Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah
sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu
kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkanya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
Jika kamu dapat memancing seekor ikan...jangan lupa siang sebelum makan yer.
ReplyDeleteJika kamu dah dapat seorang teman...jangan lupa periksa peribadinya sebelum putuskan untuk sehidup semati dengannya yer.