Saturday, October 31, 2009

Aku Pasrah

Sejak sebulan yang lalu aku telah membuat satu keputusan yg agak drastik.. Aku sebenarnya tidak berapa pasti dengan keptusan yg telah pun aku buat tika itu. Memang aku dalam keadaan yg uncertain dengan keputusan aku itu. Tapi entah kenapa ia akhirnya betul2 menjadi kenyataan...

Pada satu malam itu, aku telah tergerak hati utk membuat solat hajat.. Nak di jadikan cerita pula aku ketemu dengan buku solat2 sunat yang aku pinjam dari ayah. Sudah lama aku niat nak buat solat2 sunat tapi tak terbuat2 jugak.. Agaknya, sudah tiba masanya atau mungkin hatiku terlalu tak keruan yg akhirnya menggerakkan tubuh badan ku utk menunaikan solat hajat. Alhamdulillah, buku itu benar2 membantu aku. Aku berdoa dan mohon sangat2 kepada Allah SWT agar doa dan hajatku itu di makbulkan. Walaupun tiap2 malam aku lewat sampai ke rumah, tapi aku dapat juga buat solat hajat tu 3 hari berturut2.. Ada pelbagai cara solat hajat tu boleh kita amalkan. Salah satunya kita perlu iringi bersama sebanyak 152X bacaan surah al-insyirah usai solat hajat itu aku lakukan. Pada mulanya aku tidak tahu apa kah zat yg ada dalam surah itu. Apa yg pasti, aku berasa sangat tenang dengan segala apa yg telah terjadi dan telah di takdirkan buat aku. Pada aku inilah yg di namakan takdir. Walaupun aku agak risau, tapi aku perlu redha. Allah telah tetapkan ketentuan aku begitu.. Aku perlu percaya dan yakin dengan ketentuan-Nya.

Ya, aku sangat yakin dan percaya. Aku harap ada sinar baru yang bakal menerangi hidupku selepas ini. Aku harap sangat. Doakan buatku juga...




سُوۡرَةُ الشَّرح

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ (١
وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ (٢
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ (٣
وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ (٤
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦
فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨


Ash-Sharh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)

Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

Monday, October 12, 2009

Perpisahan

Lebih ribuan hari telah terjejaki
ada banyak senyum tercipta
diantara riangnya siang
diantara tawa gejolak jiwa

di sini....
tempat berteduhnya seorang aku
tempat menuang segala cita
seperti abu putih bajunya
seperti merah putih semangatnya

setelah lama merenda hari mengusung mimpi
berat terasa aku lepaskan
Selamat tinggal cerita indah
perpisahan bukanlah kehilangan
hanya batas tipis antara kisah dan kenangan

Selamat berjuang sahabatku
kobarkan semangat kebenaran di dadamu
jalan panjang yang masih terbentang
menanti pijakkan kukuh kakimu

berlarilah menggapainya...

Doakan pemergianku diberkati..

Ingat daku dalam doa kalian..

Tuesday, October 6, 2009

Believe

I believes...

True LoVe is not LoVing a perfect person,

but LoVing an imperfect person perfectly….