Thursday, June 5, 2008

Di mana kah cinta?


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tanganuntuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan duamata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanyamenganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhantelah memberikan sekeping lagi hati pada seseoranguntuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamumasih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamumasih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamutidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapanwalaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yangmasih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupunmereka telah disakiti sebelumnya dan kepada merekayang mempunyai keberanian dan keyakinan untukmembangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yangtersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itupada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cintayang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi adahayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercintadengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orangyang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralihemas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dankemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidakmencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dankamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamukepadanya.Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hatiseorang gadis, ibaratkanlah seperti menyuntingsekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harummawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamubertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanyauntuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidakbererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintaikamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginyatanpa berpatah lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarangdan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidakperlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainyasetulus hati.Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Temanpercintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, daradan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang DeirHati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapatmembuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintaitersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apayang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepadaperempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinyabijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cintakepada Tuhan ertinya Takwa.Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkanpula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudangroti, pasti ia akan mati kelaparan.Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasamanusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yangbergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialamiSiapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa ygpandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg bolehdi lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapatditilik melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupanpadanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilahdasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamucintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnyamenjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamuhanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamutemukan di dalam dirinya.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,danjangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinyaCinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan darimulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yangindah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memangmudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintaiitulah yang sukar diperoleh.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kitahilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indahjika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadiracun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yangsuci tanpa menodai keaslian pantai itu.Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yangmurni, luhur dan diperlukan.

Bila Rindu Menghambat Hati yang sunyi...


Anda sunyi.... Anda mahukan seseorang sebagai teman bicara. Anda cari di mana-mana. Namun tiada berjumpa. Anda rindukan suaranya. Suara itu pernah singgah di telinga anda, tapi lama dahulu. Di manakah dia kini. Anda amat-amat rindu.
Ada ketikanya anda akan berasa seperti ini. Pada saat-saat sunyi di petang hari, tiba-tiba nostalgia anda mengheret ke suatu suasana. Suasana itu seperti pernah dilalui. Anda seperti terdengar gelak ketawanya. Gurau sendanya terasa masih segar.Ah, dia yang pernah mencuri hati anda. Suatu ketika dahulu tatkala alam keremajaan anda. Di mana dia kini. Anda tertanya-tanya. Jawapannya tidak akan pernah anda temui. Dalam kerinduan yang tidak bertepi ini anda lemas dalam lautan rindu. Entah milik siapa. Entah untuk siapa. Anda keliru dan tidak tahu. Yang nyata anda seperti merindui seseorang.Ada ketikanya anda lemas dan tenggelam. Anda sayu.
Perasaan anda bagaikan dilayat-layat rindu. Anda bukan tidak tahu anda telah berpunya sekarang ini. Dalam keadaan seperti ini merindui entah siapa-siapa di luar sana tidak patut sama sekali. Anda amat tahu itu.Yang nyata anda amat rindu...Tika ini anda dalam arus theta atau delta; dua arus yang membawa manusia pada kemunduran.
Arus ini adalah arus khayalan yang melemahkan. Anda seolah-olah tiada bertenaga. Badan terasa lemah sekali dan ada kalanya dahi terasa sakit. Arus ini akan terus membuai perasaan anda dengan kenangan-kenangan silam. Ditambah lagu nostalgia yang mungkin berkumandang di corong radio.
Anda benar-benar lemas.Anda cuba-cuba mengagahkan diri dengan melakukan apa-apa kerja, tapi hasilnya selalu tidak menjadi. Anda benar-benar gelisah dan keliru. Siapakah yang aku rindukan?
Entah, jawapan tiada di hati anda. Anda mungkin cuba keluar dari kepompong yang menghimpit. Tujuan anda murni, hendak membebaskan dari dari penjara diri, agar dengan itu alam terasa luas kembali. Tapi keluarnya anda dengan hati yang terpenjara, dipenjara oleh perasaan yang tidak pasti. Tidak pasti apakah anda patut senyum; tidak pasti apakah anda patut tertawa atau terus bermuram.Apa yang anda tampilkan pasti ketara pada penglihatan orang.
Perubahan anda itu nyata, terang lagi bersuluh. Orang dengan mudah dapat membaca sesuatu yang tidak keruan sedang mengambil tempat dalam diri anda. Lalu anda pun mungkin disapa seseorang. Dalam keadaan demikian jawapan anda mungkin melambangkan kesedihan, kemurungan mahupun kegembiraan yang dibuat-buat. Orang dengan mudah dapat membaca segala-galanya. Jika dia lelaki dia mungkin merasakan bertanggungjawab membantu anda. Anda yang dalam kekosongan dan kesepian, sapaan pastinya amat didambakan.
Tanpa sedar anda mungkin menceritakan gundah gulana yang membungkus di hati. Suara anda tentu lemah, melambangkan arus theta dan delta yang mencetus dari diri anda. Anda sedar anda mengundang simpati. Orang yang mendengar kata-kata anda mungkin terkalih, daripada ikhlas hendak mendengar permasalahan anda pada perasaan yang tidak terduga.
Di situlah kadang-kadang bermulanya satu-satu perhubungan terlarang."Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."Al-Ahzab: 32
Ubatilah kerinduan anda yang tidak bertepi itu dengan doa, Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
DIA-lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH orang yang beriman harus bertawakal. At-Taubah: 51

Untuk merindui zaman silam saatnya sudah tidak sesuai.

Lelaki Yang Baik untuk Wanita yang baik..:):D


Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua."

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu? Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.

Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Ekoran fitnah itu,ada umat Islam yang mempercayainya.Sedangkan yang sebenarnya,Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya.Disebabkan peristiwa itulah,Allah s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud: "Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman." Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud: "Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik. Sebaliknya ia telah menjadi umum.

Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.

Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu, Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.Ini adalah dakwah. Dalam Islam,kalau seseorang tu telah bertaubat,kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.Kalau tidak,berdosa.Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga.Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan,penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." ( Ali Imran : 135 ) "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )