku, ibubapaku, adik2ku.. Ya Allah ampunkanlah dosaku hambamu yg tidak tahu bersyukur ini Ya Allah.. Ampunkanlah ako ya aLLAH... Makbulkanlah permintaan hambaMu ini ya Allah.. berikanlah sedikit kelapangan dada buat ibu dan ayah ku.. agar mereka mampu hidup dengan tenang dari segala masalah yg ditimbulkan oleh adikku ya Allah.. Tolongla ya Allah, ako merayu hanya padaMu ya Allah... kasihanilah ako Ya Allah... Padamu lah ako berserah,padaMu la ako memohon.. Hanya PadaMu ya Allah...

Raya tahun ini, adikku Mohd Syazwan pulang berhari raya bersama kawannya.. Kami sempat beraya dengan mak ayah dan adik2 yg lain.. ako pada mulanya tak nak beraya dan bermaafan dengan adik lelaki ku tu.. sudahlah malam raya buat hal lagi.. susah betul ako nak berfikir secara rational dengan sikapnya tu.. tapi entahlah..

subuh pagi raya tu lepas ayah terkejut sebab tak ready nak jadi imam bawa solat aidilfitri kat masjid dalam kem kami,dan terpaksa juga dia imamkan.. hehehe.. bravo ayah.. nasib baik khutbah dah disediakan oleh pihak mana ako pun tak pasti,ayah just kena bacakan je lah.. kalau tak lagi kelam kabut orgtua tu nak cari info dalam due time yg snagat la singkat tu...

lepas subuh tu jugak ako terdengar ceramah agama kat radio Perak FM(channel fav. ayah, tak penah tuko channel lain.. huhuhu) sambil2 perangat rendang dan gulai daging.. masih terngiang-ngiang lagi di telingaku kata-kata dari ustaz dalam radio tu supaya saling bermaafan di pagi raya, mulakan lembaran baru, buangkan semua yg terpendam dalam hati, maafkanlah segala apa yg tak termaaf sebelum ini dan buang jauh2 apa yg mengeras dalam hati tu.. jgn biarkan berkerak lama2.. nanti bernanah.. busuk jadinya.. susah nak cuci.. mgkin boleh samapi kena penyakit lain pulak.. payah nanti... itulah ulasan ako hasil kata-kata ustaz tu..

entahlah macam mana airmata ako laju je turun lepas dengar nasihat ustaz tu.. ako sedar ramai lagi dalam list hatiku yg masih dalam perkiraan ako samaada nak lupakan dan maafkan saja dosanya padaku atau terus simpan dalam hati sampai keras jadi batu.. entahlah, sebelum ni ako ingat ako mudah maafkan org tapi baru ako sedar tak semua benda dapat kita lupakan macam tu je.. dan yg buat ako paling tak percaya ako jadi makin degil dan keras hati sejak 2 menjak ni.. susah betul ako nak berlembut ngan org yg senang2je sakitkan hati ako... entahla.. dah jadi pendendam pulak ako ni.. masyaAllah.. bahaya ni... macam mana nak ubatkan hati ako ni ek? agaknya dah lama cinta hilang dalam hati ako sebab tu la hati ako jadi dingin dan kekadang tu jadi keras cam batu... hehehe.. insYAallah, ako akan cuba utk cepat sedar dengan masalah ni... " to forgive is to forget.. " tapi... susahnya... sebab tak leh nak lupa.. ohh... help help help me... waaa!!!!

Alhamdulillah, i manage to beraya with my family not exclude my brother tu..Sempat jugaklah ako tenyeh hidung dia.. memang dia dah lain.. Dia bukan adikku yg dulu.. Dia dah lain.. masa dan keadaan dah memisahkan dirinya yang dulu dengan diri barunya yg cukup memualkan keluargaku.. mak menangis masa ayah minta maaf dengan mak.. ako tau mak ngan ayah yg romantik tu pun banyak masam, masin dan pahit dalam meneruskan keutuhan rumah tangga mereka.. dengan masalah yg menimpa2..
memang la kadangkala teramat sukar nak kawal emosi dan baran..ako tau.. agaknya tu yang membuatkan mak mengalirkan airmatanya sesaat ayh cium dahi mak minta di ampunkan dosanya.. ako cukup terharu.. ni la part yg ako tak suka sebab ako ni pun ngada, cepat sangat terpengaruh..tak sampai sedetik, airmata ako pula laju mengalir.. huhuhu... susah tul jadi pelakon airmata ni.. kalah allahyarhamah saadiah cam ni.. huhuhu...
tak sempat kami beraya adik beradik dah riuh luar pagar rumah budak2 bagi salam nak beraya.. aduhai anak sapa yg terlepas pagi2 ni... aduh.. tak sempat ako nak bagi ucapan pnjg2 masa adik2 ako beraya dan minta ampun ngan ako.. lantaklah.. suh je lah dorang tggu kat luar tu jap.. kitorang kat dalam tak hbs lagi beraya.. sabar ye dik..jap gi akak bagi duit raya sorang singgit malaysia.. hahahaha..
Lepas tu bermula lah episod2 yg memenatkan ako.. ramailah sedara mara, tetamu2, jiran2, kwn2 sekolah ayah, kawn2 skolah ako, kwn2 skolah adik2 ako, dan kawan kawan kawan diorang pun datang... aduh.. dah la dapur ni luas, penat ako nak ke sana ke mari.. ruangtamu pulak kat depan.. haduh..jauh pulak rasanya dalam kesibukan tu tak tersedar dah masuk hariraya ke2 dan ako dah kena balik KL naik bas kul 6:30 ptg...huhuhu... penatnya.. dan sedihnya dah kena balik KL.. tak sempat beraya ngan sume sedara mara ako lagi...
hmmm..melalut betul kisah ako ni.. tapi.. banyak yg ako lompat je.. banyak kisah sedih dan ada jugak yg gembira diantara raya pertama dan kedua tu yg ako tak sempat nak kongsikan.. nantilah.. ada masa dan peluang nanti insyaAllah akan kucoretkan dan abadikan dalam blog ni..

Selamat hari raya buat sume kengkawan dan sesiapa saja yg mengenali diri ako ni.. Ako memang banyak buat salah ngan korang.. ampunkanlah segala keterlanjuran ako tu samada ako sengajakan atau tak disengajakan.. Maafkanlah ye.. Semoga raya tahun ni memberi makna yg abadi dalam hidup kita semua... insyaAllah...