Hari ni ako dah masuk office semula. Setelah bercuti sehari lagi selepas cuti Maulidrrasul semalam.. memang ako dah plan nak amik cuti panjang utk menyelesaikan banyak perkara yang bersarang dalam otak ako dan menumpukan perhatian ako kepada beberapa perkara penting yang lain yang dah berbulan pending akibat ke'sibuk'an ako sejak kebelakangan ini..
Semalam bos ako mengkhabarkan perkara yang agak tidak di gemari oleh ako iaitu Owner bangunan tempat ako bekerja ni nak kami buat presentation pada 26 March akan datang.. Hmm.. bertambah2 la kije ako nampaknya. Dahla performance contractors, ROP, RW dari bulan January hari tu lagi tak siap2.. huhuhu.. Macam mana la ako nak sambung cuti next week ni.. waaaa...
Sudahla semalam hajatku bercuti kerana nak pulang ke kampung tidak kesampaian, di tambah pulak dengan adegan air mata yang berpanjangan dari tengahari membawa ke petang.. Amatla syahdu kisah semalam..
Tanggal 10 MARCH 2009 adalah hari keputusan Peperiksaan STPM akan di umumkan secara rasminya. Sudah sekian lama kami menunggu ketibaan tarikh tersebut kerana keyakinan kami pada usaha dan kesungguhan shahamah iaitu adik ku yang kini tinggal bersamaku malah bekerja di KL sementara menunggu keputusan peperiksaan nya itu keluar..
Dari malam nya lagi, chamah dah tak sabar2 lagi nak tau result STPM nya. Memandangkan dia terikat dengan jadual kerja, maka terpaksalah ayah yang ke sekolah dan ambik result shahamah nanti.. malam tu, tak habis2 sms masuk. katanya dari kawan2sekolah dia yang turut risau dengan keputusan esok hari.. Chamah pun sama. Dia pun risau nak menunggu hari esok.. Ako pun tak tau apa yang di fikirkan oleh chamah. Tapi ako dapat rasa sebab ako pun penah lalui sume tu.. masa nak tunggu kuar result SPM. Sama la jugak perasaan nya.. Berdebar2 tak tentu arah. Fikir macam2. Fikir yang bukan2lah.. Sume yang tak elok jek datang.. Risau yang bukan2.. huisshh.. rasa malas tul nak ingat lagi perasaan tu.. Tapi, alhamdulillah. Result SPM ako ok jek.. Pangkat satu... hehehe.. Hepi la konon time tu.. tapi takpe, sekarang kita nak citer pasal chamah, bukan pasal tukang karut cerita ini yer.. hehehe...
Sebelum tido, ako dah janji ngan chamah nak goreng mee mamak utk dia bawa bekal kerja. Chamah citer yang dia boring makan kat tempat keje dia. maklum sajalah, menu yang sama, muak katanya. Dahla tu, mahal pulak tu... Hmm.. nak bertukar selera yer.. TAkpelah... nanti along masak yer... Sian adikku yang seorang ni.. Kakaknya asyik kesibukakn jer.. tak sempat nak entertain adik sendiri gitu.. cian chamah...
Paginya chamah kejut ako kul 6 pagi.. Oleh sebab dia masuk keje kul 7, selalunya dia akan kuar rumah dalam kul 630 pagi. Sementara nak jalan dan tunggu LRT, sempat la dia sampai ke tempat keje sebelum kul 7pagi. Selalunya dia sampai sebelum time. Kira ok la kan. Tapi, chamah ni bagus. Kalau dia keje pagi, kul 530pagi dia dah bangun. Ako tengok dia bukannya make up sangat pun. Uniform pun dah di seterika pada malam nya. Entahlah apa yang dia nak buat sampai lama sangat nak kena bersiap sebelum pi keje.. KAlau ako, bangun 630 pagi.. dengan baju dah bergosok, tunggu solat je, make up sikit2 sebelum kul 7 ako dah cabut pi keje. No long story.. siap je blah.. hehehe.. Tapi takpelah... Kul 6 tu sebelum chamah kejut ako lagi ako dah siap bangun.. Tak tau la lately ni, walaupun mata ni kul 3 baru terlelap, tetap dapat jaga awal macam biasa.. hmmmm, mungkin dah tua kot.. jadi dah berubah la sikit gamaknya hormon ako ni..
Mujurla sebelum masuk tido ako dah siap2 kuarkan daging dari fridge. Kalau tak mau nak menunggu ais daging tu cair sikit baru leh nak masak. Ako tak suka nak rebus2 asing kalau setakat masak sikit2 nih.. Ako suka masuk dan biar dia rebus sekali ngan rempah2 yang lain.. senang sikit. janji daging adh lembut.. tak la payah sangat.
Operasi memasak ako selesai dalam kul 615pagi. Ako tambah lagi sebiji telor goreng mata kerbau kat chamah utk di bawanya ke tempat keje.. Ako harap chamah suke... :)
Boring pulak rasanya dok sengsorang kat umah. Konon2 nak siap kan keje sekolah, konon betul. Keje rumah pulak yang ako buat. Siap tukar cadar bilik ako, cadar bilik chamah, sapu sampah satu rumah, basuh sume cadar2, srung bantal, langsir, selimut, baju2 yang baru suku bakul. Sume ako cuci. Lega rasanya bilik ako dah cantik, bilik chamah pun cantik. Ako ada tangkap gambar. Konon nak poyo2 letak dalam blog. TApi malas pulak nak attached.. hehehe.. apa punya anak dara..
Dalam kul 12tghr tu ayah tipon.. wah.. ako dah berdebar2 ni. Mesti ayah nak bagitau keputusan shahamah. Ako tak tau lah macam mana nak cerita perasaan ako masa tu... berbaur2. Dari nada suaraa ayah alo dah tau... berita nya tak berapa baik la ni..
memang tepat! keptusan shahamah tak berapa baik.. lemah je suara ayah sampaikan perkhabaran tu pada ako. Ayah tak sampai hati nak bagitau shahamah keputusn dia.. Ayah minta ako bagitau sendiri pada shahamah. Ayah minta ako bagitau shahamah elok2.. Cakap lembut2.. jangan bagi dia sedey.. adoyai.. ingat senang ke nak bagitau.. kalau senang, mesti ayah pun bagitau sendiri kan? HAlamak, kes berat ni.. Macam mana la ako nak bagitau yer.. dah la ako ni ngan adik2 garang.. camne la yer...
Hahuhai... camne la ako nak pujuk dia..
Idea!!! Ako pun kol angah minta angah yang bagitau.. angah ni kelakar orgnya.. pernah dapat anugerah pelajar paling kelakar kategori wanita masa dia kat matrikulasi dulu.. kelakau kan.. anugerah tu je dah kelakar.. tak paham ako.. kelakau sangat rasanya.. hahaha..
Ako kol angah.. dia kata, biar dia je yang bagitau kat chamah, lagipun angah ngan chamah memang rapat.. tidak disangkal lagi.. inilah idea terhebat abad ini... wah.. lega nya rasa hatiku.. kini kembali berbunga2 seperti cadar baru ku yang sangat empuk dan selesa ini... wah gitu.
kul 230pm chamah call ako tanya result dia. Dia tanya, kenapa kawan2 dia sms suruh dia banyak2 bersabar, jngan putus asa, usaha lagi lah, dan macam2 lagi.. Halamak.. hawau betul... macam mana ni? Angah tak bagitau lagi ke? hapa la budak paling kelakar kategori wanita ni? kenapa la tak bagitau lagi? hisshhh.. camne la ako nak cakap ni.. halakau tul la ini minachi...
"along, bagitau la result shamah. Teruk ke result shamah? Teruk sangat ke along?" pohon shamah pada kekandanya yang sudah pun menitis airmatanya ketika itu.. Ako ni memang pelakon air mata.. Bab2 adegan macam ni ako memang hebat.. takde org lain leh challange nye.. confirm..
"rr... a...a.. along pun tau separuh jer.." macam mana ye.." takpelah, chamah keje dulu. Kul 3 balik kan? Kat umah nanti along citer k.." alah.. result shamah ok.. don't worry tau.. balik cepat tau." pujukan ako yang paling lembut penah ako buat abad ini.. hehehe..
Terus ako berlari ke dapur dan cari bahan2 utk masak. Sempat ako off kan hf sebab ako tak nak rasa terpegun, terkelu lidah ku kalau2 shamah kol lagi. Adoyai.. berpeluh ketiak mak nak jawab nun.. susah giler soklan tu nak di jawab..
Ako pun tak paham, macam mana cepat tul ako siap memasak dalam kadar 30 minit itu. Masak nasi, gulai lemak ikan masin, telor masak asam ngan cendawan goreng black pepper.. wah.. minta2 shamah suka.. xde apa lagi ako nak masak. tu pun dah habis ako korek kat dapur.. tu je lah yang boleh di masak sebagai makanan tengahari kami.. ako harap sanagt dia tak tau lagi result dia dari mana2. sudahlah minah paling kelakar tu pulak ada kuliah pai kul 5 ptg. hampagas punya adik.. bagitau la awal2 kena ngajar pai petang.. tak pepasal lak ako tak ready nak menjawab tadi.. hapo lah..
kul 315ptg ako on kan semula hf ku.. ha? ada miskol? eleh.. buat2 terkejut laks. ngengada la tu.. nombor sapa ni? macam penah tengok jer.. hehehe.. betul la tu. nombor tipon chamah.. tak lama lepas tu.. tut tut.. (sebenarnya message ako nye tone bukan bunyi cam gitu.. ako tak reti nak bunyikan je.. so, anggap je la bunyi nya begitu).. ada sms masuk..
"along, shamah ot pai kul 6. kena cover orang tak cukup.." alah.. ngada la mak cik ni. kelam kabut ako masak.. GAban pun tak leh masak cepat gitu tau.. alih2 chamah ot laks pai kul 6.. hamenda la.. bagitau la awal2.. sedih ako.. (padan muka, off hf sapa suruh). Perut lapar ni. owhhh.. mee goreng ado.. best2. Leh makan mee dulu.. tak pe la, balik la kul berapa pun. no problem..
Layan tv3 punya pasal, sampai habis SPAQ2 tu baru ako perasan housemate ako pun ada yang dah balik. Ako pun kuar bilik. Macam ada chemistry laks. Kauar bilik je ako ternampak shamah cepat2 masuk billik dia.. Dia tak pakai pun selipar pink dia.. agaknya dia tak nak ako tau yang dia dah balik.. cepat2 dia masuk bilik dan kunci pintu..
aik? kenapa tu? angah dah kol ke? ayah kol dia ke? kawan2 dia kol ke? kenapa dia nangis tu? alahai... ako dah susah hati betul.. memang hati ako rasa pilu sangat tengok shamah. Ako tau dia sedih.. ako ketuk2 pintu bilik dia.. lama lepas tu baru ako dengar suara dia..
"along... shamah penat ni.. nak rehat jap". ako dengar suara dia tak stabil. Ako tau dia menangis.
Ako ni memang mengada.. ako ketuk2 pintu bilik dia... entahlah nape.. ako tak puas hati. Ako nak tau nape dia nangis..
"nape ni shamah? hang kenapa? ayah dah tipon hang ke?" tanya ku bertubi2..
"along, shamah dah check kat info line through sms... shamah dah tau result shamah.. sedih sangat along.." aduhai.. dia dah tau.. dia check sendiri la pulak..
"along, mana shamah penah dapat result teruk macam tu.. malu la along.. sian ayah.. sian mak... shamah malu.." air mata ako tak dapat di tahan lagi.. ako tau.. dah lama air mata tu turun laju...
"shamah.. jangan la macam ni.. hang saja je nak tengok along nangis yer.. janganla sedih macam ni.. kita semak semula nak tak? along dah cakap ngan angah. mana tau ada kesilapan masa org kementerian key in result dalam komputer ke kan? kita check nak? " pujuk ku yang makin pandai memujuk.. hehehe..
"tak nak la along.. memang result shamah macam tu.. shamah ni memang tak pandai belajar. akademik shamah memang teruk. dari upsr lagi shamah tak penah dapat A." tersentap ako dengar pengakuan shahamah.. sedih betul ako dengar statement dia tu..
Memang sebelumni shamah memang segan dengan ako dan angah yang selalu dapat result yang baik sejak UPSR lagi.. straight A je.. tak tau la.. nape jadi macam ni..
Ako ingat lagi, adik lelaki ku yang satu sekolah ngan shamah penah cakap yang cikgu2 sekolah selalu tanya pasal shamah. Cikgu2 penah cakap yang shamah antara pelajar harapan sekolah. Antara top 10 dalam kelas. hmmm... sebab tu jugaklah kami sekeluarga dah plan kalau shamah masuk universiti nanti macam mana. budget tu budget ni.. tapi, suka2 je. takla serious sangat.. saja borak2 kosong..
Ako tau, cita-cita shamah nak jadi inspektor polis. Ako pasti sangat dengan cita2 shamah tu...
tapi... keputusan STPM itu memungkinkan dia tidak layak untuk memohon.. sedihnya..
aKO memang dah berjanji takkan paksa shamah sambung belajar kalau dia dah tak mau lagi.. ako akan setuju kalau dia nak apply inspektor polis tu.. tapi, apa sudah jadi? Ako risau dia putus asa saja... ako risau sangat..
Shamah minta ako keluar dulu sebab dia nak mandi dan solat. Takpe.. ako biarkan dia dulu.. biarkan dia reda lagi.. biarkan dia bawa dirinya bertemu Tuhan.. semoga dia lebih tenang... Ako tekad nak dia bercakap ngan ayah dan mak. Biarlah dia cakap dalam waktu dia sedih. Supaya dia dapat rasa nasihat yang mak dn ayah beri nanti dalam keadaan yang sebenarnya. Ako tak nak dia dah reda baru dia luahkan rasa sedih dia pada mak ayah. Biar dia luah sekarang, luah pada hari yang sama.. barulah rasa itu lebih terasa.. masih ada feel gitu..
Perutku dah berkeroncong ni.. Housemate ako yang lain dah makan apa yang ako masak tadi. yelah, takkan habis ako ngan shamah makan berdua. memang ako masak lebih sikit. maklumla duduk serumah, jangan la berkira sangat kan.. lagipun mereka pun baik ngan ako.. cuma ada lah dua 3 perangai mereka yang kurang kusenangi, tapi mereka pun manusia biasa, macam ako jugak.. ada kelemahan yanng nyata dan tidak nyata.. masih2 ada peel masing2.. terima sajalah seadanya...
Ako ketuk pintu bilik shamah.. dia tak buka.. ako tak putus asa. ako ketuk pulak tingkap bilik dia dari dapur.. hahaha.. ako masukkan tangan ako dari luar tingkap dan gapai langsir bilik dia.. hahahaha... terkejut shamah di buatnya.. ako tak kira. ako nak dia buka jugak pintu bilik..
"shamah, bukalah pintu bilik ni.. bukalah.. along nak masuk ni.. tak baik tau.. dosa tau buat macam ni.. malas la kawan ngan hang lagi.. buka la pintu ni shamah... bukalah.. bukalah... bukalah..." ngenagda betul. anak sapa la kat luar pintu bilik ni.. hahaha..
akhirnya shamah buka jugak pintu bilik.. ako nampak ada quran atas katil.. shamah masih pakai kain telekung. dia duduk atas sejadah..sian dia. ako tak sempat bersuara lagi air mata dah turun dulu.. hape la punya air mata.. tak sempat2 nak kuar.. sabar la sikit...
"shamah, janagn la sedih sangat yer.. tak baik shamah taknak cakap ngan mak. tak nak cakap ngan ayah.. cakap la ngan diorang.. takpe.. nangis oun takpe.. minta maaf ngan ayah. minta maaf ngan mak.. kalau esk baru nak minta maaf dah tak best.. esok lain.. tak sama macam hari ni.. "
"shamah malu la along.. shamah sian kat ayah.. ayah sayang shamah.. tapi shamah tak pernah bagi A kat ayah.." ako memang tak tahan dengan statement tu.. memang pada ako selama ni ako akan berusaha dan pastikan ako dapat bagi A dalam setiap keputusan peperiksaan yang ako ambik. Ako nak jadi anak yang menjadi kebanggaan ayah... Ya, ako tak pernah hampakan ayah.. begitu juga angah...
Tapi, inilah pertama kali ako berdepan dengan situasi yang mana ako dapat rasa apa yang adik kandungku rasa sebab tak mampu nak bagi A pada ayah dan ibu kesayangannya.. "Dari UPSR shamah tak penah bagi A kat ayah.." terngiang2 lagi kata2shamah.. terbayang2 airmatanya yang keluar dari matanya yang bundar, laju mengalir di pipinya.. wajahnya yang sedih dan suaranya yang lemah. Kesian shahamah...
"Shamah, along tipon ayah yer.. Shamah cakap ngan ayah tau.. minta maaf ngan ayah sebab shamah tak angkat call ayah tadi tau.. minta maaf ngan mak tau sebab tak nak cakap ngan mak masa mak call tadi yer.. tak baik tau.. chamah cakap je ngan mak ngan ayah.. baru la shamah rasa release ok?" shahamah menganggukkan kepala nya.. tanda setuju la tu..
"assalamualaikum. ayah, katne tu? kat manjoi lagi ke? ni ada makwe nak cakap ngan ayah ni.." terus ako serahkan hf ku pada shamah..
" hello.. assalamualaikum.. ayah, shamah ni.. hai? nape hai pulak?" ako tau ayah buat suara kelakar dalam phone.. suara yangdia selalu buat bila dia hepi.. shamah pun dah gelak2 kecil sikit masa tu.. ako tau ayah tukar topik.. tak cakap langsung pasal result shamah. dia tanya shamah makan apa lah, keje shamah lah, sume yang ako dengar kuar dari mulut shamah takde kena mengena langsung dengan result STPM dia.. sampailah shamah sendiri yang bersuara...
"ayah, shamah minta maaf. Result shamah tak elok.." "shamah, tak pernah bagi A kat ayah..." lagi2 statement tu lah yang kuar.. puaka betul ayat tu.. mana tak nye.. air mata ako tak surut2 tiap kali dengan statement tu.. "dari UPSR lagi shamah tak penah bagi A kat ayah.. shamah minta maaf, ayah.. shamah tak pandai..." sedih tau.. nak cover sedih, ako main2 handphone shamah. ako buka sms dalam inbox hf tu. betul, memang ada sms dari buah hati shamah, 'fazreen' namanya.sapa yang baca ni janagn bagitau fazreen tau. nanti shamah marah. dia admire je kat mamat tu..takde sapa pun tau kat sekolah.. hehehe.. tapi dari cerita2 chamah ako tau mamat tu pun suka kat shamah.. tapi, budak laki tu budak pandai.. dapat 4P (full lulus la tu). Kat sekolah pun jadi ketua pelajar. memang ramai yang suka kat dia.. shamah cakap dia tak rasa budak laki tu pun suka kat dia.. sian shamah...
lepas shamah cakap ngan ayah, servis bertukar tangan pulak. Bertukar dengan mak pulak.. Ako tau dah, cakap ngan mak ni mau setengah jam. mau bil ako melambung bulan ni.. waduh2.. takpelah.. shamah punya pasal.. no hal nye..
ako dah tak tau nak tulis apa lagi.. apa yang dapat ako ringkas kan ialah, tangisan bulan madu saja lah yang terjadi sepanjang perbualan shamah dan ibu bapaku malam tadi..
Ako pun turut berbulan madu dengan tangisan. Malam tu ako payah benar nak lelapkan mata. Ako masih ingat kata2ku pada shamah. " shamah, mungkin Allah dah tetapkan shamah utk jaga mak ngan ayah.. mana tau, kalau shamah belajar pandai2 nanti shamah terpisah jauh ngan mak ayah, macam mana? kan susah tu. sekarang ni tgk je lah along ngan angah. mengejar kerja dan belajar tak habis2. lepas satu, satu.. entah la sampai bila.. sampai tak kahwin2 along ni.. shamah pun tau kan setiap kejadian pasti ada rahmatnya kan? shamah jangan sedih sangat tau.. sabar yer..." baik betul ako kan. hehehe...
Mujurla shamah lalu makan. 2 pinggan penuh dia makan tau.. tengok la sapa yang masak.. hehehe..
malam tu, ako dah berjanji, ako akan jaga shamah. Ako taknak marah2 sangat kat dia. ako akan control sikit garang ako ngan dia... Akosayng adik2 ako semua sekali... Ako harap mereka akan berjaya walaupun tanpa kelulusan tinggi.. Ako tau mereka BOLEH.. Mereka adik-adikku.. anak-anak ayah dan ibuku.. ako tau mereka takkan hampakan kami semua...
Ya Allah berkatilah keluarga ini,
Penuhi la hati kami dengan kasih sayang sesama kami,
Hindarilah kami dari rasa benci dan iri hati sesama kami..
Panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami,
Muliakan lah mereka,
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami..
ya Allah..
Makbulkanlah hajat hambamu ini ya AllAH...
Aminn...
Wednesday, March 11, 2009
Wednesday, March 4, 2009
Mimpi
Hari ni ako sibuk dengan repot audit ako yang sepatutnya dah siap semalam. Tapi apakan daya, semalam ako di serang penyakit dalaman yang menyebabkan seluruh badan lemah dan tak bermaya. Pada malam yang sebelum ako di serang penyakit itu, ako telah bermimpi... Alkisahnya...
Ako tak pasti di manakah ako berada pada waktu itu. Masjid? Rumah? Sekolah? Entahlah. Tapi yang pasti ako telah siap bertelekung utk menunaikan solat.. Waktu tu mungkin subuh, mungkin maghrib. Sebabnya keadaan agak sunyi dan kelam. Ako tak pasti. Banyak kali ako cuba betulkan arah kiblatku. Asyik tak betul je. Sekejap ku betulkan ke kiri, pastu ke kanan, pastu senget lah, belakang la, sejadah terbalik lah, terpelangkup lah samapi penat sangat ako rasakan.. tak lama lepas tu ako dapati diri ako berada dalam keaadaan berdiri utk menunaikan solat. Sedetik lepas tu ako dapati telekung yg ako pakai terbalik ke belakang maka bahagian hadapanku terdedah. Nampak pakaian yang ku pakai.. Hmmm.. musykil ako di buatnya.. Ako sangat hairan. Ako ingat yang ako rasa sangat penat dan takut yang teramat dalam mimpi ku itu..
Tapi dengan tak semena-mena ako tak tau dari mana datangnya seornag perempuan. Ako tak pasti perempuan itu tua kah? mudakah? Ako tak ingat macam mana muka perempuan tu.. Pakai tudung ke tak ke pun ako tak pasti. Apa yang ako ingat, dia ajak ako jemaah sekali dengan dia dan ako setuju. Tapi ako tak angguk la, ako terus je betulkan sejadah dan berdiri bersebelahan dia utk solat jemaah. Lepas tu ako tak ingat samada ako selesai atau tidak solat dengan perempuan tu.. Yang ako ingat tak lama lepas tu ako dan perempuan tu kat situasi lain di mana ako dapat tau dari dia yang ako di ganggu sesuatu.. Sesuatu itu sentiasa bersama2 ako tapi ako tak nampak. Perempuan itu memberikan ako semangkuk air dan dia minta ako mengacau air tu dengan jariku sehingga ako dapat rasa atau nmpk sesuatu berdekatan dengan ako.. Ni dah macam syirik la pulak.. Tapi ako tak ingat apa yang ako fikirkan masa tu.. Yang ako ingat ako rasa sangat takut dan sangat takut..
Bila ako sedar, badan ako sakit sangat, sengal2 dan nak berdiri pun tak boleh. Masa tu masih pagi lagi. Sempatla ako sms pada kawan sepejabat dan bos yang ako terpaksa ambil cuti kecemasan. Lepas tu ako tak sedar balik.. Sedar pun bila adik ako sergah ako kenapa tak pegi keje.. Ako tak ceritakan mimpi ako pada dia.. Bukannya dia paham pun. Lepas dia picit2 sikit badan ako rasa ok la sikit..Tu pun lepas dengar syarahan free dia.. apa la punya adik. tapi, nasib baik ada chamah, kalau tak keras la ako sorang2 dalam bilik tu sampai la room-mate ako balik dari keje.. huhuhu..
Apa yang ako concern sangat sekarang ni ialah mimpi itu.. Ako ini seorang yang sangat jarang bermimpi di malam hari.. Kebanyakkannya bermimpi di siang hari je.. berangan.. hehehe..
Selalunya bila ako bermimpi, ako dapati mimpi ako tu selalu menjadi realiti. Walaupun mimpi pendek, tapi selalu jadi betul. Contoh nya ako pernah alami situasi ako dan rakan2 pejabat ako sedang bergelak ketawa dalam office, dan pada kejadian itu benar2 berlaku, tetiba ako teringat ia pernah ako alami dan barulah ako sedar yang ako pernah mimpikan kejadian itu.. Itu yang buat ako bertambah takut, manalah tau, tetiba betul2 jadi macam dalam mimpi tu kan.. Seram mak..
tapi, kalau lah ia sekadar mainan tidor, alhamdulillah.. Hopefully, kalau lah ada makna yang tersirat di sebalik mimpi tu, biarlah ianya baik2 belaka hendaknya.. Amin.
Ako tak pasti di manakah ako berada pada waktu itu. Masjid? Rumah? Sekolah? Entahlah. Tapi yang pasti ako telah siap bertelekung utk menunaikan solat.. Waktu tu mungkin subuh, mungkin maghrib. Sebabnya keadaan agak sunyi dan kelam. Ako tak pasti. Banyak kali ako cuba betulkan arah kiblatku. Asyik tak betul je. Sekejap ku betulkan ke kiri, pastu ke kanan, pastu senget lah, belakang la, sejadah terbalik lah, terpelangkup lah samapi penat sangat ako rasakan.. tak lama lepas tu ako dapati diri ako berada dalam keaadaan berdiri utk menunaikan solat. Sedetik lepas tu ako dapati telekung yg ako pakai terbalik ke belakang maka bahagian hadapanku terdedah. Nampak pakaian yang ku pakai.. Hmmm.. musykil ako di buatnya.. Ako sangat hairan. Ako ingat yang ako rasa sangat penat dan takut yang teramat dalam mimpi ku itu..
Tapi dengan tak semena-mena ako tak tau dari mana datangnya seornag perempuan. Ako tak pasti perempuan itu tua kah? mudakah? Ako tak ingat macam mana muka perempuan tu.. Pakai tudung ke tak ke pun ako tak pasti. Apa yang ako ingat, dia ajak ako jemaah sekali dengan dia dan ako setuju. Tapi ako tak angguk la, ako terus je betulkan sejadah dan berdiri bersebelahan dia utk solat jemaah. Lepas tu ako tak ingat samada ako selesai atau tidak solat dengan perempuan tu.. Yang ako ingat tak lama lepas tu ako dan perempuan tu kat situasi lain di mana ako dapat tau dari dia yang ako di ganggu sesuatu.. Sesuatu itu sentiasa bersama2 ako tapi ako tak nampak. Perempuan itu memberikan ako semangkuk air dan dia minta ako mengacau air tu dengan jariku sehingga ako dapat rasa atau nmpk sesuatu berdekatan dengan ako.. Ni dah macam syirik la pulak.. Tapi ako tak ingat apa yang ako fikirkan masa tu.. Yang ako ingat ako rasa sangat takut dan sangat takut..
Bila ako sedar, badan ako sakit sangat, sengal2 dan nak berdiri pun tak boleh. Masa tu masih pagi lagi. Sempatla ako sms pada kawan sepejabat dan bos yang ako terpaksa ambil cuti kecemasan. Lepas tu ako tak sedar balik.. Sedar pun bila adik ako sergah ako kenapa tak pegi keje.. Ako tak ceritakan mimpi ako pada dia.. Bukannya dia paham pun. Lepas dia picit2 sikit badan ako rasa ok la sikit..Tu pun lepas dengar syarahan free dia.. apa la punya adik. tapi, nasib baik ada chamah, kalau tak keras la ako sorang2 dalam bilik tu sampai la room-mate ako balik dari keje.. huhuhu..
Apa yang ako concern sangat sekarang ni ialah mimpi itu.. Ako ini seorang yang sangat jarang bermimpi di malam hari.. Kebanyakkannya bermimpi di siang hari je.. berangan.. hehehe..
Selalunya bila ako bermimpi, ako dapati mimpi ako tu selalu menjadi realiti. Walaupun mimpi pendek, tapi selalu jadi betul. Contoh nya ako pernah alami situasi ako dan rakan2 pejabat ako sedang bergelak ketawa dalam office, dan pada kejadian itu benar2 berlaku, tetiba ako teringat ia pernah ako alami dan barulah ako sedar yang ako pernah mimpikan kejadian itu.. Itu yang buat ako bertambah takut, manalah tau, tetiba betul2 jadi macam dalam mimpi tu kan.. Seram mak..
tapi, kalau lah ia sekadar mainan tidor, alhamdulillah.. Hopefully, kalau lah ada makna yang tersirat di sebalik mimpi tu, biarlah ianya baik2 belaka hendaknya.. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)