Entah kenapa, mana2 tempat aku keja, masalah yang sama pasti berulang.. bak kata org2tua, pisang berbuah dua kali.. mungkin selagi aku belum menikah, macam ni la agaknya yang akan aku tempuh sampai bila2..
Aku sendiri tak sedar bila aku mulai suka pada dia. Aku dah ingatkan diri aku supaya tak terjebak dan terjerumus dalam mainan perasaan lagi di sini. Setiap kali kami bertelingkah pasal kerja, masing2 dah xle jadi profesional.
Paling aku perasan, kalau aku tersilap cakap atau bad mood pun dia boleh sampai kecil hati pada aku? kenapa perlu sampai begitu sekali? Macam tu namanya xde perasaan ke? Satu hari xjumpa aku di pejabat pun dia akan jadi diam dan bad mood, salah aku ke bila aku jauhkan diri? Mmg aku mulai jauhkan diri sejak aku sedar aku akan timbulkan masalah lagi di sini.. Aku dah selesa sangat keja di sini. Walau pun xsegembira yg aku harapkan atleast aku ada semangat nak datang ke pejabat.
Sejak lebih setahun kami bekerja bersama, masing2 macam biasa. Sejak sebulan 2 ni saja, aku perasan keadaan dah bertukar. Aku tahu perasaan aku. Jangan salahkan aku. Aku kesunyian. Hati aku memang mudah tersentuh apatah lagi bila ada lelaki yang begitu mengambil berat tenatng aku. Masalah aku, kesihatan aku, makan minum aku.. sudahlah dia baik, sopan santun, ada lesung pipit dalam dan senyuman yg manis.. huhhh.... sedih nya bila teringat yang dia adalah suami wanita lain. Aku xkan sanggup. sama sekali x akan sanggup. Apa yang sangat marah, dia layan perasaan aku ni. Aku pun bodoh sangat, layan pulak perasaan dia.
Ya, aku silap. Mungkin karakter dia memang macam tu.. Dia memang layan semua prpn mcm tu. Kenapa la aku perlu perasan & syok sendiri. Jatuhkan maruah aku saja. Memang aku gemuk, pendek, tak secantik gadis lain. Tapi, aku pun cute pe..
Aku sedih dengan takdir dan nasib yg telah ditentukan utk aku. Kenapa aku mesti lalui lagi rasa yg perit mcm ni??? Kenapa Ya Allah? Teruk sangatkah aku kerana tak tahu bersyukur??? Jahat sangat kah aku ni???
Aku cuma ingin mencintai dan dicintai.. susah sangat kah?
Thursday, July 21, 2011
Monday, February 28, 2011
Kenapa aku?
Kenapa aku? Ya, kenapa aku? Benarkah hanya aku yang mampu menanggung kepayahan yg ku alami sekarang sebab itu Allah menguji aku sebegini rupa? Benarkah?
Aku kekadang rasa ralat bila memikirkan kenapa hidup aku berliku sebegini. Tiada kah cinta sejati yang layak menghuni hatiku ini? Sedangkan aku sangat pasti diri ini, hati ini, jiwaa ini penuh dgn rasa cinta yg terlalu membuak2 ingin mencinta n dicintai.. Aku pasti aku akan memberi cinta itu sepenuh hatiku dan sepenuh kasih dan sayang yang aku ada.
Kenapa cinta dalam hatiku cuma di datangi oleh langau2 yg cuma mahu mengotori sucinya cintaku?? kenapa? teruk sangatkah aku sampai sukar cinta datang mendampingi aku?

Subscribe to:
Posts (Atom)