Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah
sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu
kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkanya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
Monday, July 14, 2008
Thursday, July 10, 2008
Hadapi dengan senyuman dan keimanan...

Sudah agak lama ako memendam rasa apa yg tersimpan di dalam lubuk hatiku.. Ku kira ako mampu untuk menahan nya.. Namun, sekuat manalah wanita ini.. Ako akur dengan ketentuannya.. Sering kali kudapati diriku ter 'menangis' di office mengenangkan kisah malang yang menimpa keluargaku.. Agaknya inilah ujian ter 'berat' yg terpaksa kami sekeluarga tanggung... entahlah.. mungkin pada org lain masalah ni hanya sekecil hama dan apa ada hal? Benda kecik camgitu pun nak pikir2... Banyak lagi benda lain boleh pikir.. huhuhu.. harga minyak naik, harga barang2 runcit naik , isu liwat anuar ibrahim yg tak logik langsung tu.. kes altantuya yang umum memang leh judge sendiri sapa dalang dan hantu dalam kes tu.. dan yang akhirnya menyepi sunyikan isu kehilangan kanak2 yakni anak, adik, kawan kesayangan kita contohnya kes adik yang kepala teleng tu (lupa nama, hehehehe)... Sian mak bapak dia, aidk-beradik dia, sedara mara dia, kawan2 dia dan kanak2 lain khususnya yg semakin kita tak pasti setakat mana terjaminnya keselamatan dorang sekarang ni.. Agaknya kalau ada budak hilang pun dah tak di war warkan lagi dalam media.. Maklumlah, full space n time untuk isu politik dan kemerosotan ekonomi skang ni dan cukup memenuhi koata berita selama 60 minit tuh...
Ako pun dah naik muak nak standby depan tv tggu berita kul 8 malam... TV1, TV3, TV9, Astro? mana2 channel pun sama je.. Benda yang sama.. Berita yang sama.. entah sahih entah tidak... Lagi bagus ako layan hot fm dalam bilik lagi layan... hepi pun hepi.. kuang kuang kuang...
Hmmm...
Dah lari dari topik pulak kisah ako ni.. mukadimah punya la panjang.. bila la nak start stori morry ni... hahaha.. mesti boring je sesapa yg baca blog ako ni kan.. Sebenarnya ako dah penat nak menaip ni.. nanti2 la ako update balik... kui kui kui...
Selamat Beramal... :D;0
Ako pun dah naik muak nak standby depan tv tggu berita kul 8 malam... TV1, TV3, TV9, Astro? mana2 channel pun sama je.. Benda yang sama.. Berita yang sama.. entah sahih entah tidak... Lagi bagus ako layan hot fm dalam bilik lagi layan... hepi pun hepi.. kuang kuang kuang...
Hmmm...
Dah lari dari topik pulak kisah ako ni.. mukadimah punya la panjang.. bila la nak start stori morry ni... hahaha.. mesti boring je sesapa yg baca blog ako ni kan.. Sebenarnya ako dah penat nak menaip ni.. nanti2 la ako update balik... kui kui kui...
Selamat Beramal... :D;0
Tuesday, July 1, 2008
Salahkah Andai Perlu Memilih???

Hari ni tak tau la kenapa tetiba ako terasa nak berbicara tentang rasa yg ada dalam hati ku sekian lama..
Ramai yg tak percaya ako masih membujang hingga kini.. Entahla kenapa.. Agaknya ako ni nampak macam mak org kot, sebab tu agaknya org xcaya yg ako ni lom kawen... Or maybe ako ni cute dan mustahil xda bf sampai skang ni.. hhihihi... perasan..
Hmm... macam mana pun selalunya ako akan cuba untuk mengelakkan diri untuk hadir ke majlis2 perkahwinan kawan2 x-sekolah sebab dah muak nak jawab soalan2 cepu emas tu.. Sama la jugak bila balik kampung.. Seboleh bolehnya ako akan cuba elakkan diri dok kat ruang rehat dan lebih suka duduk kat dapur or dalam bilik untuk yelah, lari dari soklan2 yg betul2 semakin menyekat rongga pernafasan ako di waktu2 tertentu... kekedang tu rasa cam tercekik pulak dek penangan soklan2 yg pelbagai versi padahal dalam kerongkong ni angin pun tadak.. Selalunya ako kurang paham lenggok soklan yg cuba di ketengahkan oleh makcik2 ako.. Maklumlah org tua, macam2 cara dorang boleh putar belitkan tanya tu tanya ni tup2 sebanarnya nak tau sapa bf kita.. huihhh.. jemuih ako nak jawab satu2...Tapi sekarang ni depa dah paham benag dah, kalau ako nampak depa ja ako blah maknanya jgn la cuba2 nak tanya ako soklan2 yg boleh buat ako menangis tu.. kalo x alamatnya, x ada peluang la depa nak tgk muka ako lagi.. asyik lari je.. penah sekali tu, ako xmakan langsung sebab xnak jumpa depa, tu pasal la depa dah serik kot nak tanya ako lagi.. walaupun depa tau yang ako takkan kurus pun kalau xmakan sehari, tapi yelah, sekali sekala balik kg, xmakan masakan nenek dek penangan mulut2 gatal depa tu, mestila depa serik lagi nak tanya.. hahahaha... baguih x tactic ako...:) biarla lapo, asal bahagia jiwa raga....
Entahlah... bila dah ramai yg tanya, kenapa xkawen lagi? Memilih sangat la tu.. dan mcm2 lagi la dengan ayat yang lebih kurang sama cuma lain sikit ja bunyinya, macam apa tu? haa.. pi mai pi mai tang tu.. la maksudnya kan. suma salahkan ako sebab terlalu memilih...
Bila dipikir2kan balik, betul ke ako ni memilih? Memilih tu apa sebenarnya? Nak lelaki yg hensem ke? Kaya ke? Tinggi ke? Putih ke? MAcam tu ke memilih?
Serasa ako, ako penah je couple ngan sorang India muslim yg sangat taat pada agama.. India Muslim tue... Bayangkan je la macam mana kan, dah sampai tahap jumpa mak bapak ako lagi.. jenuh gak ako kena perli ngan adik beradik ako kat kg, walau pun ako mcam segan gak, tapi ako tak pernah tolak dan elak jika benar dia adalah jodohku.. Malah nila ako di temukan dengan keluarga, ako dah mula membayangkan bagaimana agaknya caranya utk ako suaikan diri dengan keluarga itu, diam2 ako register kelas belajar bahasa tamil, yg akhirnya xbelajar2 juga, cuma ada buku je, kelas xpegi pun.. hehehe.. dan mula intai2 resepi yg keluarga ni suka makan... Jika benar ako memilih, kenapa itu semua yg ako lakukan?
Ye... mgkin soklan tu terjawab bila kami dengan secara tak sedar akhirnya telah terpisah.. Mungkin ako yg bersalah kerana terlalu mengada2.. Selain tu, katanya, keluarga ako juga tak sukakan dia... Entahlah mana dia dapat khabaran tu, padahal keluarga ako juga berdarah mamak di sebelah ayah.. Oleh kerana mak berdarah siam sebelah datuk, sebab tu la kami adik beradik agak cerah kulitnya, namun tu semua xmenjadi soal..Warna kulit, rupa paras, bukanlah kayu pengukur dalam memilih calon menantu bagi mak dan ayah ku.. Mereka sangatlah sporting, dan padaku sangat beruntungla mereka yg menjadi menantu mak dan ayahku tu.. Mereka pasti akan sayang dan treat menantu macam anak sendiri... Hmmm... Mgkin juga salah ako kerana terlalu menjaga sampai ako xtunjuk yg ako benar2 sayang kan dia.. Saja jual mahal maklumlah time tu, x-schoolmate masa F6 dulu pun datang menyerah cintanya padaku... hehehe.. mereka pun penah kutemukan ketika ako buat jamuan makan sempena menyambut harijadi kjun (member baikku merangkap kakak angkat kesayanganku) 2 tahun lepas... Hmmm.. kalau nak cerita bab tu pulak, panjang sangat2 dah pulak ceritanya.. huiiihh... Ako tetap minta peluang kedua darinya tapi, dia tetap cakap yg kami tidak di takdirkan bersama... Jadi.. biarlah ianya berakhir di situ.. Dalam 5kg jugakla berat ako turun sebab sedey.. tapi lepas sebulan tu ako makan banyak balik.. hahahaha.... Malas nak pk.. Life must goes on..
Tapi, ako percaya.. dalam mencari dan menentukan jodoh yg sesuai, memang seseorg tu sangat perlu memilih.. Itu tidak salah malah padaku amatlah di tuntut.. Ako perlu pastikan bakal suamiku mestilah seorang yg beriman dan betul2 sayang padaku dan dapat terima diriku dan setiap ahli keluargaku, sanak saudaraku seadanya... Padaku, biarla wajahnya tu sejuk mataku memandang, kalau buruk sangat tu kan payah la jugak, tgk je rasa menyampah. Habis tu macam mana rumah tangga nak aman dan bahagia? Betul x? hahahaha...
Lagi satu pada ako, yg tersangat2 la pentingnya, mestilah si dia tu seorang yg pandai mengambil hatiku, tapi pada ako, kalau dia benar2 sayang dan cintakan ako setulusnya, tentu dia tau caranya untuk memenangi hatiku... Dan yg tersangat la paling pentingnya ialah..dia sorang pendengar dan teman yg baik.. Bila dah tua nanti, rupa paras,bentuk badan, warna kulit, bukanlah lagi penting...yang penting ialah rasa cinta dan adanya teman baik utk kita saling meluahkan rasa yg kita alami dan harungi sepanjang hayat di kandung badan.. Hanya komunikasi yg baik, saling faham memahami , jujur dan rasa cinta yg kukuh dan sejati akan tinggal sebelum jasad di telan bumi... Dan roh tersemi di syurga yg abadi...
Subscribe to:
Posts (Atom)